UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Perdagangan borong & runcit melonjak 6.7%, isyarat kekuatan ekonomi?

Menganalisis bagaimana peningkatan 6.7% dalam jualan perdagangan borong dan runcit pada Julai mencerminkan pengukuhan ekonomi atau sekadar reaksi terhadap inflasi dan kos hidup yang meningkat.

Tue Sep 10 2024

Hampir 200 aktivis alam sekitar dibunuh di seluruh dunia pada 2023

Hampir 200 aktivis alam sekitar dibunuh di seluruh dunia pada 2023

Global Witness melaporkan hampir 200 orang aktivis alam sekitar dilaporkan dibunuh pada tahun 2023.
Institut Latihan KKM lahir lebih 23,000 graduan berdaya saing

Institut Latihan KKM lahir lebih 23,000 graduan berdaya saing

Lima program praperkhidmatan dan enam program lanjutan di bawah kelolaan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh berjaya terima akreditasi agensi kelayakan Malaysia.
Tingkatkan perkongsian teknologi pertanian di peringkat global

Tingkatkan perkongsian teknologi pertanian di peringkat global

Meraque menandatangani MoU bersama Kementerian Pertanian Uzbekistan untuk memperkenalkan teknologi pertanian canggih seperti dron dan robotik. Inisiatif ini bertujuan memperluaskan transformasi digital sektor pertanian di Uzbekistan dan negara-negara lain, dengan fokus meningkatkan hasil pertanian serta keberkesanan melalui teknologi inovatif.
Semakin banyak kawasan terjejas dengan pencemaran bau di Johor Bahru

Semakin banyak kawasan terjejas dengan pencemaran bau di Johor Bahru

Kampung Maju Jaya di Kempas menjadi lokasi terbaru terjejas dengan pencemaran bau yang sebelum ini melanda beberapa kawasan di Johor Bahru.
Ini bukan isu 3R - Lim Guan Eng

"Ini bukan isu 3R" - Lim Guan Eng

"Beliau (Teresa Kok) hanya menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Parlimen untuk mengeluarkan pandangan dan kebimbangan yang dilahirkan pelbagai pihak termasuk pengundi-pengundinya," jelas Guan Eng.
Saya tidak membantah pensijilan halal - Teresa Kok

"Saya tidak membantah pensijilan halal" - Teresa Kok

"Saya tidak mempersoalkan persijilan halal, peranan JAKIM ataupun tidak menghormati Agama Islam," tegas Teresa Kok.

#AWANInews
Taufan Yagi ranapkan jambatan utama di utara Vietnam

Taufan Yagi ranapkan jambatan utama di utara Vietnam

Sebuah jambatan dengan laluan sibuk di utara Vietnam runtuh pada Isnin selepas dilanda Taufan Yagi, yang telah meragut lebih daripada 60 nyawa sejak Sabtu.

Rakaman kamera 'dashcam' yang dipasang pada kereta berjaya merakamkan detik cemas itu yang berlaku pada Jambatan Phong Chau di wilayah Phu Tho, utara Vietnam.
Harvey Weinstein jalani pembedahan jantung kecemasan

Harvey Weinstein jalani pembedahan jantung kecemasan

Bekas penerbit Hollywood, Harvey Weinstein, dikejarkan ke hospital dari penjara di New York City pada Ahad dan menjalani pembedahan jantung pada Isnin, menurut wakilnya.

Jurucakapnya menyatakan bahawa beliau dibawa ke Hospital Bellevue pada malam Ahad kerana masalah kesihatan.
Pekerja syarikat teknologi AS sokong Kamala Harris - Data

Pekerja syarikat teknologi AS sokong Kamala Harris - Data

Pekerja-pekerja di syarikat teknologi terbesar Amerika Syarikat secara besar-besaran menyokong calon presiden Demokrat, Kamala Harris, menurut data.

Namun, beberapa bilionair dari syarikat teknologi di negara itu menyokong calon presiden dari Republikan, Donald Trump.
14 warga Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

14 warga Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

Sekurang-kurangnya 14 warga Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di khemah pelarian di Khan Younis, selatan Gaza.

Menurut petugas perubatan dan media Hamas, serangan berlaku pada awal pagi Selasa, dengan tentera Israel menyatakan sasaran mereka ialah pusat komando Hamas.
Pengetatan dasar pekerja asing pacu penurunan pengangguran akhir 2024

Pengetatan dasar pekerja asing pacu penurunan pengangguran akhir 2024

Perunding Sumber Manusia, Faizal Riduan menyeru kerajaan untuk memperketat peraturan pengambilan pekerja asing dan memberi keutamaan kepada pekerja tempatan bagi melindungi hak mereka. Beliau juga menekankan keperluan dasar yang jelas mengenai pekerja asing tidak berkemahiran untuk menjaga peluang pekerjaan rakyat tempatan, serta menggesa syarikat besar seperti MNC dan GLC mematuhi kuota pekerja tempatan.
Teresa Kok beri keterangan di Bukit Aman hari ini

Teresa Kok beri keterangan di Bukit Aman hari ini

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk dirakam keterangan berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.

Beliau yang ditemani peguam Syahredzan Johan itu tiba kira-kira pukul 9.42 pagi.

Wartawan Umavathi Ramayah sedia dengan laporannya.
Tanah jerlus: Kerja baik pulih kawasan Masjid India giat dijalankan - DBKL

Tanah jerlus: Kerja baik pulih kawasan Masjid India giat dijalankan - DBKL

Dewan Bandararaya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk memberikan maklumat kepada wakil peniaga di Jalan Masjid India mengenai status terkini insiden tanah jerlus termasuk status kemajuan kerja-kerja di lokasi tersebut.
Raja Petra Kamarudin meninggal dunia pada usia 74 tahun

Raja Petra Kamarudin meninggal dunia pada usia 74 tahun

Blogger dan aktivis politik terkenal, Raja Petra Kamarudin, meninggal dunia di United Kingdom pada usia 74 tahun, pada Isnin.

Pemergiannya disahkan oleh adik arwah dalam kenyataan kepada portal berita Free Malaysia Today (FMT) pagi ini.
Kerjasama Malaysia-China perkukuh ekonomi negara - PM

Kerjasama Malaysia-China perkukuh ekonomi negara - PM

Kerjasama strategik antara Malaysia dan China terus memperkukuh ekonomi negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dengan jumlah dagangan hampir 100 bilion dolar Amerika Syarikat.