Mon Jul 22 2024
AWANI Ringkas: Penganiayaan kanak-kanak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya hubungi kedutaan minta tolong' - Pelajar Malaysia
Nur Syaqila berkata ketika rusuhan tercetus, dia telah menghubungi pihak kedutaan bagi membolehkan dia dan rakan-rakannya bergerak ke bangunan kedutaan seawal jam 4 pagi pada 19 Julai lalu.
Pastikan kanak-kanak B40 dapat pendidikan awal berkualiti
Sebanyak tujuh inisiatif dilaksanakan di bawah Program PERMATA iaitu PERMATA Negara; PERMATA@Pintar; PERMATA Insan; PERMATA Seni; PERMATA Remaja; PERMATA Kurnia; serta PERMATA STEM Talent.
Dua RUU di bawah KESUMA diluluskan
Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), berkaitan sistem insurans pekerjaan dan keselamatan sosial pekerja yang bertujuan menambah baik hak serta kebajikan golongan pekerja di negara ini.
Imbuhan RM10,000 buat pemain, jurulatih sepak takraw kebangsaan
Perdana Menteri menambah dalam pertemuan tersebut, beberapa perkara turut dibincangkan antaranya keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara.
Reka bentuk ART Sarawak didedahkan
Reka bentuk terakhir bagi Transit Aliran Autonomi (ART) Sarawak yang bakal menjadi sistem pengangkutan awam moden di negeri itu, didedahkan pada Majlis Sambutan Hari Sarawak 2024 malam tadi.
Sarawak kini fokus tingkatkan pendapatan isi rumah
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak meningkat sebanyak US$2,000 kepada US$17,000 pada 2023 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mengekalkan status Sarawak sebagai kawasan berpendapatan tinggi yang diiktiraf Bank Dunia.
Dinding Mydin Manjoi runtuh, dua cedera terkena serpihan
Dua cedera terkena serpihan batu bata selepas dinding Pasaraya Mydin Manjoi yang terbakar Mac lalu, runtuh dalam kejadian petang ini.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'Deepfake'
Orang ramai digesa bewaspada terhadap taktik penipuan pelaburan 'Deepfake' yang dicipta melalui AI untuk menyamar sebagai individu dan nama syarikat terkemuka.
Suri rumah diarah menjalani pemeriksaan mental
Seorang suri rumah yang didakwa mencederakan anaknya yang berusia 5 tahun 8 bulan diarah menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
AWANI 7:45 [22/07/2024] - Penyelam jumpa dalam sungai | Penyasaran rasionalisasi subsidi | Pelaksanaan tindakan bersepadu
- Polis jumpa kunci dan dompet milik Nur Farah Kartini.
- Tidak berbangkit RON 95, tumpuan kepada diesel, kata PM.
- Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik rantau Asia.
- 15 ekor Harimau Malaya lahir semula jadi di empat negeri.
- Tidak berbangkit RON 95, tumpuan kepada diesel, kata PM.
- Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik rantau Asia.
- 15 ekor Harimau Malaya lahir semula jadi di empat negeri.
Agenda AWANI: Rusuhan Bangladesh | Apa perlu kita tahu?
Memahami latar belakang punca tercetusnya rusuhan golongan mahasiswa di Bangladesh yang berlaku pada ketika ini? Apa iktibar yang boleh diambil? Diskusi 8.30 malam
Farm Fresh lancar Choco Malt untuk rakyat Malaysia
Syarikat perladangan tenusu bersepadu tempatan, Farm Fresh Berhad tampil dengan produk baharu dikenali Farm Fresh Choco Malt.
Jepun keluar amaran strok haba di 39 wilayah
Jepun mengeluarkan amaran strok haba di 39 daripada 47 wilayah di negara itu pada Isnin selepas suhu di negara itu mula mencatat angka melebihi 37 darjah celsius.
Laut China Selatan: China-Filipina capai perjanjian tamat konfrontasi di kawasan beting jadi pertikaian
China dan Filipina mencapai perjanjian menamatkan konfrontasi di kawasan beting yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan.
[TERKINI] Mahkamah UAE jatuh hukuman 57 warga Bangladesh
Mahkamah Rayuan UAE menjatuhkan hukuman penjara kepada 57 warga Bangladesh kerana menghasut suopaya melakukan rusuhan di ibu negara UAE.