Sun Jan 12 2025
AWANI Ringkas: Hujan lebat berterusan mulai Rabu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Isnin – 13 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (12 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Croatia adakan pusingan kedua Pilihan Raya Presiden
Rakyat Croatia mula mengundi pada Ahad dalam pusingan kedua Pilihan Raya Presiden.
Ini selepas tiada calon utama berjaya memperoleh lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama yang berlangsung pada 29 Disember lalu.
Ini selepas tiada calon utama berjaya memperoleh lebih 50 peratus undi dalam pusingan pertama yang berlangsung pada 29 Disember lalu.
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Dilaksanakan tiga siri tahun ini di dua kem
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang bermula pada tahun ini akan dilaksanakan dalam tiga siri di dua kem.
150 pelatih sukarela lapor diri PLKN 3.0
Ketibaan mereka di pekarangan kem berkenaan sejak 7.30 pagi bagi mengikuti program selama 45 hari itu, diiringi ahli keluarga yang hadir memberikan sokongan.
PGA rampas barangan diimport tanpa cukai bernilai RM1.2 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2 merampas pelbagai barangan termasuk pakaian, alatan kenderaan, barangan kosmetik serta barangan lain tanpa dokumen sah dan meragukan bernilai RM1.2 juta.
Ibu bersama bayi antara enam maut nahas tiga kereta
Enam termasuk seorang bayi lelaki maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kalumpang, Semporna-Tawau petang Ahad.
Kawasan rendah punca Kampung Gembut dinaiki air - Penduduk
Air dari hulu dan kawasan rendah antara faktor berlakunya banjir di Kampung Gembut, Kota Tinggi, Johor.
Ketua Kampung Gembut, Muhammad Iffat Hasmadi berkata, beliau dan penduduk kini hanya berserah kepada takdir kerana menyedari jika situasi hujan tanpa henti ini berterusan, risiko banjir gelombang kedua akan berlaku.
Ketua Kampung Gembut, Muhammad Iffat Hasmadi berkata, beliau dan penduduk kini hanya berserah kepada takdir kerana menyedari jika situasi hujan tanpa henti ini berterusan, risiko banjir gelombang kedua akan berlaku.
[TERKINI] Jumlah mangsa di Johor terus meningkat malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Johor terus meningkat pada Ahad malam.
Patrick Kluivert 'janji' bawa Indonesia ke Piala Dunia
Legenda bola sepak Belanda dan Barcelona, Patrick Kluivert, menyatakan visinya untuk membawa Indonesia ke pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak negara itu mencapai kemerdekaan.
Beliau secara rasmi diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baharu Sang Garuda dalam sidang media di Jakarta pada Ahad.
Beliau secara rasmi diperkenalkan sebagai ketua jurulatih baharu Sang Garuda dalam sidang media di Jakarta pada Ahad.
Suk Yeol tidak hadir sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol tidak akan menghadiri sesi pendengaran pertama kes pendakwaannya minggu ini atas faktor keselamatan.
Polis Belanda tahan ratusan aktivis perubahan iklim
Polis Belanda menahan ratusan aktivis iklim selain terpaksa menggunakan dua meriam air untuk menyuraikan protes yang menyekat jalan raya utama ke bandar itu selama beberapa jam.
Situasi terus merebak ke kejiranan lain
Kebakaran hutan terbesar di Los Angeles sejak Jumaat mula merebak ke kawasan kejiranan yang sebelum ini terselamat, memaksa operasi pemindahan baharu dijalankan, sekali gus memalapkan harapan bahawa bencana itu dapat dikawal.
20 cedera, dua tram komuter bertembung
Menurut pihak berkuasa tempatan pada Ahad, keadaan dan identiti mangsa masih lagi belum dapat disahkan.