UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Januari 2025]

Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi

- Usaha hantar pulang rakyat Palestin sedang diselaras - Fahmi

- Video TMM2026: Fokus untuk promosikan Malaysia, bukan sebaliknya

- Peniaga gerai mengaku hina Agong, didenda RM3,000

Thu Jan 09 2025

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum

Peguam dan Pengasas RAPERA, Datuk Seri Dr. Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata sebarang titah yang dimahsyurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim. Tegasnya, tidak wajar dan tidak tepat untuk untuk mana-mana pihak mengaitkan Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim dengan pertikaian mengenai titah adendum ketika ini. #DialogTigaPenjuru
Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam

Adakah Titah Adendum mengikat kerajaan jika tidak dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengampunan? Ini pandangan peguam

Ahli Dewan Negara dan peguambela peguamcara, Senator Datuk Salehuddin Saidin berkata titah adendum tidak wajar mengikat kerajaan untuk dilaksanakan sekiranya ia tidak dibawa dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jelasnya, persoalan sama ada titah adendum ini menjadi sebahagian agenda rasmi mesyuarat Lembaga Pengampunan pada Januari 2024 akan menjadi tumpuan pendengaran kes di Mahkamah Tinggi 13 Januari akan datang. #DialogTigaPenjuru
Tahanan rumah timbulkan isu mengenai hak kesamarataan banduan - Peguam

Tahanan rumah timbulkan isu mengenai hak kesamarataan banduan - Peguam

Peguambela dan peguamcara, Abdullah Abdul Rahman berkata membenarkan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Meskipun, sebuah rumah boleh digazetkan sebagai penjara di bawah Akta Penjara 1995, beliau menegaskan perkara tersebut perlu diteliti dengan mendalam sebelum dilaksanakan. #DialogTigaPenjuru
Tiada sijil halal tapi tampal label 'Muslim Kitchen'

Tiada sijil halal tapi tampal label 'Muslim Kitchen'

Ibarat menjadi trend, restoran dimiliki bukan Muslim cuba menarik pelanggan orang Islam dengan menggunakan simbol mesra Muslim seperti masjid.

Seperti sebuah restoran di Balakong, Selangor yang diserbu pihak berkuasa, pemiliknya memberikan alasan tidak pernah tahu memaparkan simbol sedemikian adalah salah.

Perincian lanjut ikuti laporan Wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir.
Pertemuan Anwar, Prabowo perkukuh lagi hubungan dua negara

Pertemuan Anwar, Prabowo perkukuh lagi hubungan dua negara

Perdana Menteri percaya sinergi pertemuan dengan Prabowo Subianto akan digunakan bagi meneroka peluang baharu untuk dimanfaat demi masa depan lebih baik untuk kedua-dua negara.
Jurugambar serang dua pereka fesyen dituduh pada Jumaat

Jurugambar serang dua pereka fesyen dituduh pada Jumaat

Seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah esok atas pertuduhan menyerang dan menyebabkan kecederaan terhadap dua orang lelaki di Hotel Avante, di PETALING JAYA, pada Rabu.
Rumah Paris Hilton di Malibu musnah dijilat api

Rumah Paris Hilton di Malibu musnah dijilat api

Paris Hilton tidak tinggal di rumah itu secara tetap kerana ia merupakan antara hartanah miliknya, menurut laporan media berkenaan.

MOTAC anjur sesi libat urus bersama pemain industri pelacongan sempena kempen VM 2026

MOTAC anjur sesi libat urus bersama pemain industri pelacongan sempena kempen VM 2026

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Polis tumpaskan sindiket pengedaran dadah, rampasan bernilai RM14 juta

Polis tumpaskan sindiket pengedaran dadah, rampasan bernilai RM14 juta

Bekas banduan antara lima ahli sindiket pengedaran dadah yang diberkas polis bersama pelbagai jenis dadah lebih 96 kilogram bernilai RM13.6 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru 5 Januari lalu.
Dua pengarah syarikat, pegawai agensi direman

Dua pengarah syarikat, pegawai agensi direman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman dua pengarah syarikat dan seorang pegawai agensi sebuah kementerian kerana dipercayai terbabit rasuah dalam mendapatkan surat tawaran kelulusan Lesen Kenderaan Perdagangan tanpa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
KKDW diharap beri perhatian khusus terhadap Tabika Kemas

KKDW diharap beri perhatian khusus terhadap Tabika Kemas

Penambahan peruntukan dan fasiliti perlu dilakukan bagi menampung peningkatan jumlah murid setiap tahun yang dianggarkan lebih 220 ribu di seluruh negara.
Pemerkasaan teknologi tarik minat pelajar terhadap STEM

Pemerkasaan teknologi tarik minat pelajar terhadap STEM

Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) sedang giat mempersiapkan pelajar dengan asas yang diperlukan bagi menguasai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Masidi ambil pendirian keluar daripada isu, tumpu tugas

Masidi ambil pendirian keluar daripada isu, tumpu tugas

Jelas Masidi video yang disebarkan melalui sebuah portal berita baru-baru ini tidak menunjukkan apa-apa perkembangan baharu dan beliau secara peribadi mengambil pendirian keluar dari isu itu supaya boleh terus menjalankan tugas.

Anwar-Prabowo adakan perbincangan tertutup kukuh hubungan dua hala

Anwar-Prabowo adakan perbincangan tertutup kukuh hubungan dua hala

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengadakan pertemuan tertutup di Kuala Lumpur bagi bincangkan usaha pengukuhan hubungan dua hala.
Jambatan Muara Lassa kini dibuka

Jambatan Muara Lassa kini dibuka

Pembinaan jambatan kedua terpanjang, sepanjang 2.43 kilometer ini menggantikan perkhidmatan feri sedia ada sekaligus menyediakan laluan langsung yang penting antara Mukah dan Tanjung Manis.