UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Carian mengenai topik duyong

Dapatkan berita terkini mengenai duyong dari Astro Awani

Persatuan Cina kongsi 1.5 tan ikan, meriahkan sambutan Ramadan

Persatuan Cina kongsi 1.5 tan ikan, meriahkan sambutan Ramadan

Berbeza kaum dan agama bukan halangan kepada masyarakat Cina di negeri ini untuk menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutama dalam meraikan bulan Ramadan.
Wed Apr 03 2024
Kedai, empat kenderaan musnah dijilat api

Kedai, empat kenderaan musnah dijilat api

Sebuah kedai menjual peralatan dapur dan elektrik serta empat kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Seri Duyong 2 di sini awal pagi tadi.
Sat Feb 10 2024
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung

Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung

Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
Mon Jan 30 2023
#AWANIJr: Program Ziarah Cakna 2019

#AWANIJr: Program Ziarah Cakna 2019

Adik Wan Fakhira Marha, 11 dari Mermaid Channel, SK Duyong, Kuala Terengganu telah membuat liputan Program Ziarah Cakna Peringkat Daerah Kuala Terengganu.

Fri Aug 12 2022
#AWANIJr: Putih telur bina tiang istana lama

#AWANIJr: Putih telur bina tiang istana lama

Uniknya tiang Kota Lama Duyung (Istana Lama) diperbuat daripada campuran putih telur, madu, kapur tohor dan pasir. selain itu keunikkan strukturnya mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi bahagian yang bersambung.Terletak di Pulau Duyong (7 km) dari p
Fri Aug 12 2022
#AWANIJr: Terang di Bukit Cina

#AWANIJr: Terang di Bukit Cina

Rentetan daripada galakan Pengarah JPN Melaka untuk menubuhkan TVPSS di sekolah-sekolah di Negeri Melaka, TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong mengambil pendekatan berkongsi ilmu membina tvpss berdasarkan Kit TVPSS Kebangsaan kepada 14 buah sekolah di bawah Majlis Guru Besar Kawasan Bukit Cina. Muhammad Aniq Haziq Hairunaim,12 Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel membawakan perkongsian yang disampaikan oleh Guru Besar SK Duyong, Hj Mohd Fares Mustafa, 55. Beliau berkongsi ilmu bagaimana TVPSS Hang Tuah Channel berkolaboratif dengan TVPSS Terengganu dan Astro Awani Junior untuk menghasilkan siaran yang menjurus kepada kemenjadian murid.
Wed Mar 23 2022
#AWANIJr: Lagu Memantapkan Jiwa

#AWANIJr: Lagu Memantapkan Jiwa

Menguasai kemahiran asas matematik sentiasa menjadi kekangan kepada para pelajar terutama dalam menguasai kemahiran sifir. Pelbagai usaha dilakukan oleh para guru untuk meningkatkan kemahiran asas ini. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong Melaka, Wardah Marwa Mohd Ashrof,11, bersama-sama Ketua Panitia Matematik Nurhidayah Azzati Mohd Alis,35, mengupas aktiviti yang dilaksanakan untuk membantu kemahiran murid dalam menghafal sifir melalui kaedah "Lagu Sifir".Program ini membuahkan hasil apabila murid Pemulihan Khas, Modh Hazim Jefri, 10, berjaya menghafal sifir menggunakan kaedah lagu sifir. Tambahan "Lagu Sifir" ini juga adalah salah satu program Bimbingan PPD Prioriti PPD Melaka Tengah bersama BPSH KPM.
Wed Mar 23 2022
#AWANIJr: Bijak Itu Anugerah

#AWANIJr: Bijak Itu Anugerah

"Berilmu biarlah berguru" begitulah ungkapan yang boleh dinyatakan dalam Pelaksanaan Program NILAM 2021 SK Duyong, Melaka. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel Nur Amalina Auni Mohd Zaidy,10 tahun bersama Unit NILAM SK Duyong membawakan Penolong Pengarah Unit Pembangunan Pusat Sumber Pendidikan BSTP/KPM Airil Anuar Ahmad, 51 tahun sebagai perasmi majlis Program NILAM SK Duyong, malah turut memberikan penjelasan secara dalam talian yang menjurus kepada peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak membaca. Tambahan dalam norma baharu pengisian data nilam menggunakan sistem iqNILAM dan Id DELIMa yang dibangunkan KPM untuk semua murid.Diharapkan dengan ibu bapa dan murid SK Duyong bersama-sama menjayakan Program NILAM ini.
Wed Mar 23 2022
#AWANIJr: Arrow Bukan Memanah

#AWANIJr: Arrow Bukan Memanah

Ketika Malaysia berdepan dengan pandemik Covid 19, banyak aktiviti sukan dihentikan kerana kebimbangan keboleh jangkitan wabak ini. Namun, MKN telah membenarkan aktiviti sukan badminton dijalankan dengan pematuhan SOP. Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,12, pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong berpeluang menyertai bersiaran ketika Kelab Badminton Arrow yang mengadakan pertandingan pada 19 Disember 2020 dengan mematuhi SOP sepenuhnya. Menurut Presiden Kelab Badminton Arrow Aris Ahmad, pematuhan SOP amat dititikberatkan bagi memastikan setiap ahli kelab sentiasa sihat, cergas dan berstamina ketika berdepan dengan wabak Covid 19 yang tidak menentu ini.


AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
Tue Mar 22 2022
#AWANIJr: Patuh dan Selamat

#AWANIJr: Patuh dan Selamat

Pembukaan sekolah bermula 15 Julai 2020 untuk Tahun 5 dan 6 serta 22 Julai untuk Tahun 1 hingga Tahun 4 agak berbeza dengan suasana sebelum ini. Pematuhan SOP pembukaan sekolah yang ditetapkan oleh KPM telah merubah normal kehidupan terutama murid sekolah rendah. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong, Melaka Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,12, bersama-sama mematuhi SOP yang ditetapkan untuk menjamin selamat dari segi keselamatan dan kesihatan. Pematuhan SOP ini diharapkan kita akan dapat membendung penularan wabak Covid 19 yang melanda seluruh dunia.
Sun Mar 20 2022
#AWANIJr: Cerita Dua Negeri

#AWANIJr: Cerita Dua Negeri

Aidilfitri 2020 merupakan satu memori yang akan terpahat dalam lipatan sejarah.Aktiviti balik kampung atau kunjung mengunjung tiada dalam agenda Adilfitri 2020. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong, Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,12, menyediakan kenangan ini.
Aidilfitri 2020 disambut begitu sederhana kerana Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat untuk mengekang penularan wabak COVID-19 di seluruh negara. Dengan kerjasama guru SK Duyong Mohamad Ridzuan Mat ,42, yang berada di Kelantan,Hang Tuah Channel dapat merakamkan suasana Aidilfitri di Kelantan. Begitu juga suasana di Negeri Melaka yang tidak semeriah tahun sebelum ini dengan merayakan sesama keluarga yang berada di kediaman yang sama.
Semoga pendemik COVID-19 ini berlalu agar kita dapat menjalani kehidupan biasa dalam norma baharu.


AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
Sat Mar 19 2022
#AWANIJr: Usia bukan penghalang cinta

#AWANIJr: Usia bukan penghalang cinta

Penampilan pertama Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, Joshua Goh,12, dalam Program Jom Baca Bersama 10 minit yang dilaksanakan serentak di seluruh negara secara dalam talian pada 23 April 2020 di kediaman masing-masing.Warga SK Duyong juga turut serta dalam program ini secara atas talian. Siaran TVPS Hang Tuah Channel pada kali ini sangat istimewa dengan penampilan khas Dr Mohd Azam Ahmad, Pengarah JPN Melaka yang memberikan komentar hasil dapatan Program Jom Baca Bersama 10 minit peringkat Negeri Melaka, yang mana 90 peratus penyertaan dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Beliau berharap program membaca ini diperluaskan lagi dalam apa jua bentuk atau kaedah pembacaan agar setiap lapisan masyarakat didik dengan tabiat suka membaca sejak dari kecil.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
Sat Mar 19 2022
#AWANIJr: Guru bersetanjak berbicara

#AWANIJr: Guru bersetanjak berbicara

"Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu" begitulah tema Hari Guru Tahun 2020. Walaupun dalam tempoh PKPB, Pengacara Hang Tuah Channel, Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul Izwan, 12, menyulami jasa-jasa guru SK Duyong dalam mendidik anak bangsa.

Hj Mohd Fares Hj Mustafa selaku Guru Besar SK Duyong menzahirkan rasa terima kasih atas khidmat bakti warga guru terutama dalam mendepani normal baharu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau berharap para guru sentiasa memegang amanat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Dr Mohd Azam Ahmad yang mahukan para guru berubah mengikut perkembangan semasa dalam mendidik para pelajar.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.
Sat Mar 19 2022
#AWANIJr: Orang Terengganu Berbicara

#AWANIJr: Orang Terengganu Berbicara

Kunjungan TVPSS Terengganu pada kali ini
ke SK Duyong, Melaka yang terdiri daripada CEO Ring.Tv, Guru TVPSS Spark Channel, Guru Perpustakaan Media SK Komplek Gong Badak dan SMK Padang Kemunting bersama Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidkan Negeri Terengganu. Ditambah dengan kehadiran Pengacara Cilik My SKKGB Channel Alya Batrisyia Akram@Amir, 10 . Peluang ini tidak dilepaskan oleh Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel, Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,12, bersama krew untuk menimba ilmu yang dikongsikan melalui temu bual, resensi buku dan juga tips penghasilan rakaman video dan suntingan terbaik.
Fri Mar 18 2022
#AWANIJr: Ilmu Tanpa Sempadan

#AWANIJr: Ilmu Tanpa Sempadan

TVPSS Hang Tuah Channel SK Duyong bersiaran buat pertama kali untuk sesi 2020 dalam Majlis Pelancaran Program Nilam & Google Classroom. Kehadiran Penolong Pengarah Sektor Sumber Pendidikan Negeri Melaka, En Mohd Faizal Ramlan dan Cik Hjh Musalmah Mohamad Pegawai Seranta SK Duyong melengkapkan lagi majlis ini. Program Nilam & Google Classroom berkait rapat dengan aktiviti PAK 21 di SK Duyong yang sentiasa disokong oleh JPN Melaka. Pengacara TVPSS Hang Tuah Channel Nur Qaisarah Aqilah Mohd Nazrul-Izwan,12 bersama wartawan Nur Aqilah Batrisyah Mohd Abqari,12 bersama-sama dalam majlis ini. Episod kali ini merupakan episod terakhir wartawan Nur Aqilah Batrisyah Mohd Abqari bersiaran bersama Hang Tuah Channel sebelum berpindah ke Negari di Bawah Bayu. Selamat maju jaya .
Fri Mar 18 2022