Rosmah rai ibu tunggal dan anak yatim berbuka puasa
Bernama
Julai 5, 2014 07:43 MYT
Julai 5, 2014 07:43 MYT
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor meraikan ibu tunggal dan anak yatim di seluruh Parlimen Pekan dalam majlis berbuka puasa di sini pada hari Sabtu.
Pada majlis itu, 100 ibu tunggal, 280 anak yatim dari seluruh parlimen Pekan dan 20 anak angkat Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di sini turut menerima sumbangan duit raya.
Majlis yang diadakan di kediaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini diadakan dengan kerjasama Pertubuhan Kumpulan Perempuan (WI) Pekan dan Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Pekan.
Hadir sama isteri Menteri Besar Pahang Datin Seri Junaini Kassim dan Pengerusi WI daerah Pekan Datuk Melati Ali.
Sebelum itu, majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang itu dimulakan dengan tazkirah oleh penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias.