Peranti IoT baharu Apple untuk rumah tertiris dengan cip A18

Amanz
Julai 5, 2024 12:30 MYT
Peranti ini dikatakan akan berada dalam kategori yang sama dengan HomePod dan Apple TV iaitu aksesori untuk rumah. -Amanz
APPLE A18 adalah siri cip pemprosesan baharu yang akan digunakan pada kesemua iPhone 16. Cip ini dijangka akan mempunyai dua versi satu A18 biasa dan satu mungkin A18 Pro.
Terbaharu, MacRumors menemui kod pembangunan di Apple yang mencadangkan satu peranti internet benda (IoT) baharu untuk rumah akan tiba dengan cip A18.
Peranti ini dikatakan akan berada dalam kategori yang sama dengan HomePod dan Apple TV iaitu aksesori untuk rumah.
Ia dijangka jawapan Apple kepada Google Nest Home Hub, iaitu skrin pintar dengan speaker terbina.
Kod nama bagi produk ini adalah HomeAccessory17,1. Peranti ini juga dikatakan adalah “HomePod” yang akan menyokong Apple Intelligence bermakna, peranti ini akan mempunyai memori sekurang-kurangnya 8GB RAM.
Selain itu, kod bagi Apple TV baharu turut muncul dengan kod nama AppleTV14,4 dan AppleTV14,5.
Ketiga-tiga produk ini dijangka dilancarkan pada tahun ini.
Sama-sama kita nantikan dan lihat apakah perkara baharu yang menarik akan Apple umum untuk rumah pintar. -Amanz
#Apple #HomeAccessory17 1 #IOT #A18
;