Fri Nov 29 2024
[TERKINI] Cuti semua Menteri Kabinet dibekukan banjir
Cuti semua Menteri Kabinet dibekukan susulan situasi bnecana banjir di negara ini yang semakin memburuk.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya sebentar tadi.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina, Presint 17, Putrajaya sebentar tadi.
Sapura Energy: Pengerusi, CEO Kumpulan letak jawatan S4 tahun kewangan 2025
Pengerusi Sapura Energy Bhd, Datuk Mohammad Azlan Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Mohd Anuar Taib akan meletakkan jawatan pada suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Jan 2025.
Saham Hybe jatuh susulan tindakan artis keluar label
Hybe, yang terkenal kerana melonjakkan kerjaya satu lagi kumpulan K-Pop, BTS, telah kehilangan lebih AS$1 bilion (RM4.44 bilion) daripada nilai pasarannya sejak April, apabila pengurus lama NewJeans, Min Hee-jin diketepikan susulan pertikaian dalaman syarikat.
Tarif AS: Biden harap Trump pertimbang semula tarif
Kata Biden, jika ia benar-benar dilaksanakan, hubungan AS dengan sekutu rapat akan berdepan masalah besar.
Bank of Japan: Saham Asia tergelincir, yen pula sasar minggu terbaik
Dagangan dalam ekuiti dan perbendaharaan AS ditutup kerana cuti Hari Kesyukuran, dengan Indeks meluas MSCI bagi saham Asia-Pasifik di luar Jepun jatuh 0.3% dan turun 0.5% untuk minggu ini.
Toyota: Pengeluaran global merosot untuk bulan kesembilan
Pembuat kereta terbesar dunia itu juga mencatatkan kenaikan pertama dalam tempoh lima bulan untuk jualan global, yang meningkat 1.4% kepada 903,103 kenderaan, satu rekod untuk bulan Oktober.
Rizab antarabangsa: AS$117.59 bilion pada akhir Oktober 2024 - BNM
Rizab antarabangsa berjumlah US$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024
Lebih 60 Ahli Parlimen gesa kerajaan UK kenakan sekatan ke atas Israel
Lebih 60 Ahli Parlimen Britain daripada tujuh parti politik menggesa Setiausaha Luar David Lammy supaya mengenakan sekatan ke atas Israel, atas dakwaan Israel berulang kali melanggar undang-undang antarabangsa.
Surat itu dihantar kepada Lammy pada Rabu malam yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas Richard Burgon dan Imran Hussain.
Surat itu dihantar kepada Lammy pada Rabu malam yang diketuai oleh Ahli Parlimen Bebas Richard Burgon dan Imran Hussain.
Musim sejuk bakal tiba, pelarian Gaza berdepan cuaca ekstrim
Ia malam paling sukar yang pernah saya alami dalam hidup saya. Keadaan muka bumi di kawasan ini mengakibatkan cuaca ekstrim dan air laut masuk. Sekarang tiada lagi khemah yang tinggal. Semuanya sudah musnah. Begitu juga dengan barangan kami, semua sudah hilang.
Sebelum tercetusnya konflik ini, kami selalu gembira apabila hujan. Tetapi sekarang, hujan hanya akan mengakibatkan banjir. Kami tidak ada pakaian sejuk atau ubat-ubatan kalau kami jatuh sakit. Kami tidak mempunyai apa-apa. Kami tidak mempunyai payung atau apa-apa untuk melindungi kami daripada cuaca sejuk. Kami sangat sedih pada musim sejuk kali ini.
Sebelum tercetusnya konflik ini, kami selalu gembira apabila hujan. Tetapi sekarang, hujan hanya akan mengakibatkan banjir. Kami tidak ada pakaian sejuk atau ubat-ubatan kalau kami jatuh sakit. Kami tidak mempunyai apa-apa. Kami tidak mempunyai payung atau apa-apa untuk melindungi kami daripada cuaca sejuk. Kami sangat sedih pada musim sejuk kali ini.
Banjir: Kerajaan jamin bekalan makanan asas tidak terputus
Kerajaan beri jaminan mangsa banjir di negeri terjejas bencana itu tidak akan terputusn bekalan makanan asas sepanjang musim tengkujuh ini.
Pantau Agenda Reformasi: Lapan daerah Terengganu terjejas, Besut tertinggi
Lapan daerah Terengganu terjejas, Besut tertinggi
Pantau Agenda Reformasi: Banjir jumlah mangsa di Kelantan meningkat
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Pusat peperiksaan SPM bagi negeri terjejas banjir sedang dimuktamad
Bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula 2 Disember ini, Kementerian Pendidikan sedang memuktamadkan pusat peperiksaan dan akan dimaklumkan kelak. #AWANInews
PPS tambahan akan dibuka bagi atasi isu PPS penuh
Kebenaran telah diluluskan bagi membuka Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tambahan bagi mengatasi isu PPS penuh. #AWANInews
Kira-kira 7,000 pegawai, anggota dari pelbagai instistusi keselamatan dikerahkan ke kawasan banjir
Kira-kira 7,000 pegawai dan anggota melibatkan pelbagai institusi keselamatan awam dikerahkan bagi membantu mangsa yang terjejas banjir. #AWANInews
AWANI Ringkas: Menteri kena turun padang | Banjir semakin teruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.