UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 Oktober 2024]

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham

- 1MDB: Nasib Najib Razak diketahui hari ini

- PLUS aktifkan 21 lokasi 'smart lane' bermula hari ini sempena Deepavali

- Pneumonia penyumbang utama kematian pada 2023

#AWANInews #AWANIpagi

Wed Oct 30 2024

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 Oktober 2024]

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham

- 1MDB: Nasib Najib Razak diketahui hari ini

- PLUS aktifkan 21 lokasi 'smart lane' bermula hari ini sempena Deepavali

- Pneumonia penyumbang utama kematian pada 2023

#AWANInews #AWANIpagi
Masa Depan Tenaga Hijau Malaysia: Peranan BESS dalam Peralihan Tenaga

Masa Depan Tenaga Hijau Malaysia: Peranan BESS dalam Peralihan Tenaga

Dalam video ini, kami membincangkan bagaimana Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) semakin penting dalam sektor tenaga hijau Malaysia. Dengan matlamat mencapai 70% tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk memanfaatkan potensi BESS. Kami juga akan mendengar pandangan daripada Pengarah Eksekutif, Bahagian Tenaga, Citaglobal Berhad, Aimi Aizal Nasharuddin mengenai peranan BESS dalam memastikan kestabilan bekalan tenaga dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.
#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 AM

#AWANIRingkas 5 November 2024 | 9 AM

Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 November 2024

1️⃣ PM di Shanghai hadiri CIIE ke-7
2️⃣ Menjelang PRN Sabah
3️⃣ Polis KL tawar diskaun bayar saman

#awaniringkas
WUF12: Apa yang menarik di World Urban Forum Ke-12?

WUF12: Apa yang menarik di World Urban Forum Ke-12?

Editor Astro AWANI, Dzulfitri Yusop kini berada di Kaherah, Mesir bersempena dengan World Urban Forum 2024. Apa yang menarik? Perkongsian bersama Ketua Komunikasi UN-Habitat, Katerina Bezgachina.
Memahami Pendapatan Wajar di Malaysia: Perspektif Pakar

Memahami Pendapatan Wajar di Malaysia: Perspektif Pakar

Dalam video ini, kami akan membincangkan topik penting mengenai pendapatan wajar di Malaysia bersama Mohammad Abdul Hamid, Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi di IKRAM dan Pensyarah Ekonomi Tingkah Laku di UM. Kami akan menyentuh isu-isu seperti kesedaran awam dan ketelusan dalam metodologi DOSM, kesaksamaan sosioekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar, serta bagaimana data ini boleh memandu dasar dan intervensi kerajaan. Sertai kami untuk memahami lebih lanjut tentang bagaimana penanda aras seperti PAKW ditentukan dan peranannya dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Kalkulator DOSM untuk kos sara hidup

Kalkulator DOSM untuk kos sara hidup

Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) ini dibangunkan secara sistematik oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) untuk memberi satu nilaian kos kehidupan wajar. MyPAKW boleh digunakan sebagai panduan oleh isi rumah/individu untuk mengetahui nilai perbelanjaan asas kehidupan wajar yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak serta mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan.
AWANI Pagi: Sanggar Puisi Perpaduan 2024 | Perpaduan Dirai, Bahasa Disantuni?

AWANI Pagi: Sanggar Puisi Perpaduan 2024 | Perpaduan Dirai, Bahasa Disantuni?

Ikuti diskusi siaran luar #AWANIpagi dari Seri Pacific, Kuala Lumpur bersama Pengarah Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat Perpustakaan Negara Malaysia, Katrun Nada Hashim membincangkan mengenai program 'Sanggar Puisi Perpaduan 2024: Perpaduan Dirai, Bahasa Disantuni' yang merupakan kesinambungan kepada program dilaksanakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 2023 iaitu Program Sanggar Puisi 2023: Rima Mengikat Sukma.

#AWANInews
Kos sara hidup & data pendapatan mengikut daerah

Kos sara hidup & data pendapatan mengikut daerah

DOSM menambah dua lagi set data penting untuk mengukur ekonomi rakyat iaitu kos sara hidup dan pendapatan mengikut daerah. Set data ini akan memberikan gambaran lebih jelas tentang realiti sebenar isi rumah di Malaysia dan dasar yang bersesuaian.
Sejarah jumlah IPO di Bursa Malaysia

Sejarah jumlah IPO di Bursa Malaysia

2024 menyaksikan jumlah penyenaraian tertinggi sejak 2005. Tahun hadapan prestasi penyenaraian dijangka akan melonjak susulan daya tarikan dasar ekonomi di Malaysia.
Serangan Israel di Gaza bunuh 12 orang

Serangan Israel di Gaza bunuh 12 orang

Serangan udara Israel pada Isnin membunuh sekurang-kurangnya 12 warga Palestin di Gaza, di mana penduduk bimbang serangan udara dan darat ini bertujuan mengosongkan kawasan utara Gaza daripada penduduk awam.

Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA) melaporkan bahawa Israel telah mengurangkan bilangan trak bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza, memperburukkan situasi kekurangan makanan, ubat-ubatan, dan bekalan penting lain di Gaza, walaupun Israel menafikan perkara ini.
AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu mengundang kekalahan Trump

AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu mengundang kekalahan Trump

Persepsi buruk calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden yang akan berlangsung pada Selasa.
Tujuh negeri dijangka jadi penentu keputusan

Tujuh negeri dijangka jadi penentu keputusan

Melalui sistem undian Dewan Elektoral, pemenang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024-2028 dijangka akan ditentukan oleh puluhan ribu pengundi di beberapa negeri sahaja, iaitu Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin, serta Arizona, Georgia, Nevada selain North Carolina.
Trump dan Harris berentap sengit pada malam Pilihan Raya AS

Trump dan Harris berentap sengit pada malam Pilihan Raya AS

Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat masuk ke fasa akhir pada Isnin, dengan Donald Trump dan Kamala Harris bersaing untuk meraih undi dalam pertandingan sengit yang mereka gambarkan sebagai penentu masa depan Amerika.

Walaupun pelbagai peristiwa mengejutkan berlaku beberapa bulan terakhir, pengundi kekal berpecah sama rata di peringkat nasional dan di tujuh negeri utama yang berpotensi menentukan keputusan pilihan raya ini.
Sungai Yamuna di India terus tercemar dengan kumbahan

Sungai Yamuna di India terus tercemar dengan kumbahan

Sungai Yamuna di India, salah satu sungai yang dianggap suci bagi penganut agama Hindu, terus dicemari dengan buih toksik yang timbul di permukaannya.
Paparan video dron menunjukkan sungai yang mengalir melalui bandaraya New Delhi itu, diselimuti buih tebal, ketika ribuan penganut akan meraikan perayaan Chhath Puja.
Legenda musik antarabangsa, Quincy Jones meninggal dunia

Legenda musik antarabangsa, Quincy Jones meninggal dunia

Legenda musik Amerika Syarikat, Quincy Jones, 91, dilaporkan telah meninggal dunia pada Ahad.

Menurut pegawai publisitinya, Arnold Robinson, Quincy yang lebih dikenali sebagai meninggal dunia di kediamannya di Bel Air, Los Angeles.
36 maut dalam nahas bas di negeri Uttarakhand, India

36 maut dalam nahas bas di negeri Uttarakhand, India

Bas itu terjatuh ke dalam gaung yang dalam di kawasan Marchula, Daerah Almora, kira-kira 250 kilometer dari ibu negeri Dehradun