Wed Oct 30 2024
Tumpuan Khamis – 31 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
KKR lulus permohonan selenggara lampu jalan, lampu isyarat di Sabah
Kementerian Kerja Raya (KKR) telah meluluskan keseluruhan permohonan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah bagi penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat bagi tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM9.7 juta.
Kerajaan komited pastikan inflasi kesihatan menyederhana
Pelaksanaan projek-projek kesihatan akan mengurangkan kesan kos sara hidup, terutamanya di kawasan luar bandar melalui penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih mampu milik.
FTA Malaysia-Korea Selatan dimuktamadkan tahun depan
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Korea Selatan dimuktamadkan pada tahun depan, dengan komitmen daripada kedua-dua negara untuk menyegerakan sebarang rundingan.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
[TERKINI] Forum Perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Ikuti langsung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Forum Perniagaan Malaysia-Korea Selatan.
#AWANIByte: HUAWEI lancar MatePad 12 X dan jam pintar HUAWEI WATCH D2
Huawei telah melancarkan produk baharu yang hebat dalam kategori tablet dan jam pintar, termasuk HUAWEI MatePad 12 X dan HUAWEI WATCH D2.
HUAWEI MatePad 12 X hadir dengan WPS Office taraf PC, Huawei Notes dengan ciri rakaman audio interaktif, One-touch Split-screen untuk multi-tugas, serta skrin PaperMatte anti silau dan anti pantulan. Ia turut datang dengan Smart Magnetic Keyboard dan M-Pencil Third Gen yang disokong olehteknologi NearLink untuk pengalaman kerja yang lancar.
HUAWEI WATCH D2, jam pintar pertama Huawei dengan Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori (ABPM), diluluskan oleh MDA Malaysia, MDR Eropah, dan NMPA China. Ia memantau tekanan darah sepanjang hari untuk kesihatan yang lebih terjamin.
HUAWEI MatePad 12 X boleh didapati pada RM2,999 dan HUAWEI WATCH D2 boleh didapati pada RM1,999. Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan, harga, dan promosi terkini HUAWEI, layari Laman Web Rasmi HUAWEI, juga laman rasmi Facebook dan Instagram HUAWEI.

Tiada penyelarasan dalam perlesenan perlancongan
Sambil memberi contoh, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Moktar Radin berkata, pelancong Korea yang melawat ke Sabah tidak dapat dinikmati oleh operator-operator pelancongan tempatan.
Angka korban serangan di Lubnan meningkat kepada 3,754
Angka korban akibat serangan Israel di Lubnan meningkat kepada 3,754 orang pada Sabtu.
Sunting video temu bual PM: Lebih sesuai PDRM jawab
Kementerian Komunikasi menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengulas sama ada tindakan akan diambil terhadap pihak yang didakwa menyunting video temubual Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Richard Quest daripada CNN baru-baru ini.
Dewan Rakyat kecoh, Mas Ermieyati kritik Menteri Pelancongan isu papan tanda dwibahasa
Dewan Rakyat kecoh selepas Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin menyifatkan kenyataan Datuk Seri Tiong King Sing berhubung isu penguatkuasaan peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai tidak benar dan memalukan.
Kestabilan, dasar jelas kunci utama menarik pelabur - PM
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam bidang perindustrian misalnya Malaysia memberikan rangka kerja dan penambahbaikan hingga kini menjadi hab semikonduktor utama di rantau ASEAN.
KDN hormati keputusan mahkamah pulangkan 172 jam Swatch
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan 172 jam tangan 'Pride Collection' dirampas tahun lalu dikembalikan kepada The Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa KDN akan mendapatkan laporan penuh berkaitan penghakiman tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa KDN akan mendapatkan laporan penuh berkaitan penghakiman tersebut.
PBB optimis INC-5 berakhir dengan perjanjian konstruktif
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) optimis bahawa rundingan di Korea Selatan bertujuan meratifikasikan perjanjian antarabangsa bagi membendung pencemaran disebabkan plastik dapat dipersetujui.
[TERKINI] Suspek bunuh ibu simpan mayat dalam peti sejuk didakwa esok
Lelaki yang ditahan kerana disyaki membunuh ibunya sebelum menyimpan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku di kediamannya di Taman OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, didakwa esok.
AWANI Ringkas: SPM 2024 bermula 2 Disember hingga 6 Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.