Whatsapp palsu mula viral, Pengarah nafi kematian di Hospital Kuala Krai
Adli Effendy
Disember 29, 2014 16:12 MYT
Disember 29, 2014 16:12 MYT
Media sosial terus dijadikan platform untuk pengguna menyebarkan khabar berita palsu terutamanya tentang kesan banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia kini.
Terbaru adalah perkongsian whatsapp yang mula viral sejak beberapa hari lalu.
Pada sebaran whatsapp berkenaan, 40 mayat dikatakan bergelimpangan di Hospital Kuala Krai kesan daripada banjir dan juga akibat kekangan peralatan di hospital berkenaan.
Hari ini melalui temubual bersama Astro Awani ke hosital berkenaan, Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Nik Mohd Faizal Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tersebar luas melalui whatsapp itu.
Dr Nik turut meyakinkan orang ramai bahawa hospital berkenaan tidak terjejas dan tidak ditenggelami air seperti yang disebarkan pada whatsapp palsu. Beliau berharap agar pengguna media sosial termasuk platform whatsapp agar berhenti menyebarkan maklumat palsu dan cuba dapatkan maklumat sahih melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia.