UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

AWANI Ringkas: Dua set Aerotrain tiba minggu lepas

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mon Sep 02 2024

AWANI Ringkas: Dua set Aerotrain tiba minggu lepas

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kos pemetaan utiliti tinggi sekarang, demi menyelesaikan masalah pada masa akan datang - Pakar

Kos pemetaan utiliti tinggi sekarang, demi menyelesaikan masalah pada masa akan datang - Pakar

Felo Kehormat GEOTROPIK Pusat Kejuruteraan Geotropika Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ir. Dr. Ramli Nazir berkata pemetaan utiliti perlu dilakukan sekarang dengan kesanggupan untuk menanggung kos yang tinggi memandangkan ia memerlukan penggunaan teknologi yang pelbagai. Jelasnya, ini merupakan pelaburan untuk menyelesaikan sebarang masalah pada masa akan datang. #AgendaAWANI
Perlu ada peruntukan halang tindakan balas oleh organisasi terhadap pengadu gangguan seksual - Pakar

Perlu ada peruntukan halang tindakan balas oleh organisasi terhadap pengadu gangguan seksual - Pakar

Pensyarah Kanan Program Pengajian Gender Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Dr. Lai Suat Yan berkata Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) perlu dipinda dengan memasukkan peruntukan yang menghalang organisasi daripada mengenakan tindakan balas terhadap pengadu. Jelasnya, ini bagi memastikan pengadu lebih berani dan bersedia untuk tampil melaporkan insiden yang terjadi. #AgendaAWANI
Perkenalkan mekanisme aduan gangguan seksual secara e-filing – Presiden AWL

Perkenalkan mekanisme aduan gangguan seksual secara e-filing – Presiden AWL

Presiden Persatuan Peguam Wanita (AWL), Daniella Zulkifli berkata kerajaan perlu memperkenalkan mekanisme aduan mengenai insiden gangguan seksual secara dalam talian, memandangkan ketika ini hanya laporan secara fizikal yang dibenarkan. Jelasnya, kaedah digitalisasi ini akan membuka akses lebih luas kepada individu di luar bandar untuk melaporkan insiden gangguan seksual. #AgendaAWANI
Peta utiliti bantu kenalpasti punca berlaku lohong bawah tanah - Pakar

Peta utiliti bantu kenalpasti punca berlaku lohong bawah tanah - Pakar

Felo Kehormat GEOTROPIK Pusat Kejuruteraan Geotropika Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Ir. Dr. Ramli Nazir berkata peta utiliti akan membantu pihak berkuasa mengenalpasti punca kewujudan sebarang lohong yang terjadi di bawah tanah. Jelasnya, pemetaan ini penting untuk mengelakkan sebarang insiden malang tidak berbau pada masa akan datang. #AgendaAWANI
Indeks kemakmuran industri logistik China catat 51.5 peratus

Indeks kemakmuran industri logistik China catat 51.5 peratus

Permintaan logistik dalam sektor penggunaan semasa tempoh cuti sekolah musim panas 2024 melonjak, sekali gus mendorong peningkatan pesat perkhidmatan penghantaran ekspres dan kurier dalam bidang e-niaga.
Indonesia rancang tingkat perdagangan dengan negara Afrika

Indonesia rancang tingkat perdagangan dengan negara Afrika

Indonesia merancang menandatangani perjanjian perniagaan bernilai 3.5 bilion dolar Amerika dengan negara-negara Afrika. Presiden Joko Widodo berkata demikian ketika negara republik itu menjadi tuan rumah Forum Indonesia-Afrika kedua di Bali.
Patrick Mahony, Tarek Obaid bekerjasama dengan Jho Low - Shafee

Patrick Mahony, Tarek Obaid bekerjasama dengan Jho Low - Shafee

"Mahkamah Switzerland mengaitkan Patrick Mahony dan Tarek Obaid bertindak secara bekerjasama dengan Jho Low untuk menipu 1MDB," jelas Peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. #AWANInews
DRB-HICOM rayu notis taksiran RM246.25 juta

DRB-HICOM rayu notis taksiran RM246.25 juta

DRB-HICOM Bhd akan membuat rayuan dan jika perlu, memulakan prosiding undang-undang untuk mencabar asas dan kesahihan notis taksiran LHDN berjumlah RM246.25 juta.
Mahkamah Switzerland tidak sebut penglibatan Najib dalam dakwaan

Mahkamah Switzerland tidak sebut penglibatan Najib dalam dakwaan

Peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi pada Isnin, Mahkamah Switzerland tidak membuat dapatan Jho Low pernah mewakili Najib.

Muhammad Shafee berkata, Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland pada 28 Ogos lalu, tidak pernah menyebut mengenai pembabitan Najib dalam keputusannya terhadap dua pegawai eksekutif di PetroSaudi International Ltd (PSI), Patrick Mahony dan Tarek Obaid.
Powerwell dapat dua pesanan bernilai RM9.78 juta

Powerwell dapat dua pesanan bernilai RM9.78 juta

Menurut Powerwell, pesanan itu adalah pembelian lanjutan bagi Pakej 4 (stesen dan pusat kawalan operasi) dan Pakej 6 (depot dan bekalan elektrik) projek tersebut yang merangkumi pemasangan kritikal di Depot Wadi Hana dan stesen RTS Link Bukit Chagar.
Sedia untuk pertumbuhan separuh kedua 2024 - FMM

Sedia untuk pertumbuhan separuh kedua 2024 - FMM

Presidennya Tan Sri Soh Thian Lai berkata pengeluar sedang bersiap sedia bagi memenuhi lonjakan permintaan di dalam dan luar negara, dibantu oleh peningkatan nilai ringgit.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional menyusut kepada RM28.71 bilion daripada RM32.25 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam berkurang kepada rm21.13 billion daripada RM21.89 bilion.
BNM dijangka kekalkan OPR 3.0 peratus

BNM dijangka kekalkan OPR 3.0 peratus

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) 3.0 peratus menerusi mesyuarat Dasar Monetari pada 5 September depan.
New Zealand, Malaysia perluas kerjasama bilateral

New Zealand, Malaysia perluas kerjasama bilateral

New Zealand bersetuju memperluas perdagangan dua hala dengan sasaran meningkatkan nilai perdagangan dua hala sebanyak 15% menjelang tahun 2030.

Perdana Menterinya, Christopher Luxon, berkata matlamat ini tidak hanya memperkukuhkan hubungan ekonomi tetapi juga meningkatkan kerjasama dalam sektor-sektor utama di antara kedua negara termasuk industri halal.
Kadar had laju di kawasan sekolah diturunkan kepada 30 km/j

Kadar had laju di kawasan sekolah diturunkan kepada 30 km/j

Kadar had laju di kawasan sekolah diturunkan kepada 30 kilometer sejam iaitu penurunan 10 kilometer sejam bagi meningkatkan keselamatan jalan raya khususnya membabitkan pelajar sekolah.