Mon Jan 13 2025
AWANI Ringkas: Lebih 8,000 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pantau Agenda Reformasi: Strategi berkesan tangani impak banjir di Johor
Apakah pendekatan utama yang boleh diambil dalam menangani masalah banjir dan sejauh mana cabaran pelaksanaannya?
Siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat penyiaran di Sarawak dan isterinya berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.
Sarawak teroka kerjasama global pacu transformasi tenaga hijau
Sarawak sedang meneroka kerjasama dengan dengan pelbagai pihak bagi memudahkan pertukaran pengetahuan dan teknologi, selain mendorong inovasi dalam usaha mempelbagaikan ekonomi negeri.
Suara Rakyat: Mangsa kebakaran Kampung Sri Aman Dua mohon rumah baharu
631 mangsa kebakaran di Kampung Sri Aman Dua, Tawau merayu bantuan kepada kerajaan negeri untuk bina semula rumah mereka ranap dijilat api.
Tanah runtuh di Kota Belud, sembilan sekeluarga selamat
Seramai sembilan sekeluarga terpaksa keluar dari rumah berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan belakang rumah mangsa di Kampung Pituru Darat, Kota Belud.
Amaran ribut petir di Sarawak dan Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Sabah dan Sarawak.
Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Buan
Seorang lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Buan, Ngemah Kanowit sekitar jam 1.50 petang Isnin.
Anwar bawa suara Malaysia, ASEAN di Davos 2025
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. WEF mengesahkan kehadiran Anwar menerusi hantaran di platform media sosial forum tersebut.
Kes denggi di Kemboja turun 46 peratus pada 2024
Kemboja melaporkan 18,987 kes demam denggi pada tahun 2024, penurunan mendadak sebanyak 46 peratus daripada 35,390 kes pada tahun sebelumnya, kata laporan Kementerian Kesihatan pada hari Ahad.
menurut laporan itu, Penyakit tersebut mengakibatkan 46 orang tahun lalu, turun 53.5 peratus daripada 99 kematian pada tahun sebelumnya
menurut laporan itu, Penyakit tersebut mengakibatkan 46 orang tahun lalu, turun 53.5 peratus daripada 99 kematian pada tahun sebelumnya
Jepun, Filipina dan AS tingkat kerjasama tangani isu perairan Asia
Jepun, Filipina, dan Amerika Syarikat akan mempererat kerjasama di bawah perjanjian tiga hala di tengah ketegangan yang meningkat di perairan Asia.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh pemimpin tiga negara tersebut selepas mengadakan panggilan bersama.
Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh pemimpin tiga negara tersebut selepas mengadakan panggilan bersama.
ASEAN siap sedia hadapi bencana keselamatan makanan
Agensi rizab beras kecemasan multilateral ASEAN sedang bersiap sedia untuk menangani bencana yang mungkin dicetuskan oleh perubahan iklim yang boleh mengancam keselamatan makanan di Asia Tenggara tahun ini.
Pulau Pinang sedia jadi sebahagian tuan rumah mesyuarat ASEAN
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) sedang menaik taraf infrastruktur dan memperindah estetika bandar di tempat-tempat yang akan menjadi tuan rumah mesyuarat ASEAN sebagai sebahagian daripada pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini, kata ahli exco H’ng Mooi Lye.
Produk kraf Orang Asli Kelinsing diusahakan jadi cenderahati
Kementerian Komunikasi akan mengusahakan agar produk kraf penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing di sini dijadikan cenderahati untuk perwakilan ASEAN yang menghadiri mesyuarat di pelbagai peringkat sepanjang tahun ini.
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.0 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia dijangka terus berkembang pada kadar lebih 5.0 peratus pada tahun 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi, kata Kementerian Kewangan.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menekankan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia melebihi jangkaan tahun lalu, dengan ekonomi melebihi sasaran bajet awal dan unjuran Bank Negara Malaysia (BNM).
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menekankan bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia melebihi jangkaan tahun lalu, dengan ekonomi melebihi sasaran bajet awal dan unjuran Bank Negara Malaysia (BNM).
Kebergantungan bersama menuju tenaga lestari ASEAN
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata sebagai sebuah rantau, ASEAN memiliki peluang untuk menghimpunkan kelebihan setiap negara anggota dan menghubungkan sumber tenaga mealui kerjasama strategik.