Tue Jul 30 2024
Lebih 7,000 anggota polis termasuk RELA ditugaskan
Polis Sarawak memperuntukkan lebih 7 ribu anggota, termasuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memastikan perjalanan SUKMA di Sarawak pada Ogos depan berlangsung lancar.
AWANI 7:45 [30/07/2024] - Penerokaan secara terbuka | Panas maksimum 37 darjah celcius | Perkenal undang-undang baharu
Sultan Pahang dukacita Cameron Highlands dijajah warga asing.
Cuaca panas 37 darjah celsius sehingga 5 Ogos.
Malaysia masih lemah undang-undang siber, kata PM.
Beregu wanita meneruskan langkah misi pingat Sukan Olimpik.
Cuaca panas 37 darjah celsius sehingga 5 Ogos.
Malaysia masih lemah undang-undang siber, kata PM.
Beregu wanita meneruskan langkah misi pingat Sukan Olimpik.
Pembangunan IKN lewat daripada jadual akibat isu air, dana – Sarjana Universiti Padjadjaran
Ketua Pusat Pengajian Komunikasi, Media dan Budaya, Fakulti Ilmu Komunikasi Universiti Padjadjaran, Dr. Kunto Adi Wibowo berkata pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) di Kalimantan ketika ini lewat berbanding jadual asal yang telah ditetapkan. Jelasnya, isu utama yang menghambat kemajuan projek itu ialah infrastruktur asas seperti air yang terhad dan pendanaan yang terlalu bergantung kepada peruntukan kerajaan pusat. #AgendaAWANI
MCI libatkan pengeluar alat latihan dalam ekosistem TVET – Belia Mahir
Setiausaha Agung Belia Mahir, Mohammad Rizan Hassan berkata Institut Malaysia-China (MCI) melibatkan pemain industri pengeluaran alat latihan dalam ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Jelasnya, ini merupakan suatu kelebihan inovatif untuk memastikan graduan terlatih menggunakan mesin dan teknologi terkini sebelum masuk ke alam pekerjaan. #AgendaAWANI
Penyumbang dana TVET perlu tawarkan pembiayaan dalam bidang diminati anak muda – Belia Mahir
Setiausaha Agung Belia Mahir, Mohammad Rizan Hassan berkata penyumbang dana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu beralih kepada menyediakan pembiayaan kepada sektor yang diminati oleh anak muda. Jelasnya, ini merupakan langkah terbaik bagi memastikan pembinaan potensi dan bakat yang berkesan. #AgendaAWANI
Prabowo perlu kekalkan momentum pembangunan bagi merealisasikan IKN - KRA
Pengarah Strategi KRA Group, Amir Fareed berkata bakal Presiden Indonesia yang akan mengangkat sumpah pada Oktober akan datang, Prabowo Subianto perlu mengekalkan momentum pembangunan Ibu Kota Negara (IKN) untuk merealisasikan hasrat memindahkan ibu kota republik itu ke Kalimantan. Jelasnya, tanpa momentum tersebut pelabur asing tidak akan berminat untuk melabur bagi tujuan projek mega berkenaan. #AgendaAWANI
AWANI Ringkas: Olimpik Paris 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aksi kontinjen negara di hari keempat sukan Olimpik
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam membawakan perkembangan semasa kontijen negara di sukan Olimpik Paris 2024.
Penyusutan air Empangan Pedu bawa 'rezeki' kepada penduduk setempat
Paras Empangan Pedu di Kedah yang menyusut susulan fenomena cuaca panas pada masa sama membawa rezeki kepada penduduk setempat yang berpusu-pusu mencari lokan.
AGC tolak representasi warga Israel kaji dua pertuduhan
Jabatan Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan Avitan Shalom bagi mengkaji semula dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api.
Sultan pahang dukacita Cameron Highland dijajah
Sultan Pahang dukacita dengan penjajahan tanah secara berleluasa oleh warga asing, terutama di Cameron Highlands.
[TERKINI] JPJ sita 73 kenderaan dikendali warga asing di Putrajaya
JPJ dan Perbadanan Putrajaya menyita 72 motosikal termasuk sebuah kereta dalam operasi bersepadu pemandu warga asing di sekitar pusat pentadbiran Putrajaya.
AWANI Borneo [30/07/2024] - Tuntut Sabah | Sukan SEA 2027 | Prestasi industri naik
Awani Borneo 30 Julai 2024 bersama Nickyson Nyambar.
1. Setiap inci kedaulatan negara terus dipertahan - PM
2. Sabah dan Sarawak tawar peruntukan bagi penganjuran bersama Sukan SEA 2027.
3. Sarawak sebagai hab aeroangkasa bawa kesan positif.
1. Setiap inci kedaulatan negara terus dipertahan - PM
2. Sabah dan Sarawak tawar peruntukan bagi penganjuran bersama Sukan SEA 2027.
3. Sarawak sebagai hab aeroangkasa bawa kesan positif.
Lebih 7,000 anggota polis termasuk RELA ditugaskan
Polis Sarawak memperuntukkan lebih 7 ribu anggota, termasuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memastikan perjalanan SUKMA di Sarawak pada Ogos depan berlangsung lancar.
Sarawak tawar RM350 juta, Sabah RM100 juta untuk penganjuran
Kerajaan Sarawak bersetuju menyediakan peruntukan RM350 juta untuk menganjurkan separuh acara Sukan SEA 2027 di wilayah mereka.
Proses ambil alih saham Sarawak muktamad bulan depan
Proses pengambilalihan saham majoriti Sarawak dalam Affin bank Berhad daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera akan dimuktamadkan bulan hadapan.