Selain Perak, Johor, Kelantan dan Pahang, lapan kampung di Kudat, Sabah turut dilanda banjir akibat hujan lebat tidak berhenti sejak petang semalam.
Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Sabah belum dikenal pasti manakala mangsa banjir di Perak, Johor dan Kelantan berkurangan sehingga petang ini.
Di SABAH, Pegawai Daerah Kudat Sabdin Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata antara kampung yang terjejas ialah Kampung Gumpa, Kampung Bak-Bak dan Kampung Korina termasuk di pekan Kudat.
Menurutnya Jalan Kampung Tamalang ke Kampung Sikuati telah terputus hubungan kepada kenderaan ringan.
Tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat ini memandangkan air masih berada pada paras 1.9 meter, katanya.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus menurun sebanyak 1,940 orang daripada 536 keluarga di 11 pusat pemindahan banjir, berbanding 1,948 orang daripada 538 keluarga pagi tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa banjir di Perak Tengah menurun kepada 1,620 orang manakala di daerah Hilir Perak kekal sebanyak 210 orang, Manjung (76 orang) dan Hulu Perak (34 orang).
Di JOHOR, hanya lima mangsa daripada satu keluarga masih berada di pusat pemindahan di Segamat petang ini berbanding 18 orang membabitkan empat keluarga, pagi tadi.
Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri Johor, keluarga itu yang termasuk seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berada di Balai raya Kampung Spang Loi, Mukim Buloh Kasap.
Di KELANTAN, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata jumlah keseluruhan mangsa banjir berkurangan kepada 1,415 daripada 343 keluarga di 21 pusat pemindahan berbanding 1,525 daripada 368 keluarga pagi tadi.
Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan Machang sebanyak 30 orang, di Kuala Krai kekal 878 orang manakala Gua Musang dan Tanah Merah masing-masing kekal 414 orang dan 93 orang.
Di PAHANG, jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Temerloh masih kekal 981 orang.
Bernama
Wed Jan 14 2015
![Lapan kampung di Kudat, Sabah dilanda banjir Lapan kampung di Kudat, Sabah dilanda banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/81421228770_295x200.jpg)
Tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat ini memandangkan air masih berada pada paras 1.9 meter, katanya. - Bernama Photo
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1 Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720886023_OswaldoMorales.jpg)
Liga Super: JDT teruskan momentum kemenangan, tewaskan Sabah 3-1
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi Liga Super musim ini apabila menewaskan Sabah FC 3-1 dalam saingan di Stadium Likas malam ini.
![Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701925574_AKMALNASIR.jpg)
Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor
Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.
![Johor berjaya tarik 50 pusat data dalam dua tahun lepas - Onn Hafiz Johor berjaya tarik 50 pusat data dalam dua tahun lepas - Onn Hafiz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720043254_OnnHafizGhazi.jpg)
Johor berjaya tarik 50 pusat data dalam dua tahun lepas - Onn Hafiz
Pertumbuhan pesat dalam industri pusat data menunjukkan keupayaan Johor menjadi hab pusat data baharu di Asia.
![Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719897279_BencanaBanjirJoh.jpg)
Operasi pembersihan, selenggara perparitan besar-besaran di Johor
Johor telah menggerakkan operasi pembersihan dan penyelenggaraan longkang serta parit secara besar-besaran bagi mengatasi isu banjir kilat di negeri itu.
![Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719289111_tbHasbullahHassan.jpg)
Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, penganggur dihadap ke mahkamah
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyokong dan memiliki bahan berkaitan pengganas Daesh.
![Pasang 170 tiang lampu di Lebuhraya Pasir Gudang, elak kemalangan Pasang 170 tiang lampu di Lebuhraya Pasir Gudang, elak kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719200997_LebuhrayaPasirGuda.jpg)
Pasang 170 tiang lampu di Lebuhraya Pasir Gudang, elak kemalangan
Keadaan Lebuhraya Pasir Gudang dari kawasan Perling yang dilaporkan gelap sehingga mengundang kemalangan jalan raya, mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
![Tumpahan minyak: Pembersihan Pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini Tumpahan minyak: Pembersihan Pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718956524_TBminyaktumpah.jpg)
Tumpahan minyak: Pembersihan Pantai Sungai Rengit, Teluk Ramunia bermula hari ini
Kerja-kerja pembersihan di pantai Sungai Rengit dan Teluk Ramunia susulan tumpahan bahan api marin (MFO) di perairan Pengerang, bermula secara rasmi 9.30 pagi hari ini.
![Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718916143_HasniMohammad.jpg)
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
![Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657620609_TBmahathir.jpg)
Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M
Perjanjian itu dibatalkan apabila orang Melayu bergabung dalam UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
![JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717848298_JPN.jpg)
JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.