Wed Oct 23 2024
Agenda AWANI: Belanjawan 2025 - Pemerkasaan PMKS
Analisis Belanjawan 2025 kali ini tertumpu kepada usaha kerajaan untuk memperkasa pembangunan PMKS khususnya dalam bidang keterjaminan makanan, peralihan tenaga dan digital. Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: MIH Megatrends 2024: Transformasi penjagaan kesihatan
Diskusi mengenai usaha memacu idea baharu dan ketersedian inovasi penyelesaian bersepadu telekomunikasi dalam mentransformasikan penjagaan kesihatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Agenda AWANI: Belanjawan 2025 - Pemerkasaan PMKS
Analisis Belanjawan 2025 kali ini tertumpu kepada usaha kerajaan untuk memperkasa pembangunan PMKS khususnya dalam bidang keterjaminan makanan, peralihan tenaga dan digital. Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Strategi Perak teraju hab mineral
Diskusi mengenai iltizam dan strategi Kerajaan Negeri Perak mempelopori pembangunan pusat kecemerlangan dan hab mineral pertama di Malaysia dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Agenda AWANI: Belanjawan 2025 | Perangi rasuah, reformasi institusi dan penjawat awam
RUU Iltizam Kecekapan Pentadbiran Awam bagi memastikan kecekapan pentadbiran awam, membabitkan tiga anjakan besar iaitu untuk kurangkan birokrasi, percepat proses dan tingkatkan kecekapan perkhidmatan. Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Probowo | Era baharu kepimpinan Indonesia
Era baharu kepimpinan Indonesia di bawah Presiden Prabowo Subianto, sejauh mana ia dilihat signifikan dalam mempengaruhi hubungan dasar diplomatik di rantau ini terutama hubungan KL-Jakarta? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Belanjawan 2025 | Kecualikan ‘maha kaya’, bantu golongan rentan
Sejauh mana Belanjawan 2025 memperlihat komitmen kerajaan untuk reformasi struktur ekonomi terutama beri tekanan kepada golongan ‘maha kaya’, selain melindungi golongan berpendapatan rendah dan rentan? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: Strategi fisikal dan monetari: Kunci pengukuhan ekonomi Malaysia
Data ekonomi negara menunjukkan tanda positif. Namun, apa maknanya kepada rakyat terbanyak? Bagaimana dasar fiskal dan monetari bergerak seiring? Diskusi 9 malam
Agenda AWANI: Cuaca buruk: Hati-hati banjir, tanah runtuh
Adakah masyarakat sudah bersedia dengan sebarang ancaman bencana luar jangka susulan cuaca buruk? Bagaimana penilaian risiko dibuat sebagai siap siaga pengurusan bencana? Diskusi 8.30 malam
Agenda AWANI: MIH Megatrends | Shaping the future of healthcare
Is Malaysia ready to embrace the future of healthcare with innovations like digitalisation, precision medicine, and population genomics? How can public-private partnerships accelerate this transformation? Don’t miss the conversation tonight at 8:30pm.
Agenda AWANI: Balancing Malaysia's Needs In The Energy Transition
Takao Tsukui, Executive Vice President, Sales and Marketing, Mistubishi Power discusses the key global energy trends and Malaysia's significant challenges in energy transition as it strives to balance economic growth, energy security and decarbonization goals on Agenda AWANI 9.00pm.
Agenda AWANI: Belanjawan 2025 – Tebalkan Poket Rakyat
Menjelang pembentangan #Belanjawan 2025, apa jangkaan untuk inisiatif mengurangkan kos sara hidup, meningkatkan pendapatan rakyat dan memperkasa PKS dalam ekonomi digital? Diskusi 8.30 malam
Perkenalkan mekanisme pasaran masa depan kawal bekalan bahan makanan asas - Pakar
Ketua Konsultan dan Pengerusi Sekuriti Makanan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Syed Zikiri Syed Hassan Shahabudin berkata kerajaan wajar memperkenalkan mekanisme pasaran masa depan untuk mengawal bakalan makanan asas dalam negara seperti beras, ayam dan ikan. Jelasnya, pasaran ini membolehkan peladang dan penternak menjual hasil kepada pemborong pada harga tetap. #AgendaAWANI
Kerajaan dijangka umum Perintah Gaji Minimum baharu dalam Belanjawan 2025 - Pakar
Prof. Adjung Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz Universiti Malaya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Rashid berkata kerajaan dijangka mengumumkan Perintah Gaji Minimum (PGM) baharu dalam Belanjawan 2025 pada 18 Oktober akan datang. Jelasnya, PGM sedia untuk pekerja swasta pada kadar lantai RM1500 telah luput tempoh. #AgendaAWANI
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Penasihat Kanan Teknikal MERCY Malaysia, Norazam Abu Samah berkata proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas. Jelasnya, data-data tersebut bukan sahaja membolehkan bantuan mendesak diperlukan mangsa dapat dikenalpasti, bahkan juga membantu pihak berkuasa menentukan jumlah kerugian kemusnahan akibat bencana. #AgendaAWANI.
Agenda AWANI: Komuniti Tahan Bencana 2030
Adakah kita sudah bersedia untuk membina masyarakat yang berdaya tahan daripada ancaman dan risiko bencana menjelang 2030? Apa yang kita belajar dari iktibar sebelum ini termasuk ‘Bah Kuning’ Kelantan 2014 dan banjir besar Hulu Langat 2021? Diskusi 9 malam