UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO

Dapatkan berita terkini mengenai pertubuhan-kesihatan-sedunia-who dari Astro Awani

Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO

Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO

"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sat Nov 09 2024
100 pesakit dipindah dari Gaza -WHO

100 pesakit dipindah dari Gaza -WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza melalui operasi pertama seumpamanya di wilayah Palestin yang bergolak itu dalam tempoh kira-kira lima minggu. Menurut agensi berita Jerman (DPA), WHO berkata, pesakit akan dipindahkan itu termasuk individu cedera akibat serangan berterusan di Gaza serta mereka yang menghidap penyakit kronik.
Wed Nov 06 2024
Ketua WHO umum vaksinasi polio di utara Gaza disambung semula

Ketua WHO umum vaksinasi polio di utara Gaza disambung semula

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan pada Jumaat bahawa program vaksinasi polio yang tertangguh di utara Gaza selepas Israel melancarkan operasi ketenteraan awal Oktober, akan disambung semula pada Sabtu.

Katanya, fasa ketiga (zon terakhir kempen dos kedua) program vaksinasi polio dijangka bermula di bahagian utara Semenanjung Gaza, selepas ia ditangguhkan minggu lepas disebabkan pengeboman yang digiatkan, arahan pemindahan besar-besaran, dan kekurangan akses serta jaminan jeda kemanusiaan.
Sat Nov 02 2024
Britain sahkan varian mpox baharu

Britain sahkan varian mpox baharu

Britain telah mengesan kes pertama varian baharu mpox, clade Ib, menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (U-K-H-S-A), dengan menyatakan bahawa risiko kepada populasi umum kekal rendah.

Varian clade Ib adalah jenis baharu virus mpox yang diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ogos lalu selepas wabak di Republik Demokratik Congo merebak ke negara-negara jiran di Afrika.
Wed Oct 30 2024
Kempen vaksin polio di Gaza terhenti akibat pengeboman - WHO

Kempen vaksin polio di Gaza terhenti akibat pengeboman - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan kempen vaksinasi polio di utara Gaza terpaksa ditangguhkan berikutan pengeboman Israel dan perpindahan penduduk.
Wed Oct 23 2024
Kempen vaksin polio di Gaza terhenti akibat pengeboman - WHO

Kempen vaksin polio di Gaza terhenti akibat pengeboman - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan bahawa kempen vaksinasi polio di utara Gaza terpaksa ditangguhkan berikutan pengeboman oleh Israel dan perpindahan penduduk.
Wed Oct 23 2024
WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak Gaza ke Eropah

WHO pindah 1,000 wanita, kanak-kanak Gaza ke Eropah

Kira-kira 1,000 wanita dan kanak-kanak yang memerlukan rawatan perubatan akan dipindahkan dari Gaza ke Eropah tidak lama lagi. Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) cawangan Eropah, Hans Kluge mendakwa, Israel komited untuk membenarkan 1,000 lagi pemindahan perubatan dalam beberapa bulan akan datang ke Kesatuan Eropah (EU).
Mon Oct 21 2024
Hampir separuh pusat kesihatan utama Lubnan ditutup

Hampir separuh pusat kesihatan utama Lubnan ditutup

Hampir separuh iaitu 100 daripada 207 pusat kesihatan utama di Lubnan ditutup susulan kekejaman dilakukan zionis di negara itu.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhenom Gebreyesus dalam satu hantaran di X pada Sabtu.
Sat Oct 12 2024
Mpox: 15 negara Afrika berdepan penularan aktif

Mpox: 15 negara Afrika berdepan penularan aktif

Sebanyak 15 negara di rantau Afrika telah terjejas oleh wabak mpox sejak 2024, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Xinhua.
Sat Oct 12 2024
Ketua Pengarah WHO: Hampir tiada perkhidmatan kesihatan di utara Gaza

Ketua Pengarah WHO: Hampir tiada perkhidmatan kesihatan di utara Gaza

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, mengumumkan bahawa hampir tiada perkhidmatan kesihatan yang masih berfungsi di utara Gaza.
Fri Oct 11 2024
Perang Gaza bebankan golongan berkeperluan khas – WHO

Perang Gaza bebankan golongan berkeperluan khas – WHO

Perang Gaza yang kini membawa kepada pelbagai konflik kemanusiaan mendalam di wilayah itu menimbulkan kesukaran kepada golongan berkeperluan khas.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu hantaran di X, situasi meruncing di Gaza itu menyukarkan penduduk untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang baik atau kekal selamat dan sihat.

Tue Oct 08 2024
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan

28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan

28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Thu Oct 03 2024
Kes mpox meningkat di beberapa negara Afrika - WHO

Kes mpox meningkat di beberapa negara Afrika - WHO

Kes mpox, yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, terus meningkat di beberapa negara Afrika dan penyakit itu mula merebak ke kawasan baharu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Mon Sep 30 2024
Sifar rabies menjelang 2030 perlu penglibatan semua pihak

Sifar rabies menjelang 2030 perlu penglibatan semua pihak

Selari dengan sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerajaan Sarawak menyasarkan untuk mencapai sifar rabies di wilayah itu menjelang tahun 2030.
Mon Sep 30 2024
UAE terus sokong penjagaan kesihatan di Gaza dengan kerjasama WHO

UAE terus sokong penjagaan kesihatan di Gaza dengan kerjasama WHO

Hospital medan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Rafah mengalu-alukan kunjungan delegasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menilai inisiatif perubatan.
Mon Sep 23 2024