Mon Nov 04 2024
Menteri beri tempoh 2 minggu sediakan laporan lengkap
Kementerian Pengangkutan memberi tempoh dua minggu kepada pasukan khas yang menyiasat kes kematian seorang remaja lelaki selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang mengecas telefon bimbit pada soket sebuah bas ekspres di Pulau Pinang, Jumaat lalu untuk menyediakan laporan lengkap.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Kalau Pendang anak jantan, saya cabar bangun minta maaf!" - RSN Rayer
Ahli Parlimen Jelutong masih tidak berpuas hati dengan tindakan YB Pendang yang masih enggan memohon maaf. Beliau mencabar agar ulang kenyataan tersebut di luar dewan rakyat. Bagaimanapun, Timbalan Speaker menenangkan keadaan dan menyatakan pendirian untuk serahkan kepada Speaker membuat keputusan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"..perkataan yang dahsyat, menjijikkan, menjemukan, meluat!" -Shahidan
Kekecohan di Dewan Rakyat yang berlaku menyebabkan Ahli Parlimen Arau menyatakan YB Jelutong juga telah mengeluarkan perkataan yang dahsyat, menjijikkan, menjemukan rakyat yang melihat dan tidak juga menarik balik kenyataan yang dilontarkan kepada Ahli Parlimen Kuantan ketika Sidang Dewan Rakyat minggu lepas. Beliau juga menggelar ahli parlimen tersebut yang tidak mahu menarik balik kenyataan sebagai 'biadap'.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Bukan duduk disitu senyum sahaja begitu!" - RSN Rayer
Ahli Parlimen Jelutong menjelaskan ketidakpuasan hati beliau terhadap YB Pendang yang enggan memohon maaf dan menarik balik kenyataan di dewan rakyat pada Isnin.
Beliau mendapat maklumat bahawa pihak SPRM telah menafikan kenyataan pertuduhan berkenaan kes wang berjumlah RM94 juta yang dikatakan dijumpai dirumah bekas menteri dari pemimpin parti DAP.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Beliau mendapat maklumat bahawa pihak SPRM telah menafikan kenyataan pertuduhan berkenaan kes wang berjumlah RM94 juta yang dikatakan dijumpai dirumah bekas menteri dari pemimpin parti DAP.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Penyasaran subsidi diesel berjaya jimat RM600 juta sebulan - Amir
Menteri Kewangan 2 memaklumkan lebih 140 000 individu telah menerima bantuan tunai Budi Madani (MyBUDI) setakat 31 Oktober 2024. Beliau menambah bahawa penyasaran subsidi diesel menunjukkan penurunan mendadak dan mencerminkan kepada pengurangan aktiviti penyeludupan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
"Dua tapak semaian rumput 8 ekar sebagai rumput gantian" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh memaklumkan beberapa inisiatif dalam mempelbagaikan fungsi Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dilakukan bagi menampung permintaan dari pihak penganjur konsert. Antaranya adalah penyediaan 2 tapak semaian rumput seluas 8 ekar sebagai rumput gantian bagi konsep 'play and play'.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Trump dan Harris giatkan kempen akhir di Pennsylvania
Donald Trump dan Kamala Harris masing-masing meramalkan kemenangan ketika mereka berkempen di seluruh Pennsylvania pada Isnin, hari terakhir kempen sengit dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
Kempen ini penuh dengan drama, termasuk dua percubaan pembunuhan dan satu sabitan kesalahan jenayah terhadap Trump, serta peningkatan mendadak Naib Presiden dari Parti Demokrat, Harris, sebagai calon utama selepas Presiden Joe Biden, menarik diri daripada bertanding semula.
Kempen ini penuh dengan drama, termasuk dua percubaan pembunuhan dan satu sabitan kesalahan jenayah terhadap Trump, serta peningkatan mendadak Naib Presiden dari Parti Demokrat, Harris, sebagai calon utama selepas Presiden Joe Biden, menarik diri daripada bertanding semula.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China menyasarkan peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di pulau berkenaan sekali gus menggariskan potensi Labuan sebagai hab ekonomi yang berdaya maju di Asia.
Jadual padat menanti PM Anwar
Untuk hari ini, Perdana Menteri memulakan lawatan kerja dengan menyampaikan ucaptama di majlis pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China ke-7 di Pameran dan Konvensyen Kebangsaan Shanghai.
AWANI Ringkas: Susulan kes dadah rakyat Malaysia di Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel serang sasaran Hezbollah di Damsyik
Tentera Udara Israel menyatakan bahawa mereka telah menyerang aset perisikan Hezbollah berhampiran Damsyik pada Isnin, menyasarkan infrastruktur utama di Syria yang menurut pihak Syria melibatkan tapak awam.
Menurut kenyataan Tentera Udara Israel di platform X, ibu pejabat perisikan Hezbollah mempunyai cabang di Syria yang terdiri daripada jaringan pengumpulan, penyelarasan, dan penilaian perisikan.
Menurut kenyataan Tentera Udara Israel di platform X, ibu pejabat perisikan Hezbollah mempunyai cabang di Syria yang terdiri daripada jaringan pengumpulan, penyelarasan, dan penilaian perisikan.
UK mulakan percubaan kerja 4 hari seminggu
UK semalam memulakan percubaan pertama minggu kerja empat hari di mana hasil dapatannya nanti akan dibentangkan kepada Parlimen pada musim panas tahun depan.