Tue Mar 18 2025
AWANI Ringkas: Kes tampar: Kertas siasatan dirujuk sebelum Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu dijangka sesak dengan kemasukan sehingga 80,000 kenderaan
Terengganu dijangka sesak apabila menerima kemasukan 70,000 hingga 80,000 kenderaan sempena Aidilfitri.
Sehubungan itu, JPJ Terengganu akan meningkatkan pemantauan dan rondaan untuk memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
Sehubungan itu, JPJ Terengganu akan meningkatkan pemantauan dan rondaan untuk memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya.
Melaka tawar parkir percuma, pengangkutan raya
Kerajaan Melaka mengumumkan parkir percuma selama tujuh hari dan pengangkutan khas untuk pelajar kelahiran Melaka yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.
Putin setuju henti serangan kemudahan tenaga
Presiden Rusia Vladimir Putin bersetuju menghentikan serangan terhadap kemudahan tenaga Ukraine selama 30 hari, tetapi menolak gencatan senjata penuh yang diharapkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebagai langkah ke arah perjanjian damai kekal.
PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih seludup
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki tempatan yang membawa 40 tan beras putih dipercayai diseludup dari negara jiran pada Ahad lalu.
Polis kesan lelaki 46 tahun dilaporkan hilang di Kelana Jaya
Polis sedang mengesan Chia Lee Tuan, seorang lelaki berusia 46 tahun yang dilaporkan hilang sejak 11 Mac lalu di Petaling Jaya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. Hubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mazli Jusoh @ Che Kob, di talian 011-61363848 atau 03-78062222.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. Hubungi Pegawai Penyiasat, ASP Mazli Jusoh @ Che Kob, di talian 011-61363848 atau 03-78062222.
Lelaki warga emas didakwa hari ini
Seorang lelaki warga emas yang didakwa menampar bukan Muslim kerana makan di tempat awam pada Ramadan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu atas tuduhan mencederakan mangsa.
Rumah Hakim Syarie terbakar ketika solat tarawih
Hakim Mahkamah Syariah di Bachok berdepan detik cemas apabila kediamannya musnah dalam kebakaran ketika beliau dan keluarganya menunaikan solat tarawih.
Kebakaran menyebabkan kerugian hampir RM300,000.
Kebakaran menyebabkan kerugian hampir RM300,000.
"Elakkan sebarang interaksi dengan Hamas", pesan Netanyahu kepada penduduk Gaza
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberitahu penduduk Gaza supaya jangan wujudkan interaksi dengan pasukan pejuang Hamas dan elakkan kawasan berisiko susulan serangan berskala besar tentera rejim di wilayah bergolak itu sejak semalam.
"Serangan ke atas Gaza pastikan Hamas bebaskan tebusan" - Netanyahu
Israel melalui Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu berkeras pertahan tindakan menyerang Gaza dalam skala besar.
Ini kerana jelas Netanyahu, langkah itu bagi memastikan pembebasan tebusan yang masih ditahan pasukan pejuang Hamas.
Ini kerana jelas Netanyahu, langkah itu bagi memastikan pembebasan tebusan yang masih ditahan pasukan pejuang Hamas.
9 bulan terkandas di angkasa, dua angkasawan pulang ke bumi
Dua angkasawan NASA, Butch Wilmore dan Suni Williams, berlepas dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) awal pagi Selasa dalam kapsul SpaceX untuk pulang ke Bumi.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Mereka sepatutnya pulang sembilan bulan lalu, tetapi kapal angkasa Boeing Starliner yang mereka naiki mengalami masalah.
Dunia kecam tindakan Israel, dunia perlu campur tangan
Dunia mengecam tindakan Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dan menggesa komuniti antarabangsa untuk campur tangan bagi menghentikan jenayah terhadap rakyat Palestin.
Rakyat Israel bantah serangan baharu Israel di Gaza
Menurut salah seorang penunjuk perasaan, Joni Sari, beliau mendakwa satu-satunya penjelasan logik bagi tindakan Israel memulakan semula perang adalah keperluan politik Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Netanyahu arah tentera lancar serangan ke Gaza lebih dahsyat
Tiada istilah simpati bagi tentera Israel selagi Hamas tidak menyerahkan kesemua tebusan warga mereka.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.
Itu penegasan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang memberi amaran, rakyat Palestin akan terus merasai serangan lebih dahsyat selepas ini.
Kerajaan Sabah sedia berdepan tuntutan saman di mahkamah
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh bersedia menentang tuntutan saman atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dalam jawatan awam berkaitan Sabah Forest Industries Sdn. Bhd. (SFI).
Penjawat awam disyaki terima rasuah RM2,500 ditahan
Seorang penjawat awam direman enam hari sehingga 23 Mac ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM2,500 sebagai balasan membantu menyelesaikan kompaun ubah suai rumah.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan di Mahkamah Majistret Seremban, pagi tadi.