Wed Dec 11 2024
TVET: Perkasa program Hi-TVET terutama sektor pertanian - Pakar
Pakar ekonomi menegaskan pentingnya memperkasa sektor pertanian melalui pendidikan TVET dan penggunaan teknologi moden untuk menarik lebih ramai tenaga kerja muda, serta memberi gaji lebih baik bagi meningkatkan daya tarikan sektor perlombongan, pertanian dan pengkuarian khususnya.
Xi Jinping lawat Macau
Presiden China, Xi Jinping tiba di Macau pada Rabu bagi meraikan ulang tahun ke-25 pemerintahan Beijing ke atas bekas tanah jajahan Portugis itu.
Lawatan tiga hari ini dijangka menekankan usaha mempelbagaikan ekonomi Macau yang bergantung kepada industri kasino.
Lawatan tiga hari ini dijangka menekankan usaha mempelbagaikan ekonomi Macau yang bergantung kepada industri kasino.
Keluarga Palestin saman AS atas sokongan tentera Israel
Keluarga Palestin memfailkan saman terhadap Jabatan Negara Amerika Syarikat pada Selasa, mendakwa sokongan Washington terhadap tentera Israel di tengah konflik Gaza yang meragut puluhan ribu nyawa.
Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah Amerika bagi Daerah Columbia.
Saman itu difailkan di Mahkamah Daerah Amerika bagi Daerah Columbia.
Kesalahan merokok: Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
Menteri Luar, Mohamad Hasan mohon maaf dan akan membayar kompaun atas kesalahan merokok di sebuah restoran seperti yang tular dalam media sosial. #AWANInews
Statistik kes mati lemas 2023 membimbangkan
287 kematian akibat lemas direkodkan hingga Disember 2023. JBPM menyeru kesedaran risiko aktiviti air, terutama semasa Monsun Timur Laut.
Hari Migran: Urus persepsi negatif, hapuskan stigma anti migran
Sekiranya persepsi negatif terhadap migran dan pendatang asing di negara ini tidak diuruskan dengan baik, imej negatif terhadap golongan ini akan berterusan.
Mohamad Salim dilantik semula sebagai pengerusi MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan pelantikan semula Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din sebagai pengerusi agensi itu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mac 2025.
Wan Saiful tidak kelirukan dewan rakyat - Parlimen
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesahkan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengenai tawaran untuk menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengelirukan Dewan Rakyat.
Keputusan ini dibuat selepas jawatankuasa yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bermesyuarat pada 6 dan 10 September lalu.
Keputusan ini dibuat selepas jawatankuasa yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bermesyuarat pada 6 dan 10 September lalu.
Lima laporan polis terhadap pempengaruh terkait pakej pelancongan
Polis menerima lima laporan berhubung dakwaan menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Seoul, Korea Selatan yang dikendalikan pempengaruh dan usahawan.
Pasca perang Syria: Kubur besar dedah kekejaman rejim Assad
Tapak kubur besar-besaran di Syria telah mendedahkan skala kematian di bawah kerajaan pimpinan Bashar Al-Assad dimana anggaran lebih 100,000 orang telah diseksa dan dibunuh sejak 2013. #AWANInews
Menteri Alumni UM wajib salur RM10,000 kepada Tabung Endowmen UM
Semua menteri yang merupakan Alumni Universiti Malaya diwajibkan menyumbangkan dana RM10,000 setiap seorang kepada IPT itu. #AWANInews
Pantau Belanjawan: Kawal selia Penginapan Sewaan Jangka Pendek (STRA)
Penginapan Sewaan Jangka Pendek (STRA) pada ketika ini masih lagi tidak dikawal selia. Antara lain ia tidak tertakluk kepada sebarang undang-undang, termasuk pendaftaran, pelesenan, keselamatan, kebersihan, dan percukaian. Presiden Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel mengulas lanjut berkenaan perkara ini.
[TERKINI] 1 juta rakyat Malaysia hidap kemurungan pada 2023
Seramai sejuta rakyat Malaysia, bersamaan 4.6 peratus populasi, mengalami kemurungan pada 2023, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Angka ini meningkat dua kali ganda berbanding statistik pada 2019.
Angka ini meningkat dua kali ganda berbanding statistik pada 2019.
[TERKINI] PKD Seremban serah kompaun kesalahan merokok kepada Tok Mat
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan tindakan akan dikenakan terhadap Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan atas kesalahan menghisap rokok di premis makanan.
AWANI Ringkas: Kesalahan merokok di kawasan larangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
“Malaysia menyokong usul ini dan akan terus bersuara” - Mohamad Hasan
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia menegaskan supaya kuasa veto di Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dihadkan dan tidak digunakan sewenang-wenang.
#AWANInews
#AWANInews