Mon Dec 16 2024
Trump mahu Hamas bebaskan tahanan menjelang 20 Januari
Donald Trump ulangi amaran kepada Hamas untuk bebaskan baki tahanan menjelang pelantikannya sebagai Presiden AS pada 20 Januari, selepas berbincang dengan Netanyahu.
Fitch Ratings kekalkan penarafan hutang Malaysia pada BBB+, tinjauan stabil
Fitch Ratings mengesahkan penarafan Ingkar Penerbit (IDR) Mata Wang Asing Jangka Panjang Malaysia pada BBB+ dengan tinjauan 'stabil'. Agensi penarafan kredit antarabangsa itu berkata, penarafan Malaysia disokong oleh pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh dan luas, didorong oleh pelaburan domestik dan asing yang teguh serta lebihan akaun semasa yang berterusan dengan asas eksport yang pelbagai.
AWANI Pagi: Pengurusan sukarela, rawatan dan pemulihan di PUSPEN Sg Besi
Siaran Luar #AWANIPagi dari PUSPEN Sg Besi bersama Farhan Hakimi dengan dua tetamu, Siti Mariam Mursidan, Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK dan Nurshuhaila A.Rahman, Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Besi membincangkan mengenai pengurusan penagih dadah secara sukarela dan bagaimana rawatan serta kaedah rawatan, perubatan dan pemulihan terbaik diberikan di pusat ini.
Pengendali media sosial perlu tambahbaik algoritma
Syarikat-syarikat pengendali media sosial perlu mengambil langkah untuk menyesuaian operasi mereka dengan melakukan perubahan serta penambahbaikan terhadap algoritma sedia ada dengan pindaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2024.
KPT Rangka Pelan Pendidikan Tinggi 2025-2035
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) giat merangka Pelan Pendidikan Tinggi 2025-2035 berikutan pelan sedia ada bakal berakhir hujung tahun hadapan.
113 kampung di empat daerah di Kelantan dijangka banjir
Sebanyak 113 buah kampung yang terletak di empat daerah di Kelantan diminta berwaspada berlakunya banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu hingga Sabtu ini oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memaklumkan empat daerah terlibat ialah Machang, Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memaklumkan empat daerah terlibat ialah Machang, Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu.
Angka korban serangan Israel di Gaza melebihi 45,000
Serangan berterusan Israel di Gaza mengorbankan lebih 45,000 rakyat Palestin sejak Oktober 2023, dengan ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan.
Trump mahu Hamas bebaskan tahanan menjelang 20 Januari
Donald Trump ulangi amaran kepada Hamas untuk bebaskan baki tahanan menjelang pelantikannya sebagai Presiden AS pada 20 Januari, selepas berbincang dengan Netanyahu.
Trump sedia bincang dengan presiden Rusia dan Ukraine
Donald Trump sedia berbincang dengan Putin dan Zelensky untuk hentikan perang Rusia-Ukraine, mengakui terganggu dengan kekejaman yang berlaku, dan menyeru pertempuran dihentikan segera.
Trump pertahan hasrat kenakan tarif import
Donald Trump pertahan langkah tarif 10 peratus ke atas import asing, termasuk China, Mexico, dan Kanada, untuk tingkatkan industri AS dan atasi isu fentanyl serta imigresen haram.
Qatar teruskan misi bantuan kemanusiaan ke Syria
Pesawat keempat tentera udara Qatar yang membawa bantuan kemanusiaan ke Syria tiba di Gaziantep, Turkiye pada Isnin.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Qatar, bantuan itu mencerminkan komitmen berterusan Qatar dalam menyokong rakyat Syria yang memerlukan.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Qatar, bantuan itu mencerminkan komitmen berterusan Qatar dalam menyokong rakyat Syria yang memerlukan.
NGO Syria desak sekatan negara itu ditamatkan
Rangkaian Hak Asasi Manusia Syria (SNHR) pada Isnin menggesa penamatan sekatan ekonomi dan politik ke atas negara itu susulan kejatuhan kerajaan rejim Assad.
Menerusi satu kenyataan, SNHR menegaskan bahawa sekatan tersebut berisiko menjadi halangan kepada usaha pemulihan negara itu.
Menerusi satu kenyataan, SNHR menegaskan bahawa sekatan tersebut berisiko menjadi halangan kepada usaha pemulihan negara itu.
Jordan selar tindakan Israel di Bukit Golan
Kementerian Luar Negeri Jordan menyelar tindakanIsrael meluluskan pelan perluasan penempatan di Bukit Golan yang diduduki.
Menerusi satu kenyataan, kementerian itu menyifatkannya sebagai tindakan yang mengukuhkan pendudukan haram serta melanggar undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

UK komited bantu pembinaan semula Syria
UK menghantar delegasi ke Syria, umum pakej bantuan kemanusiaan £50 juta dan sokong proses politik inklusif demi kestabilan jangka panjang Asia Barat.
Masa depan Syria perlu bebas pengaruh pelampau
Ketua Dasar Luar EU, Kaja Kallas, menegaskan proses pembinaan semula Syria mesti dipimpin rakyatnya tanpa pengaruh ekstremisme, Rusia, dan Iran.
Trump: Turki pemain utama masa depan Syria
Presiden AS bakal dilantik, Donald Trump, nyatakan Turki berperanan utama di Syria pasca kejatuhan Bashar al-Assad, sambil mempertimbangkan pengunduran tentera AS.