Mon Dec 30 2024
Ekonomi gig berkembang pada 2024 di tengah-tengah desakan untuk perlindungan pekerja
Pertumbuhan itu mencerminkan penerimaan dan pergantungan yang semakin meningkat terhadap kerja-kerja gig sebagai sumber pendapatan berdaya maju, fleksibiliti yang ditawarkannya dan ekonomi digital yang berkembang.
Syria tidak dapat import keperluan asas susulan sekatan AS
Syria tidak dapat membuat perjanjian untuk mengimport bahan api, gandum dan barang-barang penting lain disebabkan sekatan ketat dikenakan Amerika Syarikat.
Pemimpin Kanada gesa Trudeau bertindak sebelum lepas jawatan
Barisan Premier dan pemimpin parti di Kanada menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman dibuat Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump.
MAH nyatakan komitmen jayakan TMM2026
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) sedia bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan kejayaan usaha pelancongan Malaysia menerusi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Asas bermusim kukuh dijangka dorong niaga hadapan MSM meningkat minggu ini
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan yang cenderung meningkat sedikit minggu ini, susulan asas bermusim yang lebih kukuh.
Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu ini
Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu ini berikutan pelabur bersiap sedia untuk memulakan 2025 dengan pendekatan berhati-hati, selain tumpuan kepada hari pelantikan presiden Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 20 Januari.
Ringgit dijangka diniaga rendah berbanding dolar AS minggu ini
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data ekonomi Amerika Syarikat terutamanya tuntutan pengangguran, dijangka menunjukkan peningkatan berterusan selepas tuntutan pengangguran mingguan minggu lepas menurun sebanyak 9,000 kepada 211,000, iaitu paras terendah dalam lapan bulan.
JS-SEZ: Kerjasama untungkan negara, rakyat Malaysia-Singapura
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) akan dimeterai seiring Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 yang akan bermula hari ini. Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dijadual tiba di Malaysia hari ini di mana pemukiman itu dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
China tingkat pembiayaan daripada bon perbendaharaan
China akan meningkatkan pembiayaan daripada bon perbendaharaan panjang pada 2025 bagi merangsang pelaburan perniagaan dan inisiatif meningkatkan pengguna.
China sedia kerjasama dengan Jepun promosi hubungan strategik
China bersedia bekerjasama dengan Jepun untuk bersama-sama mempromosikan hubungan strategik yang memberi manfaat kedua-dua negara.
Pinjaman diunjur tumbuh 6.0 peratus pada 2025 – Penganalisis
Pertumbuhan pinjaman perbankan Malaysia diunjur pada 6.0 peratus pada 2025 dalam persekitaran ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing.
Musim perayaan lonjak perbelanjaan pengguna pada suku pertama
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh pada suku pertama 2025 sekali gus mampu menyokong pertumbuhan sektor peruncitan.
PMI pembuatan Disember susut kepada 48.6 - S&P Global
Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan mengikut musim susut kepada 48.6 pada Disember 2024 daripada 49.2 pada November, dengan peningkatan kos pada kadar paling perlahan dalam tempoh empat tahun setengah, sejak Jun 2020.
Inflasi: Ancaman ekonomi 2025, Malaysia perlu siap siaga
Malaysia dijangka menghadapi tekanan inflasi sekitar 2.8% pada 2025, selain risiko perdagangan global akibat ketegangan AS-China. Pakar Ekonomi menyarankan strategi pengurusan kewangan isi rumah yang lebih bijak sambil menggesa BNM untuk mengekalkan kadar OPR pada paras semasa bagi melindungi ekonomi domestik.
Inflasi diunjur meningkat, perlu mekanisme baru perumahan
Inflasi dijangka meningkat pada 2025 akibat rasionalisasi subsidi dan perubahan dasar cukai. Pakar menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan keseimbangan antara inflasi dan pertumbuhan ekonomi sambil memperkenalkan mekanisme baharu untuk pemilikan rumah tanpa bergantung pada pinjaman bank.
Perspektif 2025: PMI, Dagangan ASEAN & Unjuran ekonomi
Menjelang tahun 2025, Malaysia menghadapi pelbagai cabaran ekonomi, termasuk penurunan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Disember 2024 ke paras 48.6, kemungkinan kenaikan tarif import oleh Amerika Syarikat, dan ketidaktentuan permintaan global. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia berpeluang merangka strategi perdagangan yang lebih kukuh di rantau ini. Bagaimanakah unjuran inflasi, peranan permintaan domestik, dan dasar monetari akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara? Kupasan bersama Pakar Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim.