Wed Nov 13 2024
AWANI Ringkas: Mengenang Tun Daim | Kerugian FashionValet
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran
Khazanah dan Permodalan Nasional Berhad, PNB mengakui hasil pelaburannya tidak selari dengan unjuran pulangan pelaburan dalam FashionValet.
Istiadat penganugerahan pingat ‘El Sol del Peru’ dan kenyataan bersama Malaysia-Peru
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianugerah pingat tertinggi Republik Peru, ‘El Sol del Peru’ dalam satu Istiadat Penganugerahan di Istana Kerajaan Peru pada Rabu.
Pingat itu disampaikan oleh Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra pasca pertemuan kedua-dua pemimpin di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).
Pingat itu disampaikan oleh Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra pasca pertemuan kedua-dua pemimpin di luar Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW).
Prabowo janji pertahan kedaulatan di Laut China Selatan
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berikrar akan mempertahankan kedaulatan negara dalam isu Laut China Selatan.
Beliau juga menekankan keutamaan kepada kerjasama berbanding konflik serta menyatakan rasa hormat kepada kuasa besar dunia.
Beliau juga menekankan keutamaan kepada kerjasama berbanding konflik serta menyatakan rasa hormat kepada kuasa besar dunia.
Trump calonkan Matt Gaetz sebagai peguam negara AS
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump, menamakan ahli kongres Republikan, Matt Gaetz, sebagai calon peguam negara.
Beliau memilih sekutu yang pernah disiasat oleh Jabatan Kehakiman untuk mengetuai agensi tersebut.
Beliau memilih sekutu yang pernah disiasat oleh Jabatan Kehakiman untuk mengetuai agensi tersebut.
Trump-Biden bertemu di White House, janji peralihan lancar
Presiden terpilih Donald Trump dan Presiden Joe Biden, bertemu pada Rabu di White House sejak kemenangan Trump minggu lalu.
Kedua pemimpin Amerika tersebut berjanji melaksanakan pemindahan kuasa lancar pada Januari.
Kedua pemimpin Amerika tersebut berjanji melaksanakan pemindahan kuasa lancar pada Januari.
KDNK suku ketiga 2024 dijangka sedikit perlahan - Pakar Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi untuk suku ketiga 2024 dijangka sedikit perlahan berbanding suku sebelumnya, iaitu daripada 5.9 peratus kepada 5.3 peratus.
PM rasmi Taman Solar Matarani milik Yinson Holdings Bhd
Peningkatan kerata perdagangan diantara Malaysia-Peru merupakan manifestasi kesungguhan negara bagi memudahcara perdagangan dua hala dengan pelaksanaan dasar yang jelas serta penekanan kepada memudahcara perniagaan yang diamalkan demi manfaat rakyat dan hubungan baik kedua-dua negara.
Kerjasama ekonomi: Negara bebas tentukan dasar, tanpa ikut telunjuk - PM
Sesebuah negara harus bebas menentukan dasar yang terbaik demi kepentingan negara, tanpa ikut telunjuk daripada mana-mana pihak luar, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tegas beliau, kehendak dan keperluan rakyat adalah asas utama dalam merangka dasar negara, terutama dalam hubungan perdagangan dan ekonomi.
MINDEF laksana mekanisme pencegahan, elak buli UPNM berulang
Kementerian Pertahanan akan melaksanakan beberapa mekanisma pencegahan, bagi mengelakkan insiden kes buli di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia terus berulang.
Kerajaan sediakan subsidi elektrik RM3.54B untuk Sabah, sebelum serah kuasa kawal selia pada 2030
Dakwaan bahawa Kerajaan Persekutuan telah menarik balik penyaluran peruntukan subsidi elektrik kepada Sabah adalah tidak benar, tegas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Dalam perkongsian di laman media sosial Kementerian Kewangan, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan komited menyediakan subsidi elektrik sebanyak RM3.54 bilion ringgit selama tujuh tahun sehingga tahun 2030, pasca penyerahan kuasa kawal selia kepada kerajaan negeri.

Pemandu lori kontena direman empat hari bantu siasatan hempap kereta
Polis mendapat perintah untuk menahan reman seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan pemandu wanita maut akibat dihempap kontena di persimpangan lampu isyarat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pada Rabu.
[TERKINI] MKI sahkan ajaran GISBH, Nasiruddin Ali sesat
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) mengesahkan bahawa ajaran, pegangan, dan fahaman yang dibawa oleh Nasiruddin Mohd Ali serta syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) adalah sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam.
Pengerusi MKI, Datuk Dr Nooh Gadut, menyatakan bahawa keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-125 yang berlangsung pada 24 hingga 26 September lalu.
Pengerusi MKI, Datuk Dr Nooh Gadut, menyatakan bahawa keputusan ini dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-125 yang berlangsung pada 24 hingga 26 September lalu.
[TERKINI] Sidang Media Khas Op Tiris 3.0: Penyelewengan minyak masak bersubsidi
Ikuti langsung sidang media khas oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengenai Op Tiris 3.0 Penyelewengan Minyak Masak Bersubsidi.
FashionValet: Khazanah dan PNB beri ruang proses siasatan diselesaikan
Menteri Kewangan II berkata kegagalan FashionValet menyebabkan beberapa faktor antaranya implikasi Covid19, Perubahan trend e-dagang, dan cabaran dalam mengumpul dana.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kegiatan buli UPNM: Kementerian Pertahanan akan beri kerjasama penuh
Menteri Pertahanan berkata Kementerian Pertahanan akan memberi kerjasama bagi sebarang tindakan selanjutnya dan melakukan siasatan dalam akademi latihan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat