Sat Jan 18 2025
Sukarelawan polis bersalah bunuh, rogol doktor
Kisah tragis yang menimpa seorang doktor pelatih India yang dirogol dan dibunuh dengan kejam, membawa kepada episod terbaharu dengan penangkapan dan sabitan bersalah terhadap seorang sukarelawan polis di Kolkata. Sanjay Roy disabitkan bersalah oleh mahkamah atas dakwaan membunuh Dr Moumita Debnath pada Ogos tahun lalu selepas DNA-nya ditemui di kuku mendiang, sekaligus menjadikannya sebagai suspek utama bagi kes ini.
Trump dijangka beri pengangguhan 90 hari kepada TikTok di A.S
Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih, Donald Trump, pada Sabtu berkata, beliau "kemungkinan besar" akan memberikan TikTok penangguhan selama 90 hari daripada larangan berkuatkuasa selepas beliau memegang jawatan pada Isnin.
TikTok tidak dapat diakses di AS mulai hari ini
TikTok mengumumkan akses kepada aplikasi video popular itu akan dinyahaktif untuk lebih 170 juta rakyat Amerika Syarikat (AS) mulai Ahad melainkan pentadbiran Joe Biden mengenakan penalti kepada syarikat itu.
Gencatan senjata: Memahami pertukaran tebusan dan tahanan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan pejuang Hamas dijangka berkuat kuasa mulai jam 8.30 pagi (0630 GMT) Ahad.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata dipersetujui antara Israel dan Hamas yang bermatlamat mahu tamatkan perang di Gaza akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Fasa tiga terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Caj PPUM: Parlimen Lembah Pantai kumpul dana RM5 juta bantu tampung kenaikan
Langkah itu diambil memandangkan PPUM menjadi antara tumpuan penduduk Parlimen Lembah Pantai untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
MOT, JPJ bincang integrasi data aplikasi jual beli motosikal dan MySIKAP
Kementerian Pengangkutan akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk membolehkan aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasikan dengan sistem mySIKAP bagi urusan transaksi yang lebih mudah, pantas dan selamat.
Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Menterinya Anthony Loke berkata ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Penilaian pihak ketiga bagi pastikan keberkesanan projek
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan penilaian oleh pihak ketiga bagi memastikan keberkesanan setiap inisiatif yang dijalankan oleh kementerian itu.
MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.
[TERKINI] Dua Hakim Mahkamah Agung Iran mati ditembak di Tehran
Dua hakim kanan Mahkamah Agung Iran, yang terlibat dalam pengurusan kes keganasan dan risikan, mati ditembak di Tehran pad Sabtu.
Menurut Jurucakap Institusi Kehakiman Iran, Asghar Jahangir, seorang lelaki menembak kedua-dua hakim yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah, sebelum menembak dirinya sehingga mati.
Menurut Jurucakap Institusi Kehakiman Iran, Asghar Jahangir, seorang lelaki menembak kedua-dua hakim yang sedang berada di dalam bangunan mahkamah, sebelum menembak dirinya sehingga mati.
10 Berita Pilihan - (18 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 19 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Op Sky: Empat lagi direman, rasuah lulus permohonan pinjaman peribadi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman empat lagi individu melibatkan dua pegawai serta dua bekas pegawai institusi perbankan kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membantu memproses SERTA meluluskan permohonan pinjaman peribadi yang dikemukan sebuah syarikat perunding kewangan.
Pakar pemerhati bimbang perjanjian hadapi halangan
Pakar Palestin dalam hal ehwal Israel, Imad Abu Awad secara peribadi percaya perjanjian itu akan menghadapi banyak halangan, dan yang paling mencabar ialah Israel mungkin cuba melanggar perjanjian seperti yang mereka lakukan di Lubnan.
Rusuhan tercetus luar mahkamah, 16 ditahan
Kehadiran Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol di mahkamah turut mencetuskan rusuhan dalam kalangan penyokongnya dengan pihak polis pada Sabtu. Rusuhan penyokong Suk Yeol turut menyaksikan pertempuran dengan pihak berkuasa itu menyebabkan 16 individu ditahan.