Tue Mar 12 2024
Elaun pekerja OKU pengemis miliki X70 dihentikan - Noraini
Datuk Seri Noraini Ahmad, berkata sebagai hukuman, individu berkenaan hanya diberi amaran, diperintah melengkapkan surat akujanji sebagai jaminan tidak mengemis dan diberhentikan bantuan.
KIGIP jadi hab semai bakat, inovasi utara Malaysia
Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) bakal menjadi antara hab di utara Malaysia untuk menyemai bakat dan inovasi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dewan Rakyat bertafakur, sedekah surah Al-Fatihah kepada Dr Syed Husin
Persidangan Dewan Rakyat bertafakur selama seminit bagi menghormati dan memperingati pemergian Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Syed Husin Ali yang meninggal dunia di Hospital Selayang, Sabtu lalu.
Saifuddin ditegur tidak ikut kod etika pakaian
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ditegur Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mematuhi etika berpakaian pada sidang Dewan Rakyat pada Selasa.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Sidang Dewan Rakyat hari ini menumpukan kepada hala tuju Taman Perindustrian Bersepadu Kerian dan indikator baharu untuk mengukur kos sara hidup rakyat.
Rundingan perkongsian data pelarian antara KDN, UNHCR masih berjalan
Persetujuan berhubung perkongsian data pelarian di antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) masih dalam rundingan.
Azizi mahu pertahankan kerusi Parlimen Gua Musang
Mohd Azizi Naim menyatakan hasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenannginya pada PRU-15 sekiranya keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak menyebelahinya.
Kes kecederaan pekerjaan di Malaysia lebih rendah berbanding Jepun, UK, Australia
Kementerian akan terus memastikan tahap Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) terutama melibatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dapat dipertingkatkan.
Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar sederhana
Secara amnya, kadar inflasi di paras 2% hingga 3% dapat menjamin keseimbangan terhadap ekonomi sesebuah negara.
Rakyat China amat gemar, mampu berbelanja untuk makan durian
Jelas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, berbeza dengan negara Arab dan Eropah yang mana rakyatnya tidak makan durian bahkan tidak boleh bau buah tempatan itu.
Empat negeri catat kemiskinan melebihi paras nasional jadi tumpuan
Usaha menoktahkan kemiskinan tegar ketika ini difokuskan kepada empat negeri yang merekodkan peratusan melebihi paras nasional iaitu Sabah, Kelantan, Sarawak dan Kedah.
Syed Saddiq tamat misi 200km ke Parlimen, kumpul RM160,000
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpul kira-kira RM160,000, melepasi sasaran yang diletakkan menerusi misi Langkah Muar, sejak Jumaat lalu.
Jangan keterlaluan bahas polemik terkait Blackrock - PM
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak ‘keterlaluan’ dalam membahaskan polemik berkaitan isu Blackrock.
Jelasnya, sebarang polemik berkaitan isu berkenaan yang dikaitkan dengan rejim Israel boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
Jelasnya, sebarang polemik berkaitan isu berkenaan yang dikaitkan dengan rejim Israel boleh menjejaskan kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang berkembang.
Tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Eksport pertama durian segar ke China dijadual akan bermula pada suku ketiga tahun ini, menurut menteri pertanian dan keterjaminan makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu
Beliau memberitahu Dewan Rakyat, buat masa ini Malaysia sedang menunggu proses kelulusan sijil, yang dijangka mengambil masa dua ke tiga bulan
Untuk laporan lanjut kita bersama Umavathi Ramayah di Parlimen.
Beliau memberitahu Dewan Rakyat, buat masa ini Malaysia sedang menunggu proses kelulusan sijil, yang dijangka mengambil masa dua ke tiga bulan
Untuk laporan lanjut kita bersama Umavathi Ramayah di Parlimen.
Keputusan Bersatu cuba memerangkap - Syed Abu Hussin
Keputusan kepimpinan Bersatu sehingga melucutkan keahlian enam ahli parlimen parti itu, seolah-olah cuba memerangkap dan tidak mengikut perlembagaan Persekutuan.
RUU Keselamatan Siber diwarta pada suku ketiga 2024
Pewartaan tarikh kuat kuasa Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Siber 2024 dijadual dilaksanakan pada suku ketiga tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa Menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat berkata berkata pewartaan tarikh kuat kuasa RUU itu hanya boleh dibuat selepas proses penggubalan peraturan siap dan draf diluluskan Jabatan Peguam Negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa Menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat berkata berkata pewartaan tarikh kuat kuasa RUU itu hanya boleh dibuat selepas proses penggubalan peraturan siap dan draf diluluskan Jabatan Peguam Negara.