UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Carian mengenai topik pasaran-saham

Dapatkan berita terkini mengenai pasaran-saham dari Astro Awani

Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte

Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte

Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.
Tue Nov 19 2024
Saham, ringgit susut pasca kemenangan Trump, apa jangkaan?

Saham, ringgit susut pasca kemenangan Trump, apa jangkaan?

Selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat AS, pasaran saham dan mata wang di Asia, termasuk Malaysia menunjukkan prestasi lemah. Ini berlaku walaupun Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat (AS) telah menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada bulan ini. Apa strategi yang mampu bertahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global? Ikuti kupasan lanjut.
Mon Nov 18 2024
Prestasi mingguan FBM KLCI: Analisis Syed Muhammed Kifni

Prestasi mingguan FBM KLCI: Analisis Syed Muhammed Kifni

Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman. Pada pukul 5 petang Khamis, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 10.82 mata untuk ditutup pada 1,600.68 daripada 1,611.50 ketika ditutup semalam. Bagaimanakah prestasi minggu ini bagi FBM KLCI? Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin, Ketua Strategi MIDF Research, memberikan analisis mendalam mengenai prestasi mingguan FBM KLCI, sektor yang mendahului dan mengalami kejatuhan, serta jangkaan hala pergerakan pasaran saham dalam masa terdekat. Beliau juga membincangkan bagaimana pengumuman KDNK suku ketiga mungkin mencorak pergerakan pasaran minggu depan.

Fri Nov 15 2024
Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS minggu ini

Ringgit dijangka mengukuh berbanding dolar AS minggu ini

Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berbanding Dolar Amerika Syarikat minggu ini, memandangkan perbezaan kadar faedah yang memihak kepada Ringgit. Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah sepanjang tahun depan. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menyatakan kebimbangan terhadap dasar Presiden dilantik Donald Trump tahun depan boleh mendorong peniaga dan pelabur mengambil pendekatan lebih berhati-hati. Ikuti analisis penuh mengenai pergerakan Ringgit dan faktor-faktor ekonomi yang mempengaruhinya.
Mon Nov 11 2024
Impak kemenangan Trump 2.0 terhadap pasaran saham, ekonomi Malaysia

Impak kemenangan Trump 2.0 terhadap pasaran saham, ekonomi Malaysia

Selepas pengumuman kemenangan Donald Trump pada Rabu lepas, pasaran saham global menyaksikan lonjakan ketara, dengan pasaran Amerika Syarikat mencatatkan kenaikan mingguan terkuat tahun ini. Namun, bagi Malaysia, “Trump 2.0” mungkin membawa impak lebih mendalam daripada sekadar momentum pasaran global. Fokus pentadbirannya terhadap deregulasi perdagangan dan perbelanjaan infrastruktur berpotensi mencipta kesan limpahan yang memperkukuh pelaburan asing dalam pasaran sedang membangun, termasuk Malaysia. Ikuti wawancara bersama Mohd Sedek Jantan, Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors, untuk memahami lebih lanjut.
Mon Nov 11 2024
Pasca pilihan raya AS dan peranan antarabangsa Malaysia

Pasca pilihan raya AS dan peranan antarabangsa Malaysia

Dalam temubual ini, Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, membincangkan impak kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat buat kali kedua. Beliau juga mengupas pandangan MIDF Research mengenai BRICS dan Malaysia sebagai negara rakan kongsi, keputusan FOMC dan Bank Negara Malaysia, serta perkembangan terbaru dalam ekonomi dan pasaran saham. Saksikan perbincangan mendalam ini melalui Google Meet.
Fri Nov 08 2024
Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump

Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump

Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57% kepada 43,729.93. SP 500 menambah 146.28 mata atau 2.53%.
Thu Nov 07 2024
Pasaran saham AS melonjak, China menjunam!

Pasaran saham AS melonjak, China menjunam!

Pasaran saham utama di seluruh dunia mencatatkan peningkatkan pada Rabu, manakala bitcoin mencecah paras tertinggi dan dolar diramal untuk lonjakan seharian terbesarnya dalam tempoh empat tahun.
Wed Nov 06 2024
A.S. Memilih: Pasaran saham utama catat peningkatan, Bitcoin cecah paras tertinggi

A.S. Memilih: Pasaran saham utama catat peningkatan, Bitcoin cecah paras tertinggi

Bitcoin mencecah paras tertinggi dan dolar diramal untuk melonjak pada kadar harian tertinggi dalam temoh empat tahun.
Wed Nov 06 2024
Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden

Pasaran saham AS pamer tanda positif di tengah pilihan raya presiden

Pasaran saham Amerika Syarikat mencatatkan keuntungan pada Selasa ketika pilihan raya presiden AS sedang berlangsung.
Wed Nov 06 2024
Pilihan Raya AS: Apa nasib ringgit dan ekuiti?

Pilihan Raya AS: Apa nasib ringgit dan ekuiti?

Ikuti perbincangan eksklusif bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid mengenai impak pilihan raya AS terhadap ekonomi Malaysia, termasuk kesan ke atas pasaran saham, nilai ringgit, dan pelaburan.
Mon Nov 04 2024
Pilihan raya dia AS and Jepun cetus ketidaktentuan pasaran - Pakar

Pilihan raya dia AS and Jepun cetus ketidaktentuan pasaran - Pakar

Menurut Sedek, ketidakpastian politik yang berlaku sebelum pilihan raya sering kali mencipata kesan "tunggu dan lihat" termasuk pelabur cenderung untuk menahan kepurusan pelaburan merea yang seterusnya mempengaruhi nilai saham.
Mon Oct 28 2024
Kesan Pilihan Raya Terhadap Dinamik Pasaran Saham: Analisis Bersama Mohd Sedek Jantan

Kesan Pilihan Raya Terhadap Dinamik Pasaran Saham: Analisis Bersama Mohd Sedek Jantan

Dalam video ini, kami berbincang dengan Mohd Sedek Jantan, Ketua Penyelidikan Pelaburan di UOB Kay Hian Wealth Advisors, mengenai kesan pilihan raya terhadap pasaran saham. Berdasarkan trend pasaran dari pilihan raya sebelumnya, kita akan melihat bagaimana tahun-tahun pilihan raya boleh menjadi tempoh yang tidak menentu bagi pasaran saham. Dengan pilihan raya Jepun yang berlangsung semalam dan pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 5 November ini, pelabur tentunya bimbang tentang potensi impak pilihan raya terhadap portfolio mereka. Kami akan membincangkan prestasi keseluruhan pasaran baru-baru ini, perubahan dalam sentimen pasaran menjelang musim pilihan raya, dan bagaimana perubahan kerajaan serta pengenalan dasar baru mungkin memberi impak kepada harga saham. Mohd Sedek juga akan memberikan nasihat kepada pelabur mengenai strategi pelaburan semasa musim pilihan raya.
Mon Oct 28 2024
Belanjawan 2025: Analisis terhadap kesan kepada pasaran saham

Belanjawan 2025: Analisis terhadap kesan kepada pasaran saham

Belanjawan 2025, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim, menetapkan hala tuju ekonomi negara dengan fokus kepada reformasi fiskal, menarik pelaburan strategik, dan pemberdayaan rakyat Malaysia. Sesi ini meneroka impak Bajet 2025 terhadap pasaran modal Malaysia, merangkumi peluang kepada pelabur dalam sektor-sektor strategik. Mohd Sedek Jantan, Ketua Penyelidikan Pelaburan di UOB Kay Hian Wealth Advisors, akan mengulas tentang impak reformasi fiskal, insentif pelaburan baharu, serta risiko yang perlu diambil kira dalam prospek pelaburan masa hadapan.
Mon Oct 21 2024
Niaga AWANI: Konflik Asia Barat: Harga minyak melonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari

Niaga AWANI: Konflik Asia Barat: Harga minyak melonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari

Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
Fri Oct 04 2024