Thu Nov 21 2024
Sukar memerangi rasuah apabila melibatkan golongan mahakaya
Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, negara tidak mungkin selamat jika rasuah tidak dibanteras hingga akar umbi .#SisiTVParlimen
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews
"Saya ulang, ini adalah akta rampas rumah!" - Syed Saddiq
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq membantah undang-undang 'Urban Renewal Act' yang dicadangkan oleh pihak kerajaan. Undang-undang ini beliau rasakan sebagai pengkhianatan terbesar untuk golongan miskin di bandar dan mengatakan ini adalah akta rampas rumah. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Selepas kes tembak di Setia Alam, suspek terlibat lima lagi kes
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata selepas terbabit dengan kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, suspek melakukan lima lagi kes jenayah lain di lokasi berasingan. #AWANInews
"Jangan pakai 'runner' untuk pergi buat pemeriksaan!" - Anthony Loke
Ahli Parlimen Puncak Borneo memohon supaya Kementerian Pengangkutan menyiasat sesiapa sahaja yang bersepakat dengan pegawai-pegawai PUSPAKOM. Menteri Pengangkutan menjelaskan bahawa pihak kementerian tidak akan berkompromi sekiranya ada isu integriti dalam PUSPAKOM. #SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
500 Hari Perang: Gaza Dilanda Kemusnahan Besar
Rakaman dron di Jabalia, Gaza memperlihatkan skala kemusnahan dengan runtuhan bangunan dan puing akibat serangan Israel selepas 500 hari perang. Isnin menandakan 500 hari sejak serangan pada 7 Oktober 2023. Gencatan senjata goyah yang berkuat kuasa sejak 19 Januari antara pasukan pejuang Palestin, Hamas dan rejim Zionis dilaporkan goyah selama hampir sebulan. #AWANInews
Hari Pertama Persekolahan 2025: SK Taman Pelangi Meriah dengan Kehadiran Ibu Bapa dan Menteri
Suasana sesi persekolahan hari pertama tahun 2025/2025 Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi hari ini meriah dengan ratusan kehadiran ibu bapa dan penjaga yang menemani anak-anak mereka. Kehadiran Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shaari turut mengadakan kunjungan melihat persekitaran sekolah baharu, SK Taman Pelangi, Semenyih. #AWANInews
Pemotong rumput jumpa bom tangan di LPT2
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata lelaki itu menemukan satu objek yang mencurigakan pada pukul 12.50 tengah hari dan menghampirinya sebelum mendapati ia adalah sebutir bom tangan ketika sedang memotong rumput di lokasi berkenaan. #AWANInews
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Donald Trump Tegaskan Hasrat Ambil Semula Terusan Panama Selepas Angkat Sumpah Sebagai Presiden AS Ke-47
"Kita telah dilayan dengan sangat buruk akibat pemberian bodoh yang tidak sepatutnya dilakukan. Janji Panama kepada kita telah dilanggar. Tujuan perjanjian kita dan semangat perjanjian itu telah dicabuli sepenuhnya. Kapal-kapal Amerika dikenakan caj berlebihan dan tidak dilayan dengan adil dalam apa jua bentuk. Ini termasuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Lebih dari itu, China kini mengendalikan Terusan Panama. Kita tidak memberikannya kepada China, kita berikannya kepada Panama, dan kita akan mengambilnya semula," kata Donald Trump selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47. #AWANInews
Donald Trump Angkat Sumpah Penggal Kedua Sebagai Presiden AS Ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di dalam bangunan Capitol, Washington, hari ini. Disaksikan oleh ratusan ribu penyokong menerusi siaran secara langsung, Trump, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim, John Roberts. #AWANInews
Kes pukul OKU: Lima individu telah ditahan, polis lengkapkan siasatan
Lima individu telah ditahan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman. #AWANInews
Rakaman Dron Tunjuk Pembebasan Tebusan Israel di Gaza
Rakaman dron menunjukkan sekumpulan orang awam dan pejuang Hamas mengelilingi kenderaan Palang Merah yang membawa tiga tebusan Israel semasa pembebasan mereka pada Ahad di Bandar Gaza. #AWANInews