
Pendakwa raya fail permohonan lanjutkan tempoh tahanan Yoon
Pendakwa raya pada Jumaat mengemukakan permohonan untuk lanjutan tempoh tahanan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol sehingga awal bulan depan.
Fri Jan 24 2025
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Thu Jan 23 2025
Suk Yeol terima rawatan selepas sesi pendengaran
Presiden Korea Selatan yang digantung tugas, Yoon Suk Yeol dilapor oleh Agensi Yonhap berada di hospital tentera untuk menerima rawatan selepas pendengaran berkaitan pelaksanaan undang-undang tentera dijalankan pada Selasa. Tanpa menyatakan puncanya, Suk Yeol bagaimanapun akan dikembalikan ke pusat tahanan selepas itu.
Tue Jan 21 2025

Mahkamah Korea Selatan perintah penahanan rasmi Presiden Yoon
Ini kali pertama dalam sejarah seorang Presiden Korea Selatan yang sedang berkhidmat ditahan.
Sun Jan 19 2025
Suk Yeol hadir pendengaran bantahan penahanan rasmi
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri pendengaran di sebuah mahkamah di Seoul pada Sabtu untuk membantah kemungkinan penahanan rasminya atas keputusan penguatkuasaan undang-undang tentera bulan lepas.
Sat Jan 18 2025
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Wed Jan 08 2025

CIO Korea Selatan minta polis laksanakan waran tahan Yoon
Agensi antirasuah Korea Selatan meminta polis mengambil alih pelaksanaan waran untuk menahan Yoon yang menghadapi proses pendakwaan.
Mon Jan 06 2025

Ketua Turus Tentera Darat Korea Selatan didakwa laksana undang-undang tentera
Pendakwa raya pada Jumaat mendakwa komander tertinggi Tentera Darat dan ketua unit perang khasnya berhubung peranan mereka dalam penguatkuasaan undang-undang tentera yang singkat bulan lalu.
Fri Jan 03 2025

Penyiasat Korea Selatan masuk kediaman Presiden Yoon
Penyiasat Korea Selatan daripada agensi anti-rasuah negara memasuki kediaman presiden pada Jumaat untuk melaksanakan waran penahanan.
Fri Jan 03 2025
Yoon Suk Yeol berdepan penahanan
Pihak berkuasa Korea Selatan dilaporkan sedang menuju ke lokasi bagi melaksanakan waran tangkap terhadap bekas Presiden Yoon Suk Yeol.
Menurut agensi berita Yonhap, Yoon, yang dipecat pada Disember, sedang disiasat atas dakwaan jenayah berkaitan cubaan undang-undang tentera singkat pada 3 Disember.
Menurut agensi berita Yonhap, Yoon, yang dipecat pada Disember, sedang disiasat atas dakwaan jenayah berkaitan cubaan undang-undang tentera singkat pada 3 Disember.
Thu Jan 02 2025
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Thu Jan 02 2025
Bekas Presiden Yoon fail injunksi, gantung waran tangkap
Pasukan pembelaan Presiden Yoon Suk Yeol memfailkan injunksi pada Selasa untuk menggantung pelaksanaan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap presiden yang didakwa atas pengisytiharan undang-undang tentera, menyifatkan waran itu "menyalahi undang-undang," lapor agensi berita Yonhap.
Wed Jan 01 2025
Yoon Suk Yeol dikenakan waran tangkap
Mahkamah Korea Selatan pada Selasa meluluskan waran tangkap terhadap Presiden Yoon Suk Yeol, yang telah dipecat dan digantung tugas selepas mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember.
Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Berprofil Tinggi (CIO) mengesahkan bahawa Mahkamah Daerah Barat Seoul meluluskan permohonan waran tangkap tersebut.
Pejabat Penyiasatan Rasuah untuk Pegawai Berprofil Tinggi (CIO) mengesahkan bahawa Mahkamah Daerah Barat Seoul meluluskan permohonan waran tangkap tersebut.
Tue Dec 31 2024

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Fri Dec 27 2024

Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
Mon Dec 23 2024