Mon Jun 24 2024
Statistik Kanak-Kanak & Remaja Hilang (2019-April 2024)
Di mana mereka sekarang?
Seramai 153 kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun dilaporkan masih hilang di seluruh negara berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat April 2024.
Seramai 153 kanak-kanak dan remaja di bawah umur 18 tahun dilaporkan masih hilang di seluruh negara berdasarkan statistik yang dikongsikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat April 2024.
Jalin kolaborasi untuk pacu usaha menuju masa depan yang mampan
Kumpulan Sunway memeterai perjanjian dengan delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia (EUD) untuk sebuah jalinan strategik bagi memacu pelbagai inisiatif kemampanan bersama.
Johor rekodkan peningkatan eksport tertinggi pada Mei
Prestasi eksport bernilai RM128.2 bilion pada Mei 2024, meningkat sebanyak RM8.7 bilion atau 7.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.
Pembaharuan tingkat keselamatan tabungan pendeposit
Kerajaan memberi jaminan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji (TH) selamat digunakan walaupun beberapa pembaharuan dilakukan bagi memperkemaskan lagi aplikasi itu.
Pantau Agenda Reformasi: SPR teruskan PRK DUN Nenggiri, apa selepas ini?
Injuksi tangguh PRK DUN Nenggiri ditolak. SPR teruskan PRK DUN Nenggiri. Apa selepas ini dan bagaimana ia akan beri kesan kepada 1 DUN & 6 parlimen lain.
Mujibu Abd Muis, Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM
Mujibu Abd Muis, Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM
Pelaksanaan pantas projek pembangunan pacu ekonomi Malaysia
Potensi pelaksanaan projek yang lebih cepat di bawah pelan tindakan pembangunan dijangka memacu ekonomi Malaysia mencapai sasaran pertumbuhan yang diunjurkan antara 4.0 hingga 4.5 peratus tahun ini.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Istana Bukit Kayangan.
Sesi menghadap itu adalah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.
Sesi menghadap itu adalah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada 20 Julai ini.
Perlis pula kuat kuasa larangan pembelian berulang
Perlis menjadi negeri kedua selepas Kelantan menguatkuasakan larangan pembelian berulang bagi diesel dan petrol bersubsidi RON95 di kesemua 39 stesen minyak seluruh negeri itu bermula 28 Jun.
Helikopter Agusta L109H mendarat cemas pagi tadi
Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan sebuah helikopter m81-11 (Agusta L109H) melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Kem Mahkota Kluang, Johor, awal pagi tadi.
Pastikan proses ikut lunas undang-undang
Kerajaan memperkukuhkan kerjasama dengan pejabat agama Islam di wilayah Selatan Thailand bagi memastikan proses pernikahan rakyat Malaysia di sana dilakukan mengikut lunas undang-undang.
Hari pengundian PRK DUN Neggiri ditetapkan 17 Ogos ini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada 17 Ogos.
AWANI Ringkas: Lepas dikritik, jaket rasmi kontinjen negara ditambah baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tok Pa sah tidak bertanding
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk pencen daripada politik.
MIMF 2024 kembali mulai 11-13 Julai ini
Malaysia sekali lagi bakal menjadi tumpuan pemain industri perdagangan antarabangsa pada Julai ini menerusi Pameran Antarabangsa Mesin Malaysia (MIMF) 2024 yang akan berlangsung pada 11 hingga 13 Julai.
Tiga sahabat maut, seorang cedera parah kemalangan kereta
Tiga sahabat maut manakala seorang parah selepas Proton Wira dinaiki mereka terbabas melanggar tiang elektrik di Jalan Renggam, Simpang Renggam, pada tengah malam Khamis.
Prestasi lemah Joe Biden dikritik hebat
Prestasi Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di pentas debat perdana bertemu mantan presiden, Donald Trump disifatkan sebagai tidak bermaya. Anggota Republikan yang juga merupakan Gabenor Dakota Utara, Goug Burgum menyelar prestasi lemah itu sambil menyifatkan ia meningkatkan risiko keselamatan negara.