Mon Mar 17 2025
SPRM teliti siasatan rasuah Ismail Sabri secara menyeluruh
SPRM memberi jaminan akan meneliti semua maklumat berkaitan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri, termasuk perolehan dana, aset diisytiharkan, serta penemuan wang tunai dan jongkong emas bernilai RM177 juta.
Mercun: Ibu bapa perlu serius pantau pergerakan anak-anak - Raja Muda Kedah
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin menitahkan agar golongan ibu bapa sentiasa memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak terutamanya melibatkan aktiviti bermain mercun bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.
[TERKINI] Ismail Sabri selesai beri keterangan hari kelima di ibu pejabat SPRM
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai beri keterangan hari kelima di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan kes penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.
Banjir: 20 sekolah di Johor terjejas, situasi dijangka memburuk
Sebanyak 20 buah sekolah di Johor terjejas susulan bencana banjir yang melanda negeri itu melibatkan lima daerah merangkumi Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan Kluang.
[TERKINI] Aidilfitri: Diskaun tol akan diumum dalam masa terdekat
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan akan membuat pengumuman dalam masa terdekat berhubung pemberian diskaun tol 50 peratus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
100,000 mangsa terperangkap di sempadan Thailand-Myanmar
Sindiket penipuan dalam talian di sempadan Thailand-Myanmar masih beroperasi dengan kira-kira 100,000 mangsa kekal terperangkap di sebalik operasi besar-besaran dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu.
Syed Saddiq harap prosiding rayuan disegerakan
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu telah menerima tarikh tentarif penangguhan prosiding rayuan pada 17 April.
Syed Saddiq berharap tarikh prosiding rayuannya dapat ditetapkan secepat mungkin.
Syed Saddiq berharap tarikh prosiding rayuannya dapat ditetapkan secepat mungkin.
Syed Saddiq kecewa, terkesan prosiding rayuan ditangguh lagi
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu beliau terkesan dan kecewa kerana prosiding rayuannya ditangguh lagi kerana sudah lima tahun menuntut keadilan.
Beliau menegaskan tetap menghormati pihak Pendakwa Raya dan institusi kehakiman yang merupakan benteng terakhir bagi demokrasi dan keadilan kepada pihak teraniaya.
Beliau menegaskan tetap menghormati pihak Pendakwa Raya dan institusi kehakiman yang merupakan benteng terakhir bagi demokrasi dan keadilan kepada pihak teraniaya.
Rayuan Syed Saddiq ditangguh lagi, doakan Pendakwa Raya cepat sembuh
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu prosiding rayuannya ditangguh lagi kerana kedua-dua Pendakwa Raya kurang sihat.
Syed Saddiq mendoakan supaya mereka cepat sembuh dan kembali pulih.
Syed Saddiq mendoakan supaya mereka cepat sembuh dan kembali pulih.
Lagu 'Aidilfitri di Malaysia' Douglas Lim curi hati warganet
Lagu yang ditulis dan digubah sendiri oleh Douglas mengetengahkan lirik yang santai, kreatif dan 'catchy', selain turut menampilkan YouTuber, Murty sebagai rakan duet.
[TERKINI] Prosiding kes Syed Saddiq ditangguhkan pada 17 April
Mahkamah Rayuan Putrajaya menangguhkan prosiding rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman susulan faktor kesihatan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan akan bersambung pada 17 April 2025.
Empat lelaki termasuk dua anggota polis didakwa miliki 240,000 mercun bola
Empat lelaki termasuk dua anggota polis didakwa di Mahkamah Majistret Kangar atas pertuduhan memiliki bahan letupan sebanyak 240,000 biji mercun bola berjumlah RM35,000.
Lima lelaki termasuk dua warga Taiwan didakwa edar dadah
Lima lelaki termasuk dua warga Taiwan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru secara berasingan atas pertuduhan mengedar dadah.
AWANI Ringkas: Tarikh Syawal diumum 30 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trump mahu tutup Jabatan Pendidikan AS
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan menandatangani perintah eksekutif untuk menutup Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat, tetapi langkah itu berdepan cabaran undang-undang dan memerlukan kelulusan Kongres untuk dilaksanakan sepenuhnya.
Macron, Putera Mahkota Saudi kecam serangan Gaza
Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman membincangkan konflik Gaza serta proses damai Ukraine, mengecam serangan Israel dan menekankan kepentingan gencatan senjata serta penyelesaian politik.