UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

AWANI Ringkas: Banjir - 10 sekolah di Sabah ditutup

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mon Jul 01 2024

AWANI Ringkas: Banjir - 10 sekolah di Sabah ditutup

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Puluhan cedera insiden gelora udara Air Europa

Puluhan cedera insiden gelora udara Air Europa

Sekurang-kurangnya 30 penumpang cedera dalam insiden gelora udara semasa penerbangan Air Europa dari Sepanyol ke Uruguay pada Isnin.

Menurut kenyataan dikeluarkan syarikat penerbangan itu , pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di sebuah lapangan terbang di Brazil.
Keselamatan pesawat Boeing dan perubahan iklim jadi taruhan

Keselamatan pesawat Boeing dan perubahan iklim jadi taruhan

Insiden yang berlaku ke atas air europa ini menimbulkan kebimbangan terhadap pesawat keluaran Boeing ekoran beberapa kejadian buruk yang melanda kebelakangan ini.
White House akui prestasi buruk Biden dalam sesi debat

White House akui prestasi buruk Biden dalam sesi debat

White House mengakui bahawa prestasi Joe Biden merosot lebih-lebih lagi semasa sesi perdebatan minggu lalu dalam menentang bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump

Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat

Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat

Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur. Kes disebut semula pada 17 Oktober.

Kayuhan ke Haramain dari Kuala Lumpur

Kayuhan ke Haramain dari Kuala Lumpur

Dari tanah air tercinta ke tanah haram, tiada siapa yang menduga perjalanan beribu batu jauhnya boleh dilakukan hanya dengan menggunakan basikal.

Namun, itu yang dipilih Ahmad Mohd Isa, isteri dan rakan yang melakukan kayuhan basikal menuju ke Mekah bagi menunaikan ibadat haji merentasi tujuh negara selama 150 hari dari Malaysia.
PLUS dan PETRONAS jalin kerjasama bangunkan Stesen Hibrid pertama

PLUS dan PETRONAS jalin kerjasama bangunkan Stesen Hibrid pertama

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menandatangani Memorandum Persefahaman dengan PETRONAS Dagangan Berhad bagi menjalinkan kerjasama membangunkan stesen hibrid komersial yang pertama di lebuh raya Malaysia.
Peningkatan sumbangan bukti keyakinan komuniti perniagaan

Peningkatan sumbangan bukti keyakinan komuniti perniagaan

Menurut Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari, berdasarkan kepada prestasi perkembangan KDNK negeri, ekonomi Selangor telah berkembang sebanyak RM103.9 bilion sejak tahun 2017, bersamaan dengan peningkatan sebanyak 25.59 peratus selepas pentadbirannya mengambil alih kepimpinan kerajaan negeri pada 2018.
Kajian berhubung 'Lemon Law' selesai September ini

Kajian berhubung 'Lemon Law' selesai September ini

Kajian berhubung keperluan melaksanakan undang-undang baharu berkaitan hak pengguna terhadap ganti rugi produk, atau Lemon Law, bakal siap menjelang September ini.
Malaysia tidak berkompromi dalam isu kedaulatan negara

Malaysia tidak berkompromi dalam isu kedaulatan negara

Di sebalik hubungan akrab Malaysia-China, Mohamad turut ditanya jika Timbalan Perdana Menteri turut membangkitkan pendirian Malaysia mengenai ketegangan di Laut China Selatan, susulan peningkatan aktiviti Maritim oleh negara itu.

TVET, halal antara fokus lawatan Ahmad Zahid ke China

TVET, halal antara fokus lawatan Ahmad Zahid ke China

Antara fokus utama lawatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China dari 22 Mei hingga 1 Jun lepas, selain meningkatkan hubungan dua hala, adalah kerjasama strategik untuk mengukuhkan bidang pendidikan dan latihan dan vokasional (TVET) di Malaysia.
94 iklan penjualan beras dalam talian diturunkan sehingga 31 Mei - KPKM

94 iklan penjualan beras dalam talian diturunkan sehingga 31 Mei - KPKM

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan hasil semakan, pihaknya turut mendapati beras yang dijual itu dipercayai diperoleh dari sumber tidak sah.
MCMC bangunkan garis panduan maklumat dan keselamatan rangkaian

MCMC bangunkan garis panduan maklumat dan keselamatan rangkaian

Garis panduan baharu mengenai keselamatan maklumat dan rangkaian untuk industri komunikasi dan multimedia sedang dibangunkan bagi melindungi pengguna Internet selaras usaha Malaysia menuju masa depan digital.
Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir

Kerajaan Sabah ambil langkah kurangkan kesan banjir

Menurut Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Seri Jeffrey Kitingan, langkah jangka pendek meliputi penyelenggaraan rutin yang rapi terhadap parit monsun termasuk pemeriksaan berkala, pembersihan dan pembaikan bagi memastikan sistem saliran itu berfungsi dengan optimum dan mampu menangani hujan lebat.
Mangsa banjir di Sabah menurun kepada 144 orang

Mangsa banjir di Sabah menurun kepada 144 orang

Setakat jam 10 pagi Rabu, Sebanyak 474 orang daripada 144 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan di daerah terjejas banjir di Sabah.
Jabatan Audit Negara diminta siasat penjualan saham MAHB kepada Blackrock dan GIP

Jabatan Audit Negara diminta siasat penjualan saham MAHB kepada Blackrock dan GIP

YB Machang meminta Jabatan Audit Negara siasat penjualan saham MAHB kepada Blackrock dan GIP serta semua GLC serta GLIC yang mengkhianati mandat untuk membangunkan ekonomi Bumiputera.

"Tapi bila tang masuk Kerajaan Madani, kamu halalkan" - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

#AWANInews #DewanRakyat #SisiTVParlimen