#KomunitiAWANI: Pengorbanan pejuang tanah air terdahulu yang tidak dapat dilupakan
#KomunitiAWANI 31 Ogos 2019 menampilkan penyanyi, Siti Sarah sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.
Berita komuniti merdeka anda bermula dengan pengalaman seorang saksi kekejaman komunis, Tik Sulong, 89 tahun. Kemudian, kita saksikan pula pengalaman dan perjuangan angkatan tentera kita dahulu yang turut menjadi saksi kepada kematian rakan-rakan seperjuangan. Selepas itu, kita akan lihat lagi pengorbanan angkatan tentera kita dalam membersihkan sisa perang dan jerangkap samar yang ditinggalkan musuh dahulu dalam Ops Gubir Dua.

Tue Mar 15 2022
'Pergi dengan siapa? Semua dah mati!' - Warga emas imbau detik capai kemerdekaan
Selepas membesar dalam keadaan darurat dek kekejaman komunis, Tik berasa gembira apabila dimaklumkan Tanah Melayu akan menggapai kemerdekaan.
Tue Aug 20 2019
'Ibu dirodok dengan lembing!' - Kisah pilu ahli keluarga dibunuh komunis depan mata
Tik menjadi saksi ibunya Temun Manang, adik lelaki dan anak saudara yang masih kecil ditikam dengan lembing di hadapan mata oleh komunis.
Tue Aug 20 2019