Sun Jul 21 2024
Tumpuan Isnin – 22 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiada parti komponen, Friends of BN dipinggirkan - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tiada parti komponen BN dan Friends of BN dipinggirkan, malah semua disantuni dengan baik.
[INFOGRAFIK] Olimpik Paris: Edisi Olimpik paling lestari dalam sejarah
Lebih bertanggungjawab, lebih lestari, lebih bersatu dan lebih inklusif. Edisi Olimpik Paris 2024 memasang hasrat untuk menjadi acara sukan dunia pertama yang lestari atau 'most sustainable games ever' berbanding edisi sebelum ini.
Untuk meninggalkan legasi 'iklim positif', AWANI Green Action menyenaraikan antara lima inovasi hijau yang ditampilkan dalam edisi kali ini.
Untuk meninggalkan legasi 'iklim positif', AWANI Green Action menyenaraikan antara lima inovasi hijau yang ditampilkan dalam edisi kali ini.
10 Berita Pilihan - (22 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kereta api penumpang rentas sempadan Laos-Thailand mula beroperasi
Majlis perasmian yang diadakan di Vientiane pada Sabtu dihadiri oleh Timbalan Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Laos, Saysongkham Manodham, Timbalan Menteri Pengangkutan Thailand, Surapong Piyachote serta wakil dari kedua-dua negara.
Seorang maut akibat virus Nipah di Kerala, India
Pihak berkuasa di Kerala, India mengambil langkah pencegahan selepas kematian seorang budak lelaki berusia 14 tahun akibat virus nipah.
Aktiviti perniagaan di Dhaka disambung semula
Tinjauan Reuters mendapati orang ramai berpusu-pusu mengunjungi kedai-kedai untuk membeli kelengkapan.
Agenda lestari Olimpik diperluas ke bantuan kemanusiaan
Penganjuran Olimpik Paris 2024 tidak melupakan hasrat global untuk mencapai sasaran sifar karbon menjelang 2050. Aspek kelestarian malah ditekankan dari pelbagai sudut sejak bermulanya pembinaan perkampungan Olimpik buat atlet bertaraf dunia, disertai disiplin serta praktikaliti mereka dalam aspek kemampanan.
Terbaharu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memaklumkan bahawa setelah tamatnya sukan berprestij itu nanti, kemudahan seperti tilam akan didermakan kepada golongan gelandangan di Paris.
Terbaharu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memaklumkan bahawa setelah tamatnya sukan berprestij itu nanti, kemudahan seperti tilam akan didermakan kepada golongan gelandangan di Paris.
India rekod 1.19 juta kematian pada 2020
Kajian yang diterbitkan jurnal Science Advances mendedahkan jumlah kematian semasa fasa kematian pandemik COVID-19 di India mungkin mencecah 1.19 juta individu, iaitu lapan kali ganda tinggi daripada angka rasmi yang dikeluarkan kerajaan.
Suri rumah ditahan disyaki dera anak tiri
Wanita berusia 37 tahun itu diberkas susulan laporan polis dibuat oleh suaminya sendiri berusia 30-an yang juga bapa mangsa, pada jam 3.45 petang 18 Julai lalu.
Polis rampas sepucuk pistol, 18 peluru
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata tangkapan itu dibuat susulan polis menerima laporan pada hari sama, daripada isteri suspek mengatakan mereka telah berselisih faham dan memaklumkan bahawa suaminya memiliki sepucuk pistol.
131 warga asing ditahan di lokasi panas sekitar Johor
Seramai 131 warga asing dan seorang majikan warga tempatan ditahan Khamis lalu selepas Jabatan Imigresen menyerbu lokasi panas yang dikenal pasti di negeri ini.
Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet - Adam Adli
Atlet kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 memiliki tahap kesedaran tinggi dan sentiasa peka dalam pengambilan makanan tambahan agar tidak berpalit dengan isu doping pada temasya sukan itu bermula 26 Julai ini.
Gaduh kerana telefon bimbit, 3 pelajar ditahan reman
Gara-gara telefon pintar, seorang pelajar tingkatan dua cedera parah di kepala akibat dibelasah tiga pelajar berusia 16 hingga 17 tahun di Taman Sempalit Aman, Raub, Pahang, Jumaat lalu.
Mahkamah Bangladesh kurangkan kuota pekerjaan sektor awam
Mahkamah Agung Bangladesh hari ini mengumumkan pengurangan kuota untuk pemohon kerja sektor awam selepas sistem tersebut mencetuskan pergolakan di seluruh negara dan pertempuran maut antara polis dan penunjuk perasaan.
Perkongsian kuasa bantu perkemas tadbir urus Sabah
Konsep perkongsian kuasa kepimpinan Di Sabah diyakini membantu memperkemas segala urusan pentadbiran negeri.