Yellow Packs bawa bantuan terus ke rumah mangsa banjir
Ian Johan Ariff
Januari 3, 2015 20:41 MYT
Januari 3, 2015 20:41 MYT
Menyedari bantuan makanan dan minuman tidak sampai terus ke pintu rumah, sebuah badan bukan berdasarkan keuntungan, Yellow Packs antara yang turun menghulurkan bantuan terus ke pintu rumah mangsa di Guchil, Kuala Krai, Kelantan.
Yellow Packs yang baharu ditubuh, diketuai pendakwah dan komposer, Hafiz Hamidun, berkongsi maklumat terkini usaha bantuan yang dijalankan oleh badan itu di Facebook dan juga akaun Twitter Hafiz sendiri.
Sukarelawan Yellow Packs terdiri daripada pelajar universiti yang sedang bercuti dari Kuala Lumpur dan juga orang-orang muda dari Kota Bharu.
Klik pada gambar di atas untuk mendengar temubual Hafiz yang berasa membawa bekalan bantuan terus ke rumah sebagai paling efektif untuk membantu mangsa banjir yang sedang melakukan kerja pembersihan dan pembaikan di kawasan rumah mereka.