Thu Oct 17 2024
Lima ditahan disyaki godam, jual data peribadi rakyat Malaysia
Polis menahan lima individu disyaki terlibat dalam sindiket menggodam dan mencuri 400 juta maklumat peribadi milik rakyat Malaysia, sebelum menjualnya menerusi laman web tertutup dalam serbuan Op Kapas di sekitar ibu negara.
Majlis makan malam ada tarian mencolok mata disiasat
Kelantan membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa disajikan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, pada Sabtu lalu.
Rusia dakwa tawan dua lagi perkampungan di timur Ukraine
Rusia mendakwa tenteranya menawan dua lagi perkampungan di timur Ukraine hari ini, sekali gus disifatkan kejayaan terbaharu bagi Moscow yang sedang mara dalam perangnya dengan Ukraine.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Donald Trump
Dalam pada itu Donald Trump pada ucapan sama menyatakan beliau cenderung membenarkan TikTok terus beroperasi di Amerika Syarikat untuk sementara waktu.
Katanya,beliau telah menerima berbilion tontonan di platform media sosial itu semasa kempen presidennya.
Katanya,beliau telah menerima berbilion tontonan di platform media sosial itu semasa kempen presidennya.
Anti-dadah: Trump ikrar lancar kempen, kartel dadah Mexico pengganas
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, berjanji pada Ahad untuk melancarkan kempen iklan anti-dadah baharu bagi menunjukkan kesan fizikal penyalahgunaan dadah seperti fentanyl.
Trump umum hasrat tukar nama gunung tertinggi AS
Bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan hasratnya untuk menamakan semula Gunung Denali, puncak tertinggi di Amerika Utara, kepada Gunung McKinley.
Dalam ucapannya di Phoenix Arizona pada Ahad, beliau berkata langkah itu adalah sebagai penghormatan kepada William McKinley, presiden ke-25 Amerika Syarikat, yang memegang jawatan dari 1897 hingga pembunuhannya pada 1901.
Dalam ucapannya di Phoenix Arizona pada Ahad, beliau berkata langkah itu adalah sebagai penghormatan kepada William McKinley, presiden ke-25 Amerika Syarikat, yang memegang jawatan dari 1897 hingga pembunuhannya pada 1901.
Israel akan terus bertindak ke atas Houthi - Netanyahu
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Ahad menyatakan Israel akan terus bertindak ke atas puak Houthi di Yaman.
Menerusi ucapannya, beliau mendakwa Houthi mengancam sektor perkapalan dan ketenteraman antarabangsa sambil menyeru rakyat Israel supaya bersiapsiaga.
Menerusi ucapannya, beliau mendakwa Houthi mengancam sektor perkapalan dan ketenteraman antarabangsa sambil menyeru rakyat Israel supaya bersiapsiaga.
Dunia jangan alpa tentang konflik di Gaza – UNRWA
Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini, menyeru dunia untuk tidak menjadi alpa terhadap penderitaan yang semakin meruncing ditanggung penduduk Gaza.
Menerusi hantaran di X, beliau menyatakan kebimbangan serius terhadap peningkatan serangan dalam tempoh 24 jam terakhir yang menyebabkan lebih banyak nyawa awam terkorban dan cedera.
Menerusi hantaran di X, beliau menyatakan kebimbangan serius terhadap peningkatan serangan dalam tempoh 24 jam terakhir yang menyebabkan lebih banyak nyawa awam terkorban dan cedera.
Pasca perang Syria: Iran ramal generasi muda Syria bangkit tentang kerajaan baharu
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, meramalkan bahawa generasi muda Syria akan bangkit menentang kerajaan baharu yang muncul selepas kejatuhan Presiden Bashar al-Assad
Turkiye desak sekatan dikenakan ke atas Syria dibatalkan segera
Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan, menegaskan keperluan menghapuskan sekatan terhadap Syria untuk memulakan pembangunan semula, normalisasi, dan memastikan kepulangan rakyat secara selamat.
Pemimpin baharu Syria ikrar tidak campur tangan di Lubnan
Pemimpin baru Syria, Ahmed al-Sharaa, menegaskan bahawa negaranya tidak akan campur tangan secara negatif di Lubnan dan akan menghormati kedaulatan negara jirannya itu.
Dua dekad tsunami: Aceh bangkit dengan ilmu, semangat anak muda
Aceh berjaya berdikari dengan bantuan yang diberikan 20 tahun dahulu, menerusi pelbagai peluang perniagaan yang dimonopoli anak muda, khususnya berkaitan pelancongan.
Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
Keperitan tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas ditipu tuan rumah di Bukit Mertajam, mendapat perhatian ahli parlimennya, Steven Sim.
Angka kematian di Nigeria meningkat kepada 32 orang
Angka kematian akibat tragedi rempuhan semasa acara amal Krismas di Nigeria meningkat daripada 13 kepada 32 individu setakat ini. Perkara itu dinyatakan polis dalam kenyataan pada Ahad.
Empat kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Empat kanak-kanak Palestin antara lima mangsa yang terkorban dalam serangan terbaharu tentera Israel di Jabalia, utara Gaza pada pagi Ahad. Jumlah mangsa itu seperti yang dinyatakan oleh Agensi Berita Palestin (WAFA) yang turut mengesahkan kejadian itu.
Trump ancam ambil semula terusan Panama jika caj tinggi
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengembalikan Terusan Panama kepada pemilikan Amerika sekiranya pihak berkuasa Panama tidak mengawal caj yang dianggapnya "terlalu tinggi".