#AWANIJr: Uniknya Terengganu Drawbridgre kebanggaan rakyat Terengganu
Pembinaan Jambatan unik yang juga sebahagian projek ECER itu membabitkan kos RM248 juta dan menjadi mercu tanda ikonik baharu yang pertama seumpamanya di tanah air dan Asia Tenggara.Jambatan sepanjang 638 meter dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir itu adalah komponen dalam pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC). Mula dibina pada Ogos 2014, jambatan angkat terpanjang di dunia itu yang disokong dua menara setinggi 15 tingkat di bahagian kiri dan kanan dan boleh diangkat di bahagian tengah untuk laluan kapal bakal menjadi satu lagi tarikan pelancongan dari dalam dan luar negara. Mari kita ikuti laporan yang disediakan oleh wartawan Awani Junior, adik Muhammad Amirul Aqil Zulfadzal,16 dari SeNILAMTV PSS Almumtazin SMK Seri Nilam Kuala Terengganu yang mengikuti lawatan bermaklumat ke Terengganu Drawbridge baru-baru ini.
Wed Mar 16 2022
Tiada keperluan tarik balik tuduhan UMNO parti kafir - Ahmad Samsuri
Pas lebih mengutamakan kerjasama dengan UMNO melalui pemeteraian piagam dan memorandum persefahaman (MoU) pada 14 September depan.
Thu Sep 12 2019
Jambatan Angkat Kuala Terengganu dibuka esok
Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu City Centre (KTCC) akan dibuka kepada orang awam mulai jam 6.00 pagi pada 1 Ogos 2019.
Wed Jul 31 2019
IPO KTC Bhd catat premium 15 sen, dibuka pada 30 sen
IPO syarikat pengedar dan pengeluar barangan pengguna berpangkalan di Sabah, Kim Teck Cheong Consolidate Bhd mencatatkan premium 15 sen selepas dibuka pada 30 sen.
Wed Nov 25 2015