AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Sat Nov 23 2024
MIHAS@Dubai 2024: Pencapaian Luar Biasa Industri Halal Malaysia
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yakin Ekspo MIHAS@Dubai 2024 mampu melepasi sasaran awal RM1 bilion jualan eksport dengan menetapkan sasaran baharu sebanyak RM1.2 bilion. Ekspo ini mencatat kejayaan luar biasa dengan jualan eksport bernilai RM500 juta pada hari pertama. Saksikan temubual Editor Kanan Astro Awani, Nazri Kahar, bersama beberapa pempamer untuk melihat potensi besar industri halal.
Thu Nov 21 2024
Perubahan Iklim: Suara Komuniti Pertanian di COP29
Perubahan iklim bukan hanya isu golongan elit. Komuniti pertanian turut merasai kesannya dan mungkin juga menjadi penyebabnya. Penyertaan mereka dalam diskusi perubahan iklim amat penting untuk mencari penyelesaian menyeluruh. Saksikan temubual Editor Kanan Astro Awani, Dzulfitri Yusof, bersama pesawah padi Abdullah Mohamad yang turut hadir di COP29 di Baku, Azerbaijan.
Thu Nov 21 2024
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
Mon Nov 18 2024
Perbahasan Pendanaan Perubahan Iklim di COP29: Masih Tiada Kata Sepakat
Memasuki minggu terakhir Persidangan COP29 di Baku, Azerbaijan, perunding negara dunia masih gagal mencapai kata sepakat mengenai pendanaan untuk mengawal perubahan iklim. Walaupun begitu, sektor perbankan yang turut hadir di COP29 menyuarakan pandangan mereka mengenai isu pendanaan. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Joel Khaw Chuan Penn, Ketua MIND & Kelestarian, Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).
Mon Nov 18 2024
Takaful perkenal Kaotim, mudahkan akses kepada pelanggan
Temubual bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal ini membincangakan berkenaan pelancaran platform digital Kaotim. Beliau berkongsi tentang pelan perlindungan yang ditawarkan, tujuan pelancaran, strategi pemasaran, kelebihan melanggan melalui Kaotim, dan sambutan orang ramai. Saksikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Takaful Malaysia terus berinovasi dan mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran runcit.
Wed Nov 13 2024
Johor Bawa Agenda Kemampanan ke Persidangan COP 29 di Baku
Johor terus mengangkat suara Malaysia dalam membina kemampanan di peringkat antarabangsa dengan pelan tindakan kemampanan mereka. Saksikan temubual eksklusif Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Pusat Kemampanan Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu COP 29 di Baku, Azerbaijan.
Tue Nov 12 2024
Sidang Kemuncak APEC di Lima: Integrasi atau dilema?
Sidang Kemuncak APEC membuka tirai di Lima, Peru dengan tahap keselamatan yang diperketat. Pemimpin dari 21 negara hadir bersama lebih seribu pemimpin industri. Saksikan laporan eksklusif mengenai cabaran yang dihadapi oleh ekonomi anggota APEC, termasuk perubahan iklim, penyelesaian tenaga mampan, peralihan ekonomi digital, dan usaha memudah cara perdagangan. Temubual bersama Rebecca Fatima Sta Maria dari Sekretariat APEC turut disertakan.
Mon Nov 11 2024
AWANI Global: Lawatan PM ke China promosikan keseimbangan global
Ikuti temubual ekskulsif Editor Kanan, Nazri Kahar bersama Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Luar Negeri di Shanghai, China dan analisis kunjungan terbaru Perdana Menteri ke China sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi penting BRICS dalam AWANI Global 9.00 malam ini.
Sun Nov 10 2024
Pasca pilihan raya AS dan peranan antarabangsa Malaysia
Dalam temubual ini, Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, membincangkan impak kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat buat kali kedua. Beliau juga mengupas pandangan MIDF Research mengenai BRICS dan Malaysia sebagai negara rakan kongsi, keputusan FOMC dan Bank Negara Malaysia, serta perkembangan terbaru dalam ekonomi dan pasaran saham. Saksikan perbincangan mendalam ini melalui Google Meet.
Fri Nov 08 2024
AWANI Pagi: Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-30 Tahun 2024
Saksikan esok temubual Awani Pagi bersama Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar (JAS), mengenai penganjuran Pertandingan Debat Alam Sekitar ke-30, yang menjadi idaman semua pendebat-pendebat universiti.
Wed Oct 23 2024
Jiwa SME: Mengimbangi kreativiti, kualiti dan skala dalam perniagaan artisan
Temubual ini menyoroti strategi Brutti dalam mengekalkan identiti jenama yang unik sambil memenuhi permintaan pasaran yang dinamik. Fokus juga akan diberikan kepada cabaran pengeluaran produk artisan pada skala besar, usaha kelestarian dalam operasi perniagaan, serta kesan landskap e-dagang terhadap perniagaan.
Mon Oct 14 2024
Niaga AWANI: Cabaran pemilikan Rumah di Malaysia: Faktor dan Cadangan Penyelesaian
Dalam temubual eksklusif bersama Sulaiman Akhmady Mohd Saheh, Pengarah Penyelidikan di Rahim & Co International Sdn Bhd, kita membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi harga rumah di Malaysia dan bagaimana dasar kerajaan dapat mengatasi krisis kepemilikan rumah. Temui penyelesaian inovatif untuk menghadapi cabaran harga rumah yang semakin meningkat.
Thu Oct 10 2024
Agenda AWANI Asia: Misi erat dan perkukuh hubungan Malaysia-China dalam pelbagai bidang
Ikuti temubual eksklusif bersama Datuk Seri Fadillah Yusoff, Timbalan Perdana Menteri di Beijing mengenai hubungan baik kedua-dua negara dan peluang perdagangan ketika misi lawatan rasmi ke China baru-baru ini.
Sat Nov 25 2023
Skandal 1MDB: Dokumentari baharu tentang Jho Low bakal ditayang di AS Sept ini
Dokumentari itu bakal memaparkan temubual eksklusif bersama Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.
Thu Aug 03 2023