Sat Mar 22 2025
Ejen terima suapan RM40,000 ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang lagi ejen dipercayai menerima rasuah bagi mendapatkan nombor giliran untuk mempercepat proses pemeriksaan kenderaan tanpa mengikut prosedur sah.
Perintah reman selama empat hari sehingga 25 Mac dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Assayidatun Najwa Muhammad Nasution selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu.
Perintah reman selama empat hari sehingga 25 Mac dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Assayidatun Najwa Muhammad Nasution selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Semua sekolah terjejas banjir dapat bantuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penduduk Paris mengundi referendum zon bebas kereta
Penduduk Paris dijemput mengundi pada Ahad untuk menentukan sama ada zon bebas kenderaan akan diwujudkan di kawasan itu, lapor agensi berita Jerman DPA.
Rundingan gencatan senjata sementara perang Rusia-Ukraine berlangsung di Jeddah
Rusia dan Ukraine dijangka membincangkan butiran 'gencatan senjata separa' dalam rundingan yang akan diadakan di Jeddah, Arab Saudi pada Ahad.
AS lucut lebih 530,000 status sah sementara migran
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan melucutkan lebih 530,000 migran daripada status sah sementara dan jika inisiatif itu diluluskan, program tinggal sementara mereka di negara itu akan tamat pada 24 April, lapor NBC yang memetik satu dokumen, menurut Sputnik/RIA Novosti.
Raja Jordan mahu serangan Israel di Gaza dihentikan
Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah terdapat keperluan mendesak untuk tindakan segera pihak antarabangsa bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke atas Gaza serta memastikan gencatan senjata kekal menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Sabtu (22 Mac).
RM1 juta peruntukan khas bagi kerja-kerja kritikal, kecemasan tanah mendap di Johor Bahru
Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menyalurkan RM1 juta di bawah peruntukan khas bagi kerja-kerja kritikal dan kecemasan, susulan kejadian tanah mendap di Pangsapuri Jalan Padi Malinja Fasa 13 Bandar Baru Uda.
Talian penghantaran elektrik voltan 275KV Segaliud-Dam mula tugas April
Talian penghantaran elektrik 275 kilovolt (kV) Segaliud-Dam bakal dimula tugas pada pertengahan bulan April ini, yang akan meningkatkan dapat meningkatkan penghantaran tenaga daripada 200 megawatt (MW) kepada 400MW secara harian ke Pantai Timur Sabah.
Sekolah terjejas banjir akan dibaik pulih segera
Kementerian Pendidikan beri jaminan sekolah-sekolah di Sabah yang terjejas banjir akan menerima perhatian penuh termasuk bantuan baik pulih dan penambahbaikan bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa.
Pemimpin tertinggi Hamas terbunuh di Gaza Selatan
Israel melancarkan serangan udara di Gaza Selatan yang membunuh pemimpin politik Hamas, Salah al-Bardaweel, mencetuskan gesaan gencatan senjata dari kuasa antarabangsa dan menambah tekanan terhadap konflik berpanjangan.
Dron rusia serang Kyiv, 7 cedera dan kebakaran tercetus
Tujuh orang cedera dan beberapa kebakaran tercetus selepas serangan dron besar-besaran Rusia ke atas Kyiv, di tengah-tengah usaha damai yang masih buntu antara kedua-dua negara.
Sultan Nazrin berkenan terima zakat perniagaan RM3.56 juta
Lima syarikat korporat telah menyumbang zakat perniagaan berjumlah RM3.56 juta kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd, Puncak Emas Infra Sdn Bhd, Royal College Of Medicine Perak, TM Technology Services Sdn Bhd, dan Zaman Motors Sdn Bhd masing-masing menyumbang kepada jumlah ini.
Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd, Puncak Emas Infra Sdn Bhd, Royal College Of Medicine Perak, TM Technology Services Sdn Bhd, dan Zaman Motors Sdn Bhd masing-masing menyumbang kepada jumlah ini.
Lelaki larikan RM2 juta barang kemas, direman tujuh hari
Lelaki yang terbabit dalam kejadian samun tujuh dulang barangan kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Sabtu, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Suspek curi kabel dikejar polis hingga Jalan Kuching
Seorang suspek kes curi kabel melarikan diri selepas dikejar polis dari Taman Rainbow Sentul hingga ke Jalan Kuching, meninggalkan kenderaan yang mengandungi peralatan jenayah.
AWANI Ringkas: Rayuan Jabatan Peguam Negara didengar esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WWF-Malaysia anjur sidang kemuncak Earth Hour, perkasa tanggungjawab belia ke arah masa depan mampan
WWF-Malaysia dengan kerjasama Sunway Centre for Planetary Health, Sunway University menganjurkan Earth Hour #MYTogetherPossible Youth Summit 2025 bertujuan memperkasakan generasi muda dengan tindakan kolektif ke arah masa depan mampan.