Sat Nov 30 2024
Cuti agensi KPKT, termasuk bomba dibekukan serta-merta
Cuti beberapa agensi di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dibekukan serta-merta susulan bencana banjir yang melanda di beberapa negeri ketika ini.
Johor berpotensi hos bola sepak Sukan SEA 2027
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyatakan Johor sebagai pilihan terbaik untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.
Beliau menjelaskan bahawa Johor mempunyai kelebihan dengan fasiliti moden dan berkelas antarabangsa, menjadikannya sesuai sebagai venue untuk sukan bola sepak.
Beliau menjelaskan bahawa Johor mempunyai kelebihan dengan fasiliti moden dan berkelas antarabangsa, menjadikannya sesuai sebagai venue untuk sukan bola sepak.
Lebih 78,000 notis dikeluarkan dalam tempoh 29 hari
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan sebanyak 78,152 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal di seluruh negara, bagi tempoh 29 hari sejak operasi itu dilancarkan 1 November
NGO ditawar RM100,000 sumbangan, tapi perlu publisiti
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), meluahkan rasa kecewa selepas menerima tawaran sumbangan RM100,000 daripada individu yang didakwa menetapkan syarat publisiti wajib untuk misi bantuan banjir mereka.
Pengasas bersama Kembara Kitchen, William Cheah, mendakwa tindakan tersebut lebih menjurus kepada agenda promosi berbanding niat tulus untuk membantu mangsa bencana.
Pengasas bersama Kembara Kitchen, William Cheah, mendakwa tindakan tersebut lebih menjurus kepada agenda promosi berbanding niat tulus untuk membantu mangsa bencana.
PKPS lancar projek Bawang Rose PKPS, catat tuaian tertinggi empat tan per ekar
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) telah melancarkan Projek Bawang Rose Ehsan, sebuah inisiatif strategik yang menggabungkan teknologi moden Internet of Things (IoT) untuk meningkatkan produktiviti pertanian negeri.
[TERKINI] Sebelum tukar nama, fahami sejarah dulu - Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah agar pihak yang mencadangkan perubahan nama Universiti Putra Malaysia (UPM) memahami dan meneliti sejarah sebelum membuat sebarang keputusan.
Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, sebagai penghormatan kepada pemimpin ulung negara.
Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, sebagai penghormatan kepada pemimpin ulung negara.
[TERKINI] Budaya rasuah makin mengaibkan negara - Sultan Perak
Budaya rasuah, ketirisan dan salah guna yang dilaporkan berlaku ketika ini sesuatu yang mengaibkan negara.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.
Tinjauan situasi banjir di Pasir Mas
Bagi mendapatkan gambaran keadaan banjir di negeri paling teruk terjejas, Kelantan, kita bersama dengan wartawan Firdaus Azil yang kini berada di Pasir Mas.
[TERKINI] Mangsa di sembilan negeri cecah lebih 127,000
Jumlah mangsa banjir di sembilan negeri kini mencecah 127,367 orang, membabitkan 38,148 keluarga setakat pukul 12 tengah hari, hari ini.
Kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 713 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
Kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 713 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Harga turun mulai 1 DisemberAM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penentang Syria serang Aleppo, Tentera Syria tutup lapangan terbang - Laporan
Pihak berkuasa Syria menutup Lapangan Terbang Aleppo serta semua jalan menuju ke bandar itu pada Sabtu, selepas kumpulan penentang Presiden Bashar Al-Assad memasuki tengah Aleppo.
[TERKINI] Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64
Ikuti langsung titah Sultan Perak, yang juga Canselor Universiti Malaya (UM), Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istiadat Konvokesyen Ke-64 di Dewan Tunku Canselor.
Wanita, kanak-kanak cari makana di timbunan sampah di Gaza - Pegawai PBB
Sekumpulan besar wanita dan kanak-kanak mencari makanan di antara timbunan sampah di bahagian Semenanjung Gaza, kata seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berikutan lawatan ke Palestin.
Kabinet setuju hukuman khidmat masyarakat kesalahan buang sampah
Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan cadangan untuk melaksanakan hukuman khidmat masyarakat bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.
Henti polemik papan tanda - Zaliha
Semua pihak termasuk ahli politik perlu menghentikan pertikaian berhubung tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap papan tanda premis perniagaan.
Harga beras putih import turun mulai 1 Disember
Padiberas Nasional Bhd (Bernas) telah bersetuju menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik, bermula Ahad ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat selepas perbincangan antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Bernas baru-baru ini.