#AWANIJr: Sohbeng tubik, kita mesti menang
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) pada 18 Mac 2020, oleh itu "kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara bagi mengekang penularan jangkitan virus COVID-19 ini. PKP yang bakal berakhir pada 28 April ini mungkin akan dilanjutkan lagi. Oleh itu, marilah sama-sama kita mematuhi arahan PKP ini. Krew SeNILAMTV, adik Nur Ain Abdullah,15 dari SeNILAMTV PSS Almumtazin SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu telah merakam gelagat Ajk-ajk Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Cawangan Terengganu dalam mematuhi arahan PKP ini. Mari kita saksikan.
AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
Fri Mar 18 2022
#AWANIJr: KGMMB cawangan Terengganu anjur Kejohanan Tenpin Boling
Pada 5 Oktober 2019 , Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia barat atau KGMMB cawangan Terengganu telah menganjurkan satu Kejohanan Tenpin Boling trio jemputan dan tertutup bertempat di Coral Crown Bowl, paya bunga Kuala Terengganu. Kejohanan Tenpin Boling ini terbuka kepada semua ahli KGMMB lama dan baru. Seramai 33 orang ahli KGMMB telah menyertai kejohanan tersebut. Hadiah-hadiah yang disediakan sangat menarik di mana johan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 600 beserta medal, naib johan , RM300 berserta medal dan tempat ke-3, RM200 beserta medal. Mari kita ikuti laporan yang disediakan oleh adik Nur Ain Abdullah,14 dari TV PSS Senilamtv PSS Almumtazin SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu, Terengganu.
Wed Mar 16 2022
Memperkasa peranan guru secara inklusif - Persatuan Guru
Tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat yang begitu sinonim dengan insan yang bergelar guru.
Thu May 16 2019
Jangan sembunyikan penagih dadah di sekolah! - Kesatuan guru
Menurut laporan AADK, 2,024 sekolah rendah dan 996 sekolah menengah dengan jumlah keseluruhan 3,020 sekolah berada di kawasan berisiko tinggi yang melibatkan dua juta pelajar di kawasan tersebut.
Tue May 14 2019
Gaji minimum RM1,050 bermula 1 Januari
Kadar gaji minimum di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan dinaikkan kepada RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam.
Wed Sep 05 2018