Tue Mar 11 2025
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Tiada lagi tindakan dari MCMC
Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) tidak berhasrat untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap tiga penyampai radio ERA FM, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir Affendy.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.
SPRM tidak tutup kes dakwaan skandal rasuah ADUN Sabah
Siasatan berkaitan dakwaan skandal rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung isu pelesenan perlombongan mineral masih dijalankan.
SPRM ambil keterangan Ismail Sabri Khamis ini - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis ini, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
KPDN siasat isu beras campuran import, tempatan
Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah diarahkan untuk membuat siasatan segera berhubung isu jualan percampuran beras di pasaran di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, fokus siasatan adalah tertumpu kepada jualan pek beras dalam kategori ‘Super Import’ yang mempunyai label berwarna biru.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, fokus siasatan adalah tertumpu kepada jualan pek beras dalam kategori ‘Super Import’ yang mempunyai label berwarna biru.
Warga Bangladesh dalang 'ulat kad sim' di KLIA, kaut hingga RM2,000 sehari
Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menumpaskan 'ulat kad sim' didalangi warga Bangladesh, melalui operasi khas di ruang legar Balai Ketibaan Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, semalam.
Tumpuan Rabu – 12 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.