SALAH salah seorang pensyarah School of Science Politics, University of Glasgow, Dr Matthew Waites, yang saya kenali semasa mencari-cari penyelia untuk menyambung pengajian saya sebelum ini, tidak ketinggalan mahu berkongsi rapat pemerhatiannya tentang apa yang berlaku dalam konteks hari ini, di Scotland, wilayah yang membentuk Great Britain sejak 1707.
Liputan meluas
Katanya “ Apapun keputusannya, “Ya” atau “Tidak” kepada kemerdekaan Scotland, ia tetap memberi kocak kepada Britain-Scotland, sekutu Eropah dan politik pembentukan negara khususnya. Ia tidak diberi liputan meluas, seperti sudah diketahui apa keputusannya ”
Kepada saya, ada asasnya pandangan Dr. Waites itu. Bukan kerana beliau ialah tenaga akademik, maka pandangannya molek, lagi diambil kira. Bukan juga kerana beliau ialah warga Britain dan menetap di Scotland (Beliau layak mengundi juga). Tetapi lebih daripada itu, beberapa buah fikiran lain yang ditekuni senada, tidak sedikit berkurang untuk memberi nilai tambah, sekali gus membawa kepada analisis berikut.
Kuasa ekonomi
Saya cuba kaitkan apa yang dikongsi oleh Timbalan Dekan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Zulkarnain Abdul Rahman dengan pandangan Dr Waites dari sudut sejarah dan kaitannya dengan apa yang berlaku hari ini. Dr Zulkarnain, yang juga Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah UM dan kepakarannya menjurus kepada Parti Buruh berkata, sejak bertahun-tahun sehingga Britain menjadi kuasa ekonomi keenam terbesar dunia, rasa sesetengah warga Scotland untuk bebas sepenuhnya tidak pernah padam.
Ini disumbang oleh rasa kecewa kekayaan sumber asli negara tidak dibahagi dengan adil. Manakala, keputusan politik yang ada kala disifatkan berat sebelah kepada London, tidak memberi lama kepada Edinburg, meniupkan rasa ingin keluar sekali sekala itu menjadi lebih kuat. Ditambah pula ada gerakan seperti parti yang menjadi alat memungkinkan hasrat mereka direalisasikan, maka terhasil jalan, dalam hal ini pungutan suara pada 18 September.
Pentadbiran politik
“Scotland sama juga seperti Wales dan Ireland Utara, yang membentuk Great Britain. Scotland mempunyai hasil minyak dan gas yang banyak, dijana dari Laut Utara (North Sea). Ada suara-suara terpinggir yang mahu kekayaan di Laut Utara itu biarlah dinikmati oleh Scotland sahaja, tanpa dikongsi oleh pihak lain. Tetapi hujah suara yang membantah pandangan itu pula melihat dari segi sejarah mengumpul kekayaan bersama, maka wajar juga dikongsi secara bersama. Begitu juga dari segi pemerintahan atau corak tadbir urus yang berpusat di London, semuanya ditentukan di Westminster dan bukannya Parlimen Scotland walaupun mereka mempunyai semua jentera politik itu,’’ kata Dr Zulkarnain, sebelum seterusnya menambah, rasa rencam antara tidak dapat merasai kekayaaan sumber dan kuasa politik kebiasaanya mencambahkan kehendak berbeza seperti mahu merdeka misalnya.
Scotland vs Selatan Thai
Bukan itu sahaja kesan jika “Ya” atau “Tidak” keputusan Scotland Memilih. Pemilihan penggunaan Geat Britain itu juga akan terjejas jika Scotland memilih untuk bebas. “Great” itu dirujuk kepada pembentukan dalam kesatuan yang meliputi wilayah dalam Britain iaitu Wales, Scotland dan Ireland Utara. Kebanyakan warga Scotland merasakan mereka dalam wilayah Britain dan bukannya rakyat Britain, kuasa keempat terbesar yang menyumbang dana kepada pertahanan dunia. Hal ini juga berlaku di dalam mana-mana negara yang sistem politiknya tidak berpusat kepada wilayah.
Saya membawa isu selatan Thailand yang pernah mahu merdeka daripada Bangkok (sehingga sekarang, masih ada, tetapi dalam skala kecil) kepada Dr Zulkarnain apabila beliau memberi pandangannya mengenai sistem pentadbiran wilayah dan berpusat sebagaimana Britain. “Benar, apa yang berlaku di Scotland sekarang sangat mirip dengan politik Thailand dan selatan Thai. Tetapi banyak usaha digerakkan kepimpinan di London _ sama seperti Bangkok dalam isu selatan Thailand, untuk memastikan gerakan kemerdekaan tidak akan berlaku, malah kalau boleh dipadamkan sama sekali. Gerakan kemerdekaan untuk Scotland pernah beberapa kali dilakukan, tetapi tidak pernah berjaya sehingga membawa kepada pungutan suara seperti pada Khamis lepas.
Disebabkan begitu banyak usaha yang dilakukan London, lebih 4.2 juta pengundi yang layak di Scotland itu dirasakan majoritinya masih mahu kekal dalam kesatuan, tidak mahu berpisah, barangkali kerana cukup lama bersatu, sejak 1707 lagi.
Gerakan beri harapan
Tetapi, setidak-tidaknya gerakan kemerdekaan, yang membawa pula kepada pungutan suara kemerdekaan Scotland pada hari Khamis, bertarikh 18 September lepas itu , diintai, diikuti penuh minat oleh beberapa wilayah lain di dunia. Kerana apa? Mereka juga mahu jadi seperti Scotland, ingin muncul negara bebas merdeka. Sebagai contoh, Catolina dan Basque di Sepanyol; Quebec di Kanada; Taiwan dan Tibet di China selain Chechnya dan timur Ukraine. Apa nasib Scotland, memberi harapan kepada wilayah-wilayah ini untuk membuat langkah seterusnya. Itu sudah menjadi kocak cukup besar kepada politik pembentukan negara dunia dalam konteks hari ini.
Kesan pungutan suara Scotland, nya tidak akan dilihat atau dirasai segera, ia sudah pasti ambil masa, sama seperti sejarah panjang yang membentuk kesatuan itu sendiri.
Negara berpendidikan
Saya kembali menilai dan mencongak, saya ada bertanyakan kepada Dr. Waites, apa akan jadi dengan University of Glasgow, letaknya di Scotland, _ menara gading yang saya hampir-hampir sertai _ jika ia pilih untuk merdeka dari Britain. Jangan lupa, Britain ialah negara pertama dalam dunia menyediakan modal insan terkemuka, melalui ribuan gerbang ilmunya. “Kalau Scotland keluar, ia akan ambil masa lima tahun untuk menjadi sebuah negara baru. Malangnya, itu tempoh masa cukup lama, setidak-tidaknya untuk menikmati pengiktirafan menjadi produk dari negara paling berpendidikan. Yang berpendidikan ialah universiti Britain, yang berpelajaran, universiti Britain, bukannya Scotland, tidak juga Wales atau Ireland Utara.”
Dr Azlinariah Abdullah
Fri Sep 19 2014
Cetusan pungutan suara Scotland
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Pelajar Malaysia didakwa bunuh bayi baru lahir di UK
Menurut laporan BBC, wanita itu memasukkan bayinya ke dalam kotak makanan bijirin dan kemudian menyembunyikannya dalam beg pakaian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Charles III utus ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Agong, rakyat Malaysia
Raja Charles III dan Permaisuri Camilla mengutuskan ucapan Selamat Hari Kebangsaan kepada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan, hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sheikh Hasina akan tinggal di India sehingga peroleh suaka di Britain - Laporan
Sheikh Hasina yang melarikan diri dari negaranya dijangka tinggal di India sehingga Britain memberinya suaka.
India dan Britain lancar inisiatif keselamatan teknologi
Ia merangkumi bidang seperti telekomunikasi, kecerdasan buatan, kuantum, kesihatan dan bioteknologi, bahan termaju dan semikonduktor.
Rishi Sunak akui kekalahan, ucap tahniah kepada Keir Starmer
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak, mengakui berdepan kekalahan dalam pilihan raya Britain dan menyatakan bahawa Parti Buruh pembangkang telah menang pada Jumaat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".