Sat Oct 12 2024
Dewan Rakyat bermula Isnin, Belanjawan 2025 jadi tumpuan utama
Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi tumpuan utama pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang akan bersidang selama 35 hari bermula Isnin ini hingga 12 Dis depan.
Puluhan migran Mexico tahan sejuk di sempadan AS
Puluhan migran Mexico yang berkhemah terpaksa menahan cuaca sejuk di Ciudad Juarez dan mengharapkan peluang melintasi masuk ke Amerika Syarikat.
Penduduk terjejas luah kemarahan kepada Presiden Emmanuel Macron
Penduduk terjejas akibat taufan Chido di kepulauan Mayotte merayu kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron untuk melakukan lebih banyak usaha membantu mereka pada Khamis.
[TERKINI] Operator feri diberi subsidi diesel mulai Januari 2025
Pengusaha feri dan bot penumpang di pulau-pulau utama di Malaysia akan menerima subsidi diesel.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, subsidi ditetapkan pada kadar maksimum 50 sen seliter dengan harga siling ditetapkan pada RM2.50 seliter.
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, subsidi ditetapkan pada kadar maksimum 50 sen seliter dengan harga siling ditetapkan pada RM2.50 seliter.
Keputusan bijak dalam teknologi memerlukan data sahih - Pakar
Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Mohamd Sirajuddin Jalil berkata, kesedaran terhadap data dan sumber yang sahih akan membantu pengguna membuat keputusan yang lebih bijak dan tepat.
Tarikh penggabungan CAAM, MAVCOM sudah dimuktamadkan
Tarikh penggabungan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
AWANI Ringkas: Star Scorpio operasi tahun depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Duta Jerman ke Mesir pantau ketibaan 63 tan bantuan kemanusiaan
Duta Jerman ke Mesir, Jurgen Schulz melakukan lawatan ke Arish pada Khamis untuk memantau ketibaan 63 tan bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Gaza oleh pasukan Palang Merah Jerman.
Pasar Krismas dibuka di Damsyik
Menjelang sambutan Krismas tidak lama lagi, sebuah pasar dihiasi dekorasi Krismas dibuka di Damsyik pada Khamis, sepuluh hari selepas kejatuhan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.
UNRWA sambut baik resolusi terbaharu PBB
Ketua Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menyambut baik keputusan negara anggota PBB yang menyokong resolusi terbaharu badan dunia itu. Philippe Lazzarini menerusi ciapannya di X menyifatkan resolusi itu merupakan pencapaian terbaharu yang dialu-alukan pihaknya.
PBB minta pendapat ICJ, gesa Israel permudah bantuan kemanusiaan
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi pada Khamis bagi mendapatkan pendapat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Ia memfokuskan kepada kewajipan Israel bagi mempermudahkan bantuan kepada rakyat palestin yang disalurkan negara-negara dan kumpulan antarabangsa termasuk PBB.
Hamilkan teman wanita, lelaki dikurung, ditekap seterika
Seorang lelaki cedera akibat dipukul serta melecur apabila ditekap dengan seterika panas selepas mendakwa dikurung ahli keluarga teman wanitanya dalam kejadian di Kampung Merotai Besar, Tawau pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selasa lalu selepas teman wanitanya memberitahu bahawa dia sedang mengandung.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selasa lalu selepas teman wanitanya memberitahu bahawa dia sedang mengandung.
Kerjasama lebih ketat dalam kawal selia kos penjagaan kesihatan
Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng, berjasama antara kerajaan, rakyat, sektor swasta, dan majikan adalah penting untuk memastikan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti tanpa membebankan mana-mana pihak secara berlebihan.
[TERKINI] PDRM siasat kaitan rakyat Malaysia ditahan di Thailand
Polis sedang menyiasat kaitan seorang rakyat Malaysia yang ditahan di Thailand dengan sindiket penipuan pelaburan Nic-Share dan Common-Apps.
Masa yang sesuai untuk operasi pencarian antara Januari hingga April - Loke
Menteri Pengankutan berkata masa yang sesuai untuk operasi pencarian MH370 diantara bulan Januari hingga April. Kerja pencarian akan bermula selepas kedua pihak menandatangani kontrak. #AWANInews
Ocean Infinity cadangkan kawasan baru operasi pencarian MH370- Loke
Menteri Pengankutan berkata operasi pencarian MH370 akan diteruskan di kawasan baru yang dicadangkan oleh Ocean Infinity berasaskan maklumat serta analisis data yang telah dibuat oleh pakar dan penyelidik. #AWANInews