UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Sokongan Rusia kepada Malaysia bantu leraikan pelbagai konflik global termasuk Palestin-Israel - Pakar

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Penganalisis Politik Antarabangsa, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata sokongan berterusan Rusia terhadap Malaysia dilihat membantu menguatkan kedudukan negara sebagai kuasa pengaman yang boleh membantu meleraikan pelbagai konflik global termasuk Israel-Palestin. Oleh yang demikian, Malaysia perlu mengeratkan hubungan dengan kuasa besar berkenaan bagi mengukuhkan lagi kedudukan di pentas antarabangsa. #AgendaAWANI

Wed Sep 04 2024

Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar

Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar

Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar

MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar

Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Jangan sudah terhantuk baru tengadah, tubuh Jawatankuasa Tetap Mpox sekarang – Pakar UMS

Jangan sudah terhantuk baru tengadah, tubuh Jawatankuasa Tetap Mpox sekarang – Pakar UMS

Pakar Pengurusan Risiko Keselamatan & Kesihatan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Ts. Dr. Shamsul Bahari Shamsudin berkata tubuhkan Jawatankuasa Tetap menangani penularan cacar monyet atau Mpox sekarang. Jelasnya, satu kes positif mpox yang disahkan Kementerian Kesihatan (KKM) merupakan tanda tindakan kerajaan menangani penyakit ini sudah lambat. #AgendaAWANI
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM – Pakar IMU University

Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM – Pakar IMU University

Profesor Ekonomi, Polisi & Pengurusan Kesihatan IMU University, Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid berkata Kementerian Kesihatan (KKM) perlu berkerjasama dengan universiti untuk membangunkan teknologi. Jelasnya, kepakaran itu ada pada institut pengajian tinggi, bukannya pada KKM, maka tindakan segera perlu dilakukan untuk mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Siap siaga, kes MPOX di Malaysia

Agenda AWANI: Siap siaga, kes MPOX di Malaysia

Kes positif mpox varian clade II dalam negara, adakah kita mengulangi kesilapan sama jika lambat bertindak? Adakah masyarakat cakna mengenai penjagaan kesihatan dan waspada dengan sebarang ancaman penyakit berjangkit?
Agenda AWANI: MoU peruntukan pembangkang gagal: Apa selepas ini?

Agenda AWANI: MoU peruntukan pembangkang gagal: Apa selepas ini?

Selepas MoU peruntukan pembangkang ini gagal, apa langkah seterusnya untuk memastikan kestabilan politik dan ekonomi?
Agenda AWANI: Analisis Debat Presiden Amerika Syarikat

Agenda AWANI: Analisis Debat Presiden Amerika Syarikat

Isu ekonomi, dasar luar dan krisis geopolitik (Rusia-Ukraine dan Israel-Palestin) antara hangat diberi perhatian dalam debat calon Presiden Amerika Syarikat: Kamala Harris (Demokrat) dan Donald Trump (Republikan). Namun sejauh mana ia signifikan dalam konteks tempatan dan rantau ini? Diskusi 8.30 malam
Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil – HDC

Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil – HDC

Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata kenyataan mengenai kos sijil halal tinggi adalah tidak benar. Jelasnya, yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil. #AgendaAWANI
Sijil halal boleh untuk semua Islam, bukan Islam, bertepatan dengan fitrah – Fauwaz Fadzil

Sijil halal boleh untuk semua Islam, bukan Islam, bertepatan dengan fitrah – Fauwaz Fadzil

Konsultan Syariah Telaga Biru Bhd, Fauwaz Fadzil berkata sepatutnya tidak timbul sebarang masalah berkaitan sijil halal untuk perniagaan orang Islam dan bukan Islam memandangkan ia bertepatan dengan fitrah manusia. Jelasnya, semua bersepakat mahukan penyediaan perkhidmatan dan makanan yang bersih, maka sijil halal bertindak sebagai jaminan kepada standard yang tinggi. #AgendaAWANI
Masanya sekarang untuk Malaysia rebut RM1 trilion pasaran pelancongan Islam – KP ITC

Masanya sekarang untuk Malaysia rebut RM1 trilion pasaran pelancongan Islam – KP ITC

Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC), Nizran Noordin berkata sektor pelancongan Islam diunjurkan akan berkembang mencecah nilai RM1 trilion menjelang tahun 2028. Jelasnya, dengan ekosistem pelancongan mesra muslim yang matang di Malaysia, maka sekarang adalah masanya untuk merebut peluang ekonomi dalam sektor ini. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Cadangan wajibkan sijil halal

Agenda AWANI: Cadangan wajibkan sijil halal

Memahami pentingnya pensijilan halal dari sudut kebersihan dan keselamatan dalam aspek pengurusan dan pengendalian makanan, apa implikasi dalam melindungi hak pengguna?
Agenda AWANI: ITM 2024: Gerbang pengalaman pelancongan menakjubkan

Agenda AWANI: ITM 2024: Gerbang pengalaman pelancongan menakjubkan

Islamic Tourism Month 2024 (ITM 2024) adalah acara inovatif anjuran Islamic Tourism Centre (ITC) yang menawarkan pelbagai pengalaman Pelancongan Islam dan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim (MFTH) di Malaysia, kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Sejauh mana penganjuran ITM mampu melonjakkan pelancongan Islam di negara ini?

Diskusi 9 malam.
Wajah ‘orang baik’ juga mungkin pemangsa kanak-kanak – Pengasas Buku Jalanan Chow Kit

Wajah ‘orang baik’ juga mungkin pemangsa kanak-kanak – Pengasas Buku Jalanan Chow Kit

Pengasas Bersama Buku Jalanan Chow Kit, Siti Rahayu Baharin berkata pemangsa kanak-kanak tidak semestinya berwajah jahat seperti yang digambarkan oleh filem, sebaliknya pemangsa juga boleh datang dalam kalangan individu dengan wajah yang segak. Jelasnya, ini menuntut kepada kempen yang mudah dihadam oleh kanak-kanak untuk lebih berwaspada berinteraksi dengan individu di luar bilik mereka. #AgendaAWANI
Pengantunan kanak-kanak bermula dengan usaha meraih kepercayaan mangsa – Pesuruhjaya SUHAKAM

Pengantunan kanak-kanak bermula dengan usaha meraih kepercayaan mangsa – Pesuruhjaya SUHAKAM

Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita & Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata pengantunan kanak-kanak bermula dengan usaha pemangsa mendapatkan kepercayaan kanak-kanak. Jelasnya, proses ini boleh mengambil masa sehinga bertahun-tahun sebelum jenayah dan eksploitasi berlaku. #AgendaAWANI
Agenda AWANI: Eksploitasi kanak-kanak | Hentikan segera!

Agenda AWANI: Eksploitasi kanak-kanak | Hentikan segera!

Eksploitasi merujuk kepada penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak. Apa penyelesaiannya? Diskusi 8.30 malam