Fri Dec 20 2024
AWANI Ringkas: 14 barangan di bawah skim harga maksimum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 21 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (20 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kebakaran di Kolej Virginia Intermont berulang
Anggota Bomba bertungkus lumus memadam kebakaran di bekas premis Kolej Virginia Intermont di Bristol, Amerika Syarikat pada awal pagi Jumaat. Setakat ini yang paling teruk terjejas adalah dewan utama kolej berkenaan.
Penentang kongsi video tewaskan tentera Junta Myanmar
Tentera Penentang Arakan pada Jumaat mendakwa telah berjaya menundukkan kekuasaan tentera Junta di pekan Ann di wilayah bergolak Rakhine. Dalam video yang dikongsikan tentera Arakan, beberapa anggota tentera Junta dilihat menyerah diri selepas beberapa siri letupan dan tembakan berlaku.
Rakyat Israel bakar masjid di Tebing Barat
Rakyat Israel yang menduduki tebing barat secara paksa membakar sebuah masjid di Gaza pada Jumaat. Dalam video yang dikongsikan oleh penduduk Palestin, selain dibakar, dinding-dinding masjid juga diconteng dengan perkataan-perkataan berunsur kebencian seperti 'balas dendam' dan 'kematian orang arab' dalam bahasa Ibrani.
Suspek tikaman murid di sekolah rendah baru berusia 19
Pihak kementerian dalam negeri yang hadir melakukan tinjauan dan siasatan di sekolah rendah di Zagreb, Croatia itu mengesahkan bahawa suspek yang ditahan baru berusia 19 tahun. Katanya suspek memasuki sekolah pada jam 9.50 pagi dilihat memasuki perkarangan sekolah berkenaan dengan objek tajam sebelum menggunakan ia untuk menyerang guru dan beberapa kanak-kanak.
Murid maut dalam insiden tikaman di Zagreb
Kejadian tikaman di sebuah sekolah di Croatia mengorbankan seorang murid pada Jumaat. Penyerang bersenjatakan pisau bukan sahaja menyerang murid-murid sekolah rendah berkenaan, malah turut menyasarkan para guru.
Malaysia sokong Deklarasi Kaherah perkasa belia
Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap Deklarasi Kaherah yang diluluskan semasa Sidang Kemuncak ke-11 Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Kaherah, Mesir, dalam usaha memperkasa belia sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi mampan.
Polis tahan pemandu lelaki terlibat kemalangan, positif dadah
Seorang pemandu lelaki yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta di KM141 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pagi Jumaat ditahan polis kerana positif dadah.
Tahanan termasuk artis wanita Kelantan dalam keadaan baik
Pengarah Penjara Narathiwat, Superintendan Surin Chanthep memaklumkan, kesemua enam rakyat Malaysia termasuk seorang artis wanita Kelantan yang ditahan di Penjara Narathiwat berada dalam keadaan baik sepanjang hampir 50 hari berada di penjara itu.
[TERKINI] Piala AMEC 2024: Harimau Malaya gagal ke separuh akhir
Hasrat Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala AMEC 2024 tidak kesampaian selepas terikat tanpa jaringan menentang Singapura pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kerajaan pantau kesan langkah interim jamin keberkesanan
Pelaksanaan langkah-langkah interim bagi menangani kesan pelarasan premium produk insurans takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) akan dipantau secara berterusan bagi menjamin keberkesanannya.
MINDEF tidak bercadang perkenal model elaun
Kementerian Pertahanan (MINDEF) tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.
Tiada kenaikan untuk pengguna Semenanjung 1 Jan-30 Jun 2025
Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna di Semenanjung menerusi pelaksanaan kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun 2025.
AWANI Tonight: 20th Dec 2024
#AWANITonight with Farhana Sheikh
- Malaysia agrees to resume search for missing MH370 plane
- BNM introduces interim measures to address medical premiums hike
#AWANIEnglish #AWANINews
- Malaysia agrees to resume search for missing MH370 plane
- BNM introduces interim measures to address medical premiums hike
#AWANIEnglish #AWANINews