Apa cabaran bekerja pada waktu berbuka puasa?

Astro Awani
Julai 6, 2014 14:01 MYT
Pekerja di sebuah restoran di Baghdad menyediakan makanan kepada pelanggan ketika berbuka puasa -AFP PHOTO/SABAH ARAR
Dalam bulan Ramadan ini, mungkin ramai di antara kita masih lagi menjalankan tugas ketika azan Maghrib hampir berkumandang dan malah ada yang tidak sempat menjamah makanan dek kerana tugas yang tidak mengizinkan.
Pekerja syif terutamanya, kebanyakan mereka perlu mengorbankan masa berbuka dengan mengutamakan tugas terlebih dahulu.
Sebuah cerita menarik pada tahun lepas menyedarkan kita tentang kesukaran yang dialami mereka yang terpaksa meneruskan tugas walaupun sudah masuk waktu berbuka.
Ia mengenai kisah seorang juruwang di sebuah pasaraya yang masih lagi bekerja ketika waktu berbuka tiba.
Dia kemudiannya diberi air dan biskut untuk oleh seorang pelanggannya yang berbangsa India untuk sebagai juadah berbuka.
Kisah tersebut menjadi buah mulut orang ramai.
Adakah anda salah seorang yang pernah mempunyai pengalaman suka duka kerana terpaksa bekerja ketika waktu berbuka sudah tiba?
Kongsi pengalaman menarik anda bersama kami di Facebook dan Twitter.
#jendela ramadan #Ramadan
;