Sat Jun 22 2024
Belgium menang 2-0 ke atas Romania
Gol awal Tielemans dan jaringan akhir De Bruyne membantu Belgium menang 2-0 ke atas Romania. Semua pasukan Kumpulan E kini mengumpul tiga mata.
KPM laksana pelbagai pendekatan elak guru bersara awal
Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil pelbagai pendekatan serta mekanisme untuk menaikkan semangat dan motivasi guru bagi mengelakkan mereka daripada terus memilih untuk bersara awal.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata KPM memandang serius terhadap isu itu namun tetap memberikan ruang sepenuhnya kepada guru terbabit membuat keputusan selepas intervensi dilakukan.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata KPM memandang serius terhadap isu itu namun tetap memberikan ruang sepenuhnya kepada guru terbabit membuat keputusan selepas intervensi dilakukan.
Malaysia perlu tenaga jurutera bangunkan industri - Zafrul
Malaysia perlu menangani cabaran membangunkan barisan tenaga kerja yang tepat, terutama profesion kejuruteraan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia merupakan usaha menjayakan agenda pelan ekonomi kerajaan seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia merupakan usaha menjayakan agenda pelan ekonomi kerajaan seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Strategi Semikonduktor Kebangsaan (NSS).
Malaysia negara ketujuh paling dipercayai - Edelman
Malaysia tersenarai di tangga ketujuh negara paling dipercayai menerusi hasil kaji selidik Barometer Kepercayaan Edelman 2024 yang membabitkan tinjauan ke atas 28 negara.
EU dan Ukraine tandatangani perjanjian keselamatan di Brussels
Presiden Ukraine dan pemimpin EU menandatangani perjanjian keselamatan. EU bertekad terus menyokong Ukraine dengan bantuan ketenteraan dan ekonomi.
Debat Presiden: Biden dan Trump berdepan satu lawan satu
Presiden Joe Biden dan bekas Presiden Donald Trump akan berdebat mengenai ekonomi dan imigrasi. Biden dan Trump bersaing untuk kali kedua.
Kekejaman zionis: Protes anti-kerajaan berarak ke rumah Netanyahu
Penunjuk perasaan anti-kerajaan berhimpun di Baitulmaqdis dan di rumah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, pada khamis.
Kekejaman zionis: 21 kanak-kanak sakit dibenar keluar Gaza untuk rawatan
Seramai 21 kanak-kanak di Gaza dibenarkan keluar meninggalkan enklaf itu atas sebab perubatan, pada Rabu.
Kekejaman zionis: Israel serbu kejiranan Gaza, arah rakyat Palestin ke selatan
Israel menyerbu kejiranan di Bandar Gaza pada Khamis, mengarahkan rakyat Palestin bergerak ke selatan ketika kereta kebal rejim itu mara dan mengebom bandar selatan Rafah.
UK boleh kemukakan hujah undang-undang di ICC
Hakim ICC benarkan UK kemukakan hujah mengenai bidang kuasa terhadap warga Israel dalam kes Netanyahu dan Gallant. Tarikh akhir hujahan: 12 Julai.
Maharaja dan Maharani Jepun berangkat pulang
Maharaja Jepun, Naruhito dan isterinya, Maharani Masako berangkat pulang ke tanah air selepas lawatan ke Britain selama tiga hari.
Kru tidak sabar pamer kepada dunia kreativiti Olimpik Paris 2024
Selepas sekian lama melakukan persiapan, kru yang terlibat dalam upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 di Paris tidak sabar mahu menunjukkan hasil kerja mereka kepada dunia.
Protes di Kenya semakin memburuk, polis dan rakyat bertempur
Pegawai polis dan penunjuk perasaan bertempur di ibu kota, Nairobi, Kenya pada Khamis dengan polis menembak gas pemedih mata kepada rakyat yang melakukan protes.
Rakyat Israel gesa Benjamin Netanyahu letak jawatan
Penunjuk perasaan anti-pemerintah kerajaan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bertindak menyekat lebuh raya dan persimpangan di seluruh negara untuk mengesa pilihan raya yang baru.
Gajah Borneo dikhuatiri semakin terancam
Aktiviti pertanian, perlombongan, pembalakan adalah faktor gajah yang tinggal di Pulau Asia Selatan semakin terancam.
Tentera AS serahkan tiga pesawat CN-235
Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) selesai menyerahkan tiga pesawat CN-235 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan TUDM Subang pada Khamis.