Sun Nov 10 2024
10 November diisytihar Hari Enggang Kebangsaan
Burung enggang memainkan peranan penting dalam pemeliharaan hutan hujan di negara ini, dan pengisytiharan itu diharapkan dapat memangkin lebih banyak penyertaan aktif dalam aktiviti pemuliharaan hidupan liar.
Malaysia hantar nota bantahan kepada Filipina
Malaysia menghantar nota bantahan kepada Filipina berkaitan dua akta maritim baharu negara itu yang melanggar sempadan maritim Sabah hari ini.
‘Latihan’ ganas, kasar di luar waktu yang dihadkan adalah satu bentuk membalas dendam - Pakar
Pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Rozmi Ismail berkata latihan yang berbentuk kasar adalah wajar selagimana ia dilakukan mengikut modul yang diperakui dan dilaksanakan dalam tempoh yang telah dihadkan. Jelasnya, perkara yang menjadi kesalahan ialah apabila kekasaran dan keganasan itu dilakukan di luar waktu latihan sehingga menyebabkan kecederaan. #DialogTigaPenjuru
Tanya perihal anak-anak, kalau bukan mereka, mungkin kawan-kawan menjadi mangsa buli - Pakar
Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dan Ahli Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor, Dr. Nadzriah Ahmad berkata ibubapa mesti mengambil sedikit masa setiap hari untuk bertanya dan mendengar cerita anak-anak mengenai perihal rutin sekolah anak-anak. Jelasnya, melalui perbualan itu mampu mendedahkan sama ada anak-anak menjadi mangsa buli atau mungkin kawan-kawan mereka yang menjadi mangsa buli. #DialogTigaPenjuru
‘Pelatih hendaklah tahan lasak’, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli - SUHAKAM
Pesuruhjaya Surahanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata memberi alasan bahawa pelatih ala-tentera mesti tahan lasak adalah alasan tidak masuk akal untuk membudayakan buli di institut pengajian tinggi. Jelasnya, mentaliti itu mesti dihentikan serta-merta kerana perlakuan melampau itu adalah lebih dekat kepada penderaan berbanding latihan. #DialogTigaPenjuru
MISC catat untung bersih suku ketiga RM338.9 juta
MISC Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM338.9 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024, merosot 21.3 peratus berbanding RM430.4 juta dalam suku sama 2023.
Jawatan diisi, jawatan baharu meningkat pada suku ketiga
Permintaan tenaga buruh pada suku ketiga tahun ini mencapai bilangan tertinggi sejak 2018.
Menurut Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), negara menyaksikan penawaran 9.01 juta jawatan, peningkatan 1.2 peratus tahun ke tahun.
Menurut Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), negara menyaksikan penawaran 9.01 juta jawatan, peningkatan 1.2 peratus tahun ke tahun.
MAA tingkat unjuran kenderaan tahun ini
Presiden MAA, Shamsor Mohd Zain berkata persatuan itu menyasarkan Jumlah Volum Industri (TIV) sebanyak 800,000 unit, peningkatan 4.57 peratus berbanding unjuran sebelum ini.
Pengukuhan dolar Amerika terus beri tekanan kepada harga
Harga minyak mentah global kembali menurun pada Khamis, memadamkan hampir keseluruhan peningkatan harga yang dicatatkan pada hari sebelumnya.
Penurunan itu dimangkin oleh pengukuhan dolar Amerika dan peningkatan pengeluaran komoditi tersebut.
Penurunan itu dimangkin oleh pengukuhan dolar Amerika dan peningkatan pengeluaran komoditi tersebut.
Kerjasama ekonomi: Negara bebas tentukan dasar, tanpa ikut telunjuk - PM
Sesebuah negara harus bebas menentukan dasar yang terbaik demi kepentingan negara, tanpa ikut telunjuk daripada mana-mana pihak luar, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tegas beliau, kehendak dan keperluan rakyat adalah asas utama dalam merangka dasar negara, terutama dalam hubungan perdagangan dan ekonomi.
MATEPM 2024 meraikan pencapaian unggul TVET negara
Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri (MATEPM) kembali lagi untuk merai dan mengiktiraf pencapaian individu-individu cemerlang dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
SPRM tahan reman seorang lagi pengarah syarikat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor tahan reman seorang lagi pengarah syarikat disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan permohonan kuota pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia bernilai kira-kira RM 1.1 juta.
Demi keselamatan dan keharmonian negara, Akta Hasutan terus kekal
Kerajaan telah membuat untuk mengekalkan, serta tidak mengenakan sebarang pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 buat masa kini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Namun, rakyat masih mempunyai kebebasan bersuara dan mengkritik kerajaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, selagi tidak terkeluar daripada garis panduan yang ditetapkan.
Namun, rakyat masih mempunyai kebebasan bersuara dan mengkritik kerajaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, selagi tidak terkeluar daripada garis panduan yang ditetapkan.
“Nota bantahan ini kita akan hantar hari ini juga” - Mohamad
Timbalan Menteri Luar Negeri berkata demi menunjukkan komitmen untuk mempertahankan hak kedaulatan negeri Sabah
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Banjir landa beberapa bandar di Sepanyol
Sebuah rakaman video mendedahkan sampah sarap terapung di sekitar jalan raya di Malaga di Sepanyol akibat banjir tular pada Rabu manakala Sungai Guadalmedina bertukar keruh.
Seorang lelaki maut selepas dua letupan berlaku di Brazil
Seorang lelaki ditemukan maut bersama peranti letupan berhampiran Mahkamah Agung Brazil selepas dua letupan berlaku di kawasan berhampiran pada Rabu.
Menurut media tempatan, susulan insiden, Mahkamah Agung Brazil terpaksa dikosongkan.
Menurut media tempatan, susulan insiden, Mahkamah Agung Brazil terpaksa dikosongkan.