Siapa guru anda? Nyatakan pilihan anda ke #myguru

Arfa Yunus
Mei 15, 2014 23:54 MYT
Foto BERNAMA
Hari Guru yang bakal diraikan pada 16 Mei ini pasti akan membuat ramai terkenang kembali memori zaman persekolahan mereka.
Sempena Hari Guru tahun ini, Astro AWANI mengajak pembaca dan penonton setia kami untuk menghantar ucapan Hari Guru anda kepada kami menerusi laman media sosial Twitter dengan menggunakan #myguru .
Selain itu, kami juga ingin mengajak anda berkongsi bersama kami siapakah individu yang ada anggap sebagai guru dalam hidup anda.
Terus hantar nama individu yang memberi motivasi kepada anda beserta ucapan ke Twitter @501Awani serta menggunakan #myguru dalam ucapan tersebut.
##myguru #Astro Awani #Hari Guru #ucapan