UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

AWANI Pagi: Sambutan Hari Malaysia 2024 di Sabah

Sabah akan menjadi tuan rumah kepada sambutan Hari Malaysia 2024 yang akan disambut pada 16 September ini di Padang Merdeka. Apa yang akan menjadi tumpuan kali ini? Kupasan bersama Setiausaha Bahagian, Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat, Kementerian Komunikasi, Wan Saidatul Shafina Mohd Amin.

#AWANIpagi #AWANInews

Fri Sep 13 2024

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 September 2024]

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 September 2024]

Fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Nursyazwani Saiful Sham

- OP Global: 171 individu direman tujuh hari

- Jangan normalisasi muat naik gambar atau video kanak-kanak

- Persiapan sambutan Hari Malaysia di Sabah kini lebih 60 peratus

#AWANInews #AWANIpagi
AWANI Pagi: Kekal waspada jerat scam, tingkat kesedaran tangani penipuan

AWANI Pagi: Kekal waspada jerat scam, tingkat kesedaran tangani penipuan

Di sebalik pelbagai kempen kesedaran dan amaran waspada oleh pihak berkuasa, jenayah penipuan atau "scam" masih belum dapat dibendung dan mangsa "scam" juga semakin bertambah setiap tahun. Justeru, apa lagi yang boleh dilakukan bagi mengelakkan ia terus-terusan berlaku? Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain, Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM dan Wak Doyok, seorang usahawan yang juga mangsa "scam" membincangkan lebih lanjut mengenainya dengan penyampai Saraya Mia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 September 2024]

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 September 2024]

Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham

- Eksploitasi agama, kanak-kanak: 171 individu ditahan dalam serbuan 20 premis GISB

- Pemandu terlelap, kereta terjunam dari jambatan setinggi 30 meter

- 'Doktor' tawar rawatan gigi, kecantikan haram di Instagram, TikTok

#AWANInews #AWANIpagi
AWANI Pagi: Menjelang debat Donald Trump vs Kamala Harris

AWANI Pagi: Menjelang debat Donald Trump vs Kamala Harris

Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Timbalan Pengarah Institut Asia Eropah, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Roy Anthony Rogers menjelang debat secara semuka selama 90 minit yang pertama membabitkan calon Presiden Amerika Syarikat dari Demokrat, Kamala Harris dan bekas Presiden yang juga calon Presiden Republikan, Donald Trump di Pennsylvania.
AWANI Pagi: Agenda reformasi perkhidmatan awam

AWANI Pagi: Agenda reformasi perkhidmatan awam

Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham ialah mencari cara pelaksanaan terbaik berhubung reformasi dalam perkhidmatan awam yang menjadi gagasan baharu sebagaimana diumumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar baru-baru ini. Bersama Setiausaha Agung CUEPACS, Abdul Rahman Mohd Nordin untuk mengupas lebih lanjut mengenainya.
AWANI Pagi: Memahami extrovert, introvert dan ambivert

AWANI Pagi: Memahami extrovert, introvert dan ambivert

Apa perbezaan antara extrovert, introvert dan ambivert? Pakar Psikologi dan Kaunseling, UPNM, Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din akan memberi penerangan lanjut bagaimana untuk memahami ketiga-tiga aspek ini.

#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 September 2024]

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 September 2024]

Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi

- Kapal peninjau tentera, pengawal pantai China dilapor berlegar di perairan Sarawak

- Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar

- Apple 16 Pro hadir dengan skrin lebih besar, butang kawalan kamera, Cip A18 Pro, Fokus AI

#AWANInews #AWANIpagi
AWANI Pagi: Konflik Perairan: Apa Masa Depan Malaysia-China?

AWANI Pagi: Konflik Perairan: Apa Masa Depan Malaysia-China?

Baru baru ini tular berkenaan laporan media yang mendedahkan kebocoran nota diplomatik yang dihantar Beijing kepada Malaysia, menyuarakan bantahan terhadap operasi syarikat Petronas di perairan Laut China Selatan.

Nota disiarkan media Filipina itu menunjukkan dakwaan Beijing bahawa penerokaan minyak dan gas Malaysia di Laut China Selatan telah memasuki sempadan perairan China.

Tentunya ini sedikit sebanyak mencetuskan persoalan berkenaan masa depan hubungan Malaysia-China. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.
AWANI Pagi: Memahami vaksinasi Mpox

AWANI Pagi: Memahami vaksinasi Mpox

Diskusi 7.30 pagi Isnin bersama Dr Seri Buana Zainudin, Ahli Lembaga Pengarah Bulan Sabit Merah Malaysia membincangkan mengenai bahaya cacar monyet atau Mpox dan vaksinasi untuk mengekang virus ini merebak serta bagaimana rakyat Malaysia boleh berperanan menangani wabak penyakit ini.
AWANI Pagi: Kisah keretapi sarong, cerita bangga Malaysia

AWANI Pagi: Kisah keretapi sarong, cerita bangga Malaysia

Ikuti perkongsian Pengarah Keretapi Sarong 2024, Shamsul Bahrin Zainuzzaman mengenai kelainana acara di Keretapi Sarong menjelang sambutan Hari Malaysia di mana ia nyata menyuntik seribu macam kisah kejayaan, kebanggaan Malaysia. Nantikan, di Awani Pagi, 8:30 pagi.
AWANI Pagi: Segalanya tentang celik lautan

AWANI Pagi: Segalanya tentang celik lautan

Malaysia merupakan sebuah negara maritim berpandukan kedudukannya yang strategik di laluan perdagangan antarabangsa dan terletak di antara rantau Asia-Pasifik dengan lautan Hindia, menyebabkan ia kaya dengan sumber asli dan laut.

Namun begitu, saban hari, Malaysia kian terancam dengan aktiviti ekonomi yang berpotensi memberi ancaman kepada kepelbagaian spesies ini.

Ini menimbulkan persoalan tentang sejauh mana tahap literasi rakyat Malaysia berkenaan dengan impak aktiviti manusiawi terhadap perairan negara. Ikuti kupasannya dalam AWANI Pagi.

#AWANIPagi #AWANInews
AWANI Pagi: Dari UiTM ke Istanbul - Sinergi mahasiswa rentas benua

AWANI Pagi: Dari UiTM ke Istanbul - Sinergi mahasiswa rentas benua

Program pengantarabangsaan pelajar merupakan platform dinamik yang membuka ruang kepada pelajar mendalami kepelbagaian budaya dan nilai-nilai murni seperti kepimpinan, keprihatinan, dan tanggungjawab sosial sambil menyumbang kepada masyarakat.

Memahami kepentingan itu, seramai 48 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam sesi 2022/2023 dengan kerjasama Persatuan Tumbuh Insan (TUMBUH) dan Istanbul Sahabbatin Zaim University (IZU) telah berlepas ke Istanbul, Turkiye untuk menganjurkan program UiTM Kickstart: International Student Empowerment 2024.

Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [6 September 2024]

AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [6 September 2024]

Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi

- Jangan tinjau, buat "content" di kawasan tanah jerlus - Polis

- Mahkamah tolak permohonan jaminan pegawai polis didakwa bunuh pelajar

- Sultan Pahang mahu keindahan Bukit Fraser dikekalkan

#AWANInews #AWANIpagi
AWANI Pagi: Perhebat Penglibatan Wanita Dalam STEM

AWANI Pagi: Perhebat Penglibatan Wanita Dalam STEM

Diskusi #AWANIpagi bersama Prabha Sundram, Ketua Pendidikan British Council Malaysia dan dua penerima Biasiswa Wanita Dalam STEM British Council, Charlene Ng Andrew dan Vilashini Saravanan membincangkan mengenai pentingnya usaha memperhebatkan penglibatan wanita dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) seterusnya merapatkan jurang gender dalam STEM khususnya di alam pekerjaan di Malaysia.

#AWANInews #AWANIpagi